Anjing penjejak Brazil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing penjejak Brazil
Nama lainUrrador
Urrador americano
Negara asalBrazil
Trait
Tinggi Jantan 60–65 sentimeter (24–26 in)
Betina 56–63 sentimeter (22–25 in)
Bulu pendek, licin
Warna dasar dengan biru/bintik biru
hitam dan sawo matang
putih dan perang
putih dan hitam
triwarna
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing penjejak Brazil[a] ialah satu baka anjing besar dari Brazil yang pertama kali diiktiraf oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada tahun 1967, namun wabak penyakit, yang bergabung sekali dengan dos berlebihan daripada racun serangga, melenyapkan seluruh stok pembiakbakaan baka ini. FCI dan Kelab Kenel Brazil (Confederação Brasileira de Cinofilia) kemudian mengisytiharkan bahawa baka ini pupus pada tahun 1973 dan menyahsenaraikannya.[1] Sejak itu, usaha dilakukan untuk menghasilkan baka ini semula. Anjing penjejak Brazil ialah satu baka anjing pemburu daripada jenis anjing pemburu bau. Baka ini juga dikenali dengan nama urrador (sempena lolongan perburuannya) atau urrador americano yang merujuk anjing pemburu rakun Amerika di latar belakangnya.[1] Pada tahun 2013, Kelab Kenel Brazil (CBKC) secara rasmi mengiktiraf baka ini semula.[2] Piawaian baka FCI dihasilkan pada tahun 2019.

Penampilan[sunting | sunting sumber]

Anjing penjejak Brazil mempunyai lapis bulu pendek dan licin. Pilihan warna ialah:[2]

  • warna kebiru-biruan: latar belakang putih dengan tompok/bintik biru; sama ada dengan tungkai sawo matang atau tanpa tungkai sawo matang
  • hitam dan sawo matang: warna tanah hitam dengan tanda-tanda sawo matang
  • dwiwarna: latar belakang putih sama ada dengan tompok perang atau hitam
  • triwarna: latar belakang putih dengan tanda/tompok hitam dan perang

Piawaian baka dari tahun 1970 menunjukkan bahawa saiznya ialah 62–67 cm (24–26 in) pada paras kelasa dan baka ini berpenampilan umum yang serupa dengan anjing pemburu rakun Amerika.[3] Walau bagaimanapun, piawaian baka rasmi Brazil yang terkini menyebut bahawa tinggi jantan ialah 60–65 cm (24–26 in) dan tinggi betina pula ialah 56–63 cm (22–25 in).[2]

Penghasilan semula[sunting | sunting sumber]

Grupo de Apoio ao Resgate do Rastreador Brasileiro ("Kumpulan Sokongan Penyelamatan Anjing Penjejak Brazil") di Brazil, sebuah kelab yang dikhususkan untuk pemulihan baka ini di Brazil, mematlamatkan pencarian 40 ekor anjing pembiakbakaan daripada jenis betul yang dapat disahkan sebagai anggota baka ini, supaya akhirnya dapat sekali lagi diiktiraf oleh Kelab Kenel Brazil.[4]

Pemulihan baka ini sukar kerana kewujudan sangat sedikit anjing daripada jenis betul dan kekurangan orang yang berminat untuk memulihkan warisan baka kebudayaan dan genetik sebenar Brazil.[5][perlu rujukan]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: انجيڠ ڤنججق برازيل; Portugis: rastreador brasileiro; bahasa Inggeris: Brazilian tracker

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Sejarah baka (Portugis)
  2. ^ a b c Padrão Oficial da Raça: Rastreador Brasileiro (Portugis). Confederação Brasileira de Cinofilia. Dicapai pada 28 Disember 2023.
  3. ^ Piawaian Baka (Padrão) (Portugis)
  4. ^ Matlamat
  5. ^ Dogs & Cia Magazine, Bil 235 - Disember 1998 / Bil 267 - Ogos 2001 / Bil 293 - Oktober 2003 dipetik dalam talian dari sini (Portugis)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]