Pergi ke kandungan

Anjing penuding Navarra

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing penuding Navarra
Nama lain
  • Pachón
  • Pachón de Vitoria
  • Pachón español
  • Perdiguero común
  • Perdiguero navarro
Negara asalNavarra, Sepanyol
Trait
Berat 20–30 kg (44–66 lb)[1]
Tinggi 48–60 cm (19–24 in)[1]
Jantan purata 55 cm (22 in)[1]
Betina purata 52 cm (20 in)[1]
Anjing (Canis lupus familiaris)
Anjing penuding Navarra (sekitar 1890)

Anjing penuding Navarra[a] ialah satu baka anjing pemburu Sepanyol dari komuniti berautonomi Navarra, di Sepanyol utara. Ia merupakan salah daripada lima baka Basque bagi anjing, yang selebihnya merupakan anjing gembala Basque, anjing pemburu Navarra, villano de las Encartaciones, dan villanuco de las Encartaciones.[2][3]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pachón dipercayai sebagai antara baka anjing penuding tertua dari semenanjung Iberia, dengan bukti ikonografi yang seawal Zaman Pertengahan. Pada abad kesembilan belas, apabila perburuan menjadi pekerjaan bagi golongan borjuis, ia tersebar meluas di serata Sepanyol dengan sebilangan nama seperti pachón, pachón de Vitoria, pachón español, perdiguero común, dan perdiguero navarro. Anjing jenis ini dipamerkan dalam pertunjukan anjing terawal Sepanyol pada tahun 1890-an.[4]:560

Pachón merupakan antara baka yang diiktiraf oleh Real Sociedad Canina de España pada pengasasannya pada tahun 1911, tetapi menjelang tahun 1970-an dipercayai pupus. Usaha untuk memulihkannya bermula dengan banci bagi contoh terselamat pada tahun 1979.[4]:560 Pada tahun 1983, ia merupakan salah satu daripada empat baka anjing Sepanyol yang digambarkan dalam keluaran setem pos.[5] Sebuah persatuan baka, iaitu Asociación Nacional pro Recuperación del Pachón Navarro, diasaskan di Laserna [es] di Álava pada tahun 2001, diikuti oleh Círculo de Cazadores y Criadores de Pachón Navarro di Pamplona pada tahun 2002.[4]:559 Piawaian baka diterbitkan oleh pemerintah Navarra pada tahun 2006 dan, pada tahun 2010, pachón ditambahkan ke dalam senarai baka anjing yang diiktiraf oleh pemerintah Sepanyol.[1][6] Ia tidak diiktiraf oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa.

Pada tahun 2009, jumlah populasi baka dianggarkan pada antara 700 dengan 1000 ekor anjing.[4]:560

Ciri[sunting | sunting sumber]

Pachón biasanya berbulu pendek.[1] Lapis bulunya sangat berbeza-beza, dan mungkin ekawarna, dwiwarna, atau triwarna.[7] Warna paling lazim merupakan hitam dan putih, perang berangan dan putih, hati dan putih, dan jingga dan putih, kesemuanya dengan tompok-tompok dan bintik-bintik warna pada latar belakang putih.[4]:561

Segelintir contoh memaparkan ciri bluar biasa, iaitu hidung terbelah atau dwicabang,[1] trait yang dikongsi dengan Tarsus çatalburun dari Turki.

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: انجيڠ ڤنوديڠ ناۏارا; Sepanyol: pachón navarro; Basque: Nafarroako eper txakur

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g [s.n.] (25 September 2006). Orden Foral 270/2006, de 14 de agosto, del Consejero de Agricultura, Ganadería y Alimentación, por la que se reconoce el estándar racial y funcional de la raza canina Pachón Navarro (Sepanyol). Pemerintah Navarra. Boletín Oficial de Navarra 115
  2. ^ Mariano Gómez Fernández (2002). Las razas de ganado autóctonas vascas en el pastoreo vaso (Sepanyol). Annals del Centre d'Estudis Comarcals del Ripollès. 2002: 279–290.
  3. ^ Mariano Gómez, I. Amezaga (2003). Conservation of livestock genetic resources in Euskadi (Basque Country) (Inggeris). Animal Genetic Resources/Resources génétiques animales/Recursos genéticos animales 33: 41–55. ISSN 1014-2339.
  4. ^ a b c d e Miguel Fernández Rodríguez, Mariano Gómez Fernández, Juan Vicente Delgado Bermejo, Silvia Adán Belmonte, Miguel Jiménez Cabras (penyunting) (2009). Guía de campo de las razas autóctonas españolas (Sepanyol). Madrid, Sepanyol: Ministerio de Medio Ambiente y Medio Rural y Marino. ISBN 9788449109461.
  5. ^ Javier Moscoso del Prado y Muñoz (18 Mei 1983). 15315: ORDEN de 18 de mayo de 1983 sobre emisión y puesta en circulación de dos series de sellos de correos con las denominaciones de "Perros de raza española" y "Grandes efemérides" (Sepanyol). Boletín Oficial del Estado 127: 14981.
  6. ^ Elena Espinosa Mangana (4 Mac 2010). 4133: Orden ARM/573/2010, de 4 de marzo, por la que se modifica el anexo del Real Decreto 558/2001, de 25 de mayo, por el que se regula el reconocimiento oficial de las organizaciones o asociaciones de criadores de perros de raza pura (Sepanyol). Boletín Oficial del Estado 62: 24841.
  7. ^ Pachon Navarro: RSCE Standard No 409 (Not Accepted FCI) (Inggeris). Real Sociedad Canina de España. Dicapai pada 21 Mac 2024.

Templat:Baka haiwan Basque