Pergi ke kandungan

Anjing penuding du Puy

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing penuding du Puy
Anjing penuding du Puy sekitar 1917
Nama ringkasGreyhound pointer
Greyhound braque
Negara asalPerancis
Trait
Berat 22–28 kg (49–62 lb)
Tinggi 65–69 cm (26–27 in)
Bulu Pendek dan halus
Warna Putih dengan tompok-tompok perang gelap dan sedikit bintik
Pengelasan dan piawaian
Pupus
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing penuding du Puy[a] ialah satu baka anjing penuding dari rantau Poitou di Perancis. Ia dipercayai pupus.[1][2][3]

Anjing penuding du Puy lebih berkait rapat dengan anjing penuding Inggeris berbanding baka dengan kaitan dengan baka anjing penuding Perancis lain; ternakan asasinya disilangkan secara meluas dengan anjing penuding Inggeris dan sesetengah pihak percaya bahawa terdapat sedikit pengenalan susur galur grehaun Inggeris dan sloughi, yang memberi baka ini kepantasan tambahan.[1][2] Terdapat bermacam-macam cerita lain tentang genesis baka ini; menurut salah satu, ia diwujudkan oleh seorang pembiak baka bernama Dupuy daripada anjing penuding Perancis dari kenel-kenel milik Marquis Rochelambert; menurut lagi satu cerita, ia merupakan baka purba yang diselamatkan daripada kepupusan semasa Revolusi Perancis oleh seorang penjaga mergastua bernama Dupuy di Biara Argensois; menurut lagi satu cerita, ia diwujudkan pada abad ke-19 oleh dua orang penjaga mergastua bersaudara bernama Dupuy yang menyilangkan seekor ibu anjing penuding Perancis dengan seekor bapa sloughi bernama Zidar; menurut lagi satu cerita, ia diwujudkan oleh seorang pemburu bernama Dupuy yang menyilangkan ibu anjing menakjubkan milik beliau, Leda, dengan seekor bapa anjing, dengan keleluhuran yang tidak diketahui, bernama Mylord; dan menurut yang terakhir, baka ini diwujudkan dengan menyilangkan seekor anjing penuding Poitou luar biasa dengan seekor grehaun import.[2][3]

Anjing penuding du Puy mempunyai kepala langsing panjang dan pada umumnya berpenampilan rancak, yang memberikan kesa anjing pemburu penglihatan; ia merupakan baka anjing penuding Perancis tertinggi, yang berdiri setinggi 65–69 sentimeter (26–27 in), kebanyakannya berwarna putih dengan tanda-tanda perang gelap, dan mempunyai ekor yang tidak terpotong. Ia tidak begitu terkenal di luar Perancis, selalu jarang di dalam Perancis, dan pada umumnya dipercayai pupus kini, walaupun terdapat dakwaan sebaliknya.[1][2][3]

Semasa sebuah episod bagi rancangan televisyen Rick Steves' Europe, yang pada asalnya ditayangkan pada Oktober 2014, Rick Steves membuat catatan tentang seorang penjaga estet di sebuah istana di Lembah Loire yang memiliki hampir-hampir 70 ekor anjing baka kacuk, sebagai anjing pemburu, yang merupakan baka silang antara seekor anjing pemburu rubah Inggeris dengan seekor anjing penuding du Puy.[4]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: انجيڠ ڤنوديڠ دو ڤوءي; Perancis: braque du Puy; braque dupuy; bahasa Inggeris: Dupuy pointer

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Alderton, David (1984). The dog: the most complete, illustrated, practical guide to dogs and their world [Anjing: panduan amali berilustrasi paling lengkap untuk anjing dan dunianya] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Quill Publishing Ltd. m/s. 55. ISBN 0-89009-786-0.
  2. ^ a b c d Morris, Desmond (2001). Dogs: the ultimate dictionary of over 1,000 dog breeds [Anjing: Kamus muktamad lebih daripada 1,000 baka anjing] (dalam bahasa Inggeris). North Pomfret, Vermont, Amerika Syarikat: Trafalgar Square Publishing. m/s. 255–257. ISBN 1-57076-219-8.
  3. ^ a b c Wilcox, Bonnie; Walkowicz, Chris (1995). Atlas of dog breeds of the world [Atlas baka anjing di dunia] (dalam bahasa Inggeris). Neptune City, New Jersey, Amerika Syarikat: TFH Publications. m/s. 229.
  4. ^ "France: Loire Castles - Video - Rick Steves' Europe" (dalam bahasa Inggeris).