Anjing terier putih Inggeris

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Anjing terrier putih Inggeris)
Lompat ke: pandu arah, cari
Anjing terier putih Inggeris
Old English White Terrier.jpg
Anjing terier putih Inggeris lama oleh Alfred de Prades
Nama lain Anjing terier putih Inggeris lama
Anjing terier Inggeris lama
Anjing terier putih British
Negara asal Britain
Ciri
Pengelasan dan piawaian
Pupus
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing terier putih Inggeris (Bahasa Inggeris: English white terrier), anjing terier putih Inggeris lama (Bahasa Inggeris: old English white terrier), anjing terier Inggeris lama (Bahasa Inggeris: old English terrier),[1][2][3] atau anjing terier putih British (Bahasa Inggeris: British white terrier) ialah satu baka anjing pupus. Anjing terier putih Inggeris ialah nama gelanggang pertunjukan gagal untuk versi anjing terier pekerja rubah purtih bertelinga mencucuk yang telah wujud di United Kingdom sejak hujung abad ke-18.

Nama "anjing terier putih Inggeris" dicipta dan diterima pada awal 1860-an oleh sebilangan pembiak baka yang ingin sekali mencipta baka baharu daripada versi anjing terier pekerja putih kecil bertelingan mencucuk yang kemudian dikembangkan menjadi anjing terier rubah, anjing terier Jack Russell, anjing terier Sealyham dan kemudian di Amerika Syarikat – anjing terier Boston dan anjing terier tikus. Akhirnya, walau bagaimanapun, tatatingkat The Kennel Club memutuskan bahawa "anjing terier putih Inggeris" ialah kelainan tanpa perbezaan, sementara masalah genetik anjing ini menjadikannya tidak popular dengan khalayak awam. Dalam masa 30 tahun muncul dalam The Kennel Club, anjing terier putih Inggeris telah pupus. Ia, walau bagaimanapun, telah dibiakbakakan bersilang dengan anjing buldog Inggeris mewujudkan anjing terier Boston dan anjing bulterier.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Britannica Concise - Terriers
  2. Depaco
  3. Old English Terrier

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]