Presa Canaria

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Anjing tangkap Canary)
Presa Canaria
anjing berahang berat dengan lapis bulu perang kekuning-kuningan brindle
Nama lain
  • Anjing tangkap Canaria
  • Dogo Canaria
  • Mastif Canaria
Negara asalSepanyol
Trait
Berat Jantan 50–65 kg (110–145 lb)[1][2]
Betina 40–55 kg (90–120 lb)[1][2]
Tinggi Jantan 60–66 cm (24–26 in)[1][2]
Betina 56–62 cm (22–24 in)[1][2]
Anjing (Canis lupus familiaris)

Presa Canaria atau anjing tangkap Canaria[a] ialah satu baka anjing besar Sepanyol daripada jenis mastif atau anjing tangkap. Ia berasal dari kawasan berautonomi Kepulauan Canaria dan kebanyakannya terdapat di pulau Gran Canaria dan pulau Tenerife.[3]:587 Ia dahulunya dikenali sebagai dogo Canaria.[b] Ia secara tradisional digunakan sebagai anjing pengawal, sebagai anjing gembala untuk kedua-dua biri-biri dan lembu, dan untuk laga anjing yang di sisi undang-undang sehingga tahun 1936 dan mungkin telah berterusan secara gelap sejak itu.[3]:587

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Presa Canaria diturunkan daripada bardino majorero, yang dahulunya bertaburan di seluruh Kepulauan Canaria. Anjing jenis ini dibiakbakakan secara bersilang dengan pelbagai anjing jenis molossoid yang diperkenalkan ke kepulauan itu pada masa berbeza semasa zaman kolonial. Presa Canaria khususnya dipengaruhi oleh anjing yang dibawa dari Kepulauan British dengan kemasukan besar penduduk British pada lewat abad kesembilan belas.[3]:587

Menjelang tahun 1960-an, ia menghampiri kepupusan. Sebuah persatuan baka, Club Español del Presa Canario ("Kelab Presa Canaria Sepanyol"), dibentuk pada tahun 1982 dan merangka piawaian baka sementara yang diterbitkan oleh pemerintah kepulauan itu. Piawaian ini diluluskan oleh Real Sociedad Canina de España pada tahun 1989.[3]:588 Pada tahun 1991, anjing ini disertakan dalam senarai rasmi lambang kebangsaan Kepulauan Canaria sebagai lambang pulau Gran Canaria.[4]:2610 Ia diiktiraf secara rasmi oleh pemerintah kebangsaan Sepanyol pada tahun 2001.[5]

Baka ini diterima secara sementara oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada tahun 2001 di bawah nama Dogo Canario ("dogo Canaria");[6] ia diterima sepenuhnya pada tahun 2011.[7] Pada Disember 2018, atas permintaan Real Sociedad Canina de España, namanya dibuah kepada Presa Canario ("presa Canaria").[8]

Pengimportan dan penjualan baka ini dilarang di Australia[9] dan di New Zealand.[10]

Ciri[sunting | sunting sumber]

Presa Canaria brindle dengan telinga terpotong

Presa Canaria ialah anjing besar dengan tubuh amat berotot.[11] Jantan berdiri setinggi 60–66 cm (24–26 in) pada paras kelasa dan berukuran kira-kira seberat 50–65 kg (110–143 lb); betina pula berdiri kira-kira setinggi 56–62 cm (22–24 in) dan berukuran hampir-hampir 10 kg (22 lb) lebih ringan.[1][2]

Kepalanya lebar, besar, berbentuk segi empat sama, dan mempunyai bentuk brakisefalik kuat. Jika terpotong, telinganya berdiri dengan tegak. Di negara-negara yang mengharamkan pemotongan telinga, telinganya sepadan dengan kepala; tergantung ke bawah dan patut berbentuk loket atau "mawar". Bibir atasnya berayun-ayun, walaupun tidak secara berlebihan. Terlihat dari hadapan, bibir atas dan biri bawah bersatu untuk membentuk V terbalik. Bibir atasnya sedikit mencapah. Bahagian dalam bibir berwarna gelap.[1][2]

Baka ini juga bercirikan garis atas landai (dengan punggung yang lebih tinggi sedikit daripada bahu). Satu lagi ciri baka ialah rupa bentuk kaki (kaki kucing) dan pergerakan mirip kucing. Tubuhnya mesomorfik, iaitu, lebih panjang sedikit daripada ketinggian, yang menyumbang kepada pergerakan kucing.

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Presa Canaria secara tradisional digunakan sebagai anjing pengawal, sebagai anjing gembala untuk kedua-dua biri-biri dan lembu, dan untuk laga anjing, yang di sisi undang-undang di Sepanyol sehingga tahun 1936 dan mungkin berterusan secara rahsia selepas itu.[3]:587[12][13][14] Sehingga tahun 1950-an, laga anjing kekal sebagai amalan umum di semua pulau di sana.[15][16]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: ڤريسا کاناريا; انجيڠ تڠکڤ کاناريا; Sepanyol: perro de presa canario; presa canario
  2. ^ Jawi: دوݢو کاناريا; Sepanyol: dogo canario

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f "FCI-Standard N° 346 PRESA CANARIO" [Piawaian FCI No. 346 Presa Canaria] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Brígida Nestler. Penyeliaan teknikal oleh Miguel Ángel Martínez. Disemak oleh Mr Jorge Nallem. 5 Oktober 2023. Dicapai pada 9 Januari 2024.CS1 maint: others (link)
  2. ^ a b c d e f "Estándar-FCI N° 346 PRESA CANARIO" [Piawaian FCI No. 346 Presa Canaria] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Sepanyol). 5 Oktober 2023. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  3. ^ a b c d e Miguel Fernández Rodríguez, Mariano Gómez Fernández, Juan Vicente Delgado Bermejo, Silvia Adán Belmonte, Miguel Jiménez Cabras (penyunting) (2009). Guía de campo de las razas autóctonas españolas (Sepanyol). Madrid, Sepanyol: Ministerio de Medio Ambiente y Medio Rural y Marino. ISBN 9788449109461.
  4. ^ Lorenzo Olarte Cullen (30 April 1991). Disposiciones Generales - Presidencia del Gobierno: 577 - LEY 7/1991, de 30 de abril, de símbolos de la naturaleza para las Islas Canarias (Sepanyol). Boletín Oficial de Canarias. 61 (10 Mei 1991): 2610–2611.
  5. ^ [Ministerio de Agricultura, Pesca y Alimentación] (25 Mei 2001). Real Decreto 558/2001, de 25 de mayo, por el que se regula el reconocimiento oficial de las organizaciones o asociaciones de criadores de perros de raza pura (Sepanyol). Boletín Oficial del Estado 142 (14 Jun 2001): 21156–21182. Rujukan: BOE-A-2001-11347.
  6. ^ Nomenclature des races: Races acceptées provisoirement. Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Diarkibkan pada 6 Februari 2002.
  7. ^ "FCI breeds nomenclature: Presa Canario". Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Januari 2024.
  8. ^ "New name for Dogo Canario (346)". Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Januari 2024.
  9. ^ "Customs (Prohibited Imports) Regulation 1956" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 Januari 2024.
  10. ^ "Another dog added to banned list" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Jun 2011. Dicapai pada 19 Januari 2024.
  11. ^ Santana, Clemente Reyes. "El Perro de Presa Canario" (dalam bahasa Inggeris). ElPresa.com. Dicapai pada 19 Januari 2024.
  12. ^ Brough, Graham (7 Februari 2006). "EXCLUSIVE: COP ALERT OVER 'PIT BULL ON STEROIDS'". mirror (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 Januari 2024.
  13. ^ "Killer Dog Sparks Interest in Rare Breed". ABC News (dalam bahasa Inggeris). 7 Januari 2006. Dicapai pada 19 Januari 2024.
  14. ^ Gracia, Manuel Curto (20 November 2012). Perro De Presa Canario: Special Rare-Breed Edition : A Comprehensive Owner's Guide (dalam bahasa Inggeris). i5 Publishing. ISBN 9781621870753. Dicapai pada 19 Januari 2024 – melalui Google Books.
  15. ^ "Canary Island dog incident will provoke anti-dog backlash". old.post-gazette.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Ogos 2018. Dicapai pada 19 Januari 2024.
  16. ^ "Presa Demand Grows for All Wrong Reasons / Dogs wanted for killing, fighting" (dalam bahasa Inggeris). San Francisco Gate. 7 Februari 2001. Dicapai pada 19 Januari 2024.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]