Pergi ke kandungan

Anjing poi Hawaii

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing poi Hawaii
Anjing poi Hawaii (kiri) diukir oleh Louis Choris, sekitar 1816–1817
Nama lainʻĪlio, ʻīlio mākuʻe, anjing Hawaii
Negara asalHawaii Kuno
Pengelasan dan piawaian
Pupus
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing poi Hawaii[a] ialah satu baka pupus anjing paria dari Hawaiʻi yang digunakan oleh Orang Asli Hawaii sebagai pelindung rohani bagi kanak-kanak dan sebagai sumber makanan.

Gambaran petroglif Hawaii Kuno tentang seekor anjing asli, Pulau Hawaii
Sekalung lei niho ʻīlio yang diperbuat daripada gigi anjing poi dan serat olona, Muzium Bailey House

Anjing poi Hawaii asli diturunkan daripada anjing Polinesia yang dibawa ke Kepulauan Hawaii oleh orang Polinesia. Kajian genetik tentang kurī New Zealand menunjukkan bahawa asal usul anjing ini (dan, oleh itu, mungkin anjing poi Hawaii) ialah Indonesia. Dengan rujukan ʻīlio dalam bahasa Hawaii, nama moden baka ini diterbitkan daripada poi, iaitu makanan ruji Hawaii yang diperbuat daripada akar kalo (atau keladi) yang dilenyek dan dimasak. Poi lenyek itu digunakan untuk menggemukkan anjing untuk kegunaan sebagai haiwan ternakan, kerana sebarang daging yang diperoleh (sama ada dari darat atau dari laut) dianggap terlalu bernilai untuk digunakan hanya sebagai makanan anjing. Memandangkan kepulauan Hawaii tidak mempunyai mamalia darat besar, selain babi jalang (yang berkemungkinan juga tiba bersama dengan orang Polinesia), anjing poi tidak khususnya diingini atau diperlukan untuk perburuan. Anjing ini tidak pernah dibiakbakakan secara sengaja atau secara spesifik menurut piawaian, tetapi pembiakbakaan terpilih oleh manusia dan pemilihan semula jadi masih terlibat.

Penjelajah Eropah, seperti Kapten Cook, menemukan anjing poi "berperut buncit dan bertungkai pendek" yang sebebasnya dikaitkan dengan babi belaan di kampung. Anjing ini dikatakan mempunyai lapis bulu sangat pendek, dengan pelbagai warna; anjing poi perang dianggap berbeza, cukup untuk diberi nama istimewa. Kepala anjing ini juga, ganjilnya, mempunyai penampilan "penyek", iaitu trait yang kadang-kadang dikaitkan dengan diet anjing ini, walaupun dalam sesetengah cara yang tidak tersebut (mungkin berkaitan dengan nutrisi); memandangkan poi tidak memerlukan pengunyahan banyak untuk dimakan, anjing ini mungkin secara beransur-ansur telah menyahevolusikan keperluan untuk mengekalkan otot temporalis kuat, kerana pengurangan fosa temporal menyebabkan kepala anjing kelihatan "penyek".[b] Oleh itu, anjing poi dianggap kurang bijak dan lembap—kebanyakannya, kelihatannya, kekurangan deria tajam dan pasti bukan anjing pemburu bagus dan tidak mempunyai kegunaan amali di kepulauan itu. Namun yang demikian, ia dikatakan berkeinginan kuat dan sukar untuk dilatih.[1]

Anjing poi ialah baka dwitujuan; ia dibiakbakakan dan digunakan untuk sara diri di kepulauan dan sebagai tangkal bertuah. Tidak sesuai untuk banyak lagi, baka ini merosot sehingga kepupusan kerana kepercayaan penduduk kepulauan dilupakan dan pemakanan daging anjing menjadi tidak bergaya. Seiring dengan masa, anjing bebas merantau dan anjing jalang, yang dibawa oleh peneroka Eropah dan Amerika, saling membiak dengan anjing poi tempatan; menjelang awal abad ke-20, selewat-lewatnya, baka ini telah lenyap sebagai entiti tersendiri.

Gambaran terselamat

[sunting | sunting sumber]
Vue de Honolulu. lles Sandwich, lukisan oleh Barthélémy Lauvergne, sekitar 1836. Pangkasan perincian menunjukkan seekor anjing bertompok dengan telinga tegak dan ekor panjang.

Tiada karya seni atau fotograf terselamat daripada sejarah Hawaii yang dikaitkan secara autentik sebagai anjing poi. Seniman Barat kerap menerapkan ciri-ciri Eropah-Amerika dalam penggambaran abad ke-18 mereka tentang anjing di Polinesia dan, menjelang abad ke-19, anjing yang digambarkan adalah daripada baka asing. Kekurangan perincian telah menyebabkan sejarawan meneka karya-karya yang menjadi gambaran realistik bagi baka ini berdasarkan ciri fizikal.[2]

Para penulis Katharine Luomala dan Margaret Titcomb kedua-duanya bersetuju dengan lukisan garisan tidak selesai, yang bertarikh sekitar 1816–1817, oleh seniman Perancis Louis Choris, yang merupakan sebahagian daripada ekspedisi penjelajahan Otto von Kotzebue, mungkin menunjukkan salah seekor anjing di tengah-tengah yang mungkin menyerupai baka pupus ini. Luomala juga mendakwa bahawa seniman Perancis Barthélémy Lauvergne mungkin menangkap seekor anjing dengan trait sama dalam lukisan berwarna Pelabuhan Honolulu pada tahun 1836.[3][4][5]

Petroglif Hawaii purba menggambarkan perwakilan ringkas bagi anjing ini. Petroglif berkenaan kerap menunjukkan ekor melingkar dan telinga runcing yang merupakan ciri baka ini.[3][6]

Program pembiakbakaan

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1967, Jack L. Throp, pengarah Zoo Honolulu, mencuba untuk mengembalikan baka ini melalui pembiakbakaan terpilih anjing tempatan berdasarkan ciri morfologi. Projek ini mengkaji perihal abad ke-18 dan abad ke-19 tentang anjing ini sebelum tahun 1825 dan juga tinggalan-tinggalan rangka terselamat bagi baka purba ini untuk menetapkan piawaian. Daripada ini, mereka memilih anjing tempatan di Hawaii, yang kemudiannya dibiakbakakan untuk trait yang diingini. Menjelang generasi ketiga daripada anjing asli yang dipilih dalam program ini, seekor betina dilahirkan dengan penampilan yang diingini daripada baka purba.[7][8][9][10] Throp, yang mengulas pada tahun 1969, menyatakan:

Zoo Honolulu menjalankan projek pada tahun 1967 untuk mewujudkan anjing Polinesia semula. Tujuan di sebalik projek sedemikian adalah untuk menceritakan kisah kehidupan haiwan di Kepulauan Hawaii dalam pameran hidup Hawaii. Anjing ialah bahagian penting dalam sumbangan orang Polinesia kepada kisah ini.[7]

Program ini dianggap telah dihentikan sejurus selepas itu.[11] Pada tahun 1976, kru di Hōkūleʻa dalam ekspedisi mereka untuk menghidupkan pelayaran bersejarah Polinesia semula di antara Hawaii dengan Tahiti membawa seekor anjing daripada program ini, yang dinamai Hoku.[12]

Kini, istilah "anjing poi" paling kerap digunakan untuk merujuk anjing baka kacuk, tetapi juga mengatributkan ciri spesifik kepada anjing poi, termasuk kebolehan untuk memakan apa-apa, keinginan kuat, dan penampilan unik yang terdiri daripada baka berlainan. Istilah "anjing poi" juga digunakan secara basahan untuk memerihalkan orang yang mempunyai warisan bercampur, walaupun istilah lebih lazim yang digunakan ialah hapa.[13][14][15]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. Jawi: انجيڠ ڤوي هاواي; Hawaii: ʻīlio mākuʻe, ʻīlio mākuʻe, lit.'anjing, anjing perang'; bahasa Inggeris: Hawaiian poi dog
  2. Bandingkan kepala tinggi baka anjing laga yang biasanya mempunyai otot temporalis amat kuat yang tercantum dengan fosa temporal besar dan dalam.
  1. Coren (2006), m/s. 137–168.
  2. Luomala (1960), m/s. 195–197.
  3. 1 2 Titcomb & Wiggin Pukui (1969), m/s. 2–3, 5–6.
  4. Luomala (1960), m/s. 195–197, 209.
  5. Luomala (1962), m/s. 170–180.
  6. Luomala (1960), m/s. 197, 216, 221.
  7. 1 2 Titcomb & Wiggin Pukui (1969), m/s. 22–23.
  8. Coren (2006), m/s. 138–140.
  9. Hemmer (1990), m/s. 33–34.
  10. "To revive early poi dog" [Menghidupkan anjing poi awal semula]. The Honolulu Advertiser (dalam bahasa Inggeris). Honolulu, Hawaii, Amerika Syarikat. 18 Mei 1967.
  11. Williams (2015), m/s. 30–31.
  12. Lewis (1978), m/s. 187.
  13. Sharma (2011), m/s. 122.
  14. Haas (2011), m/s. 25.
  15. Reinecke & Tsuzaki (1967), m/s. 110.

Bibliografi

[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]