Anjing spits Jepun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Anjing spitz Jepun)
Lompat ke: pandu arah, cari
Anjing spits Jepun
Japspitzpup.jpg
Anak anjing spits Jepun
Negara asal Jepun
Ciri
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing spits Jepun (Bahasa Jepun: 日本スピッツ, Nihon supittsu; Bahasa Inggeris: Japanese spitz) ialah satu baka anjing jenis spits kecil hingga sederhana. Anjing spits Jepun ialah anjing teman dan peliharaan. Ada piawaian berubah-ubah di seluruh dunia untuk saiz unggul baka ini, tetapi ia sentiasa lebih besar daripada sepupunya yang lebih kecil, anjing Pomerania. Ia dikembangkan di Jepun pada 1920-an dan 1930-an dengan pembiakbakaan sebilangan baka anjing jenis spits lain. Ia diakui oleh kebanyakan kelab kenel utama, kecuali American Kennel Club kerana ia berpenampilan serupa dengan anjing Pomerania putih, anjing Eskimo Amerika dan anjing Samoyed. Sementara ia merupakan baka agak baharu, ia menjadi sangat popular kerana perangai dan ciri lain yang disenangi.

Kebimbangan kesihatan utama ialah kehelan tempurung lutut, dan kebimbangan kecil berulang-ulang ialah baka ini terdedah terhadap mata berair. Ia boleh bertindak sebagai anjing penjaga yang boleh diharap, tetapi merupakan sejenis anjing teman dan suka menjadi bahagian giat keluarga. Sungguhpun ia mungkin kelihatan gebu, ia merupakan baka penyelenggaran sedikit kerana bulunya mempunyai tekstur tidak lekat kerap dibandingkan dengan teflon.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]