Anjing pemburu triwarna Perancis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Anjing triwarna Perancis)
Anjing pemburu triwarna Perancis
Nama lainAnjing triwarna Perancis
Negara asalPerancis
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing pemburu triwarna Perancis atau anjing triwarna Perancis[a] ialah satu baka anjing daripada jenis anjing pemburu bau yang berasal dari Perancis. Baka ini gunakan untuk perburuan dalam kawanan.

Penampilan[sunting | sunting sumber]

Baka ini ialah hound kawanan pemburu besar tipikal Perancis dengan tubuh langsing dan berotot, tungkai panjang, kepala memanjang dengan protuberans oksipital ketara, telinga labuh panjang, dan bibir atas sedikit berbentuk segi empat sama. Saiznya ialah 62–72 sentimeter (24–28 in) pada paras kelasa; betinanya lebih kecil sedikit.

Lapis bulunya adalah triwarna, dengan mantel hitam lebar, dan bahagian-bahagian sawo matang berwarna cerah. Warna kekelabuan yang dipanggil louvard ("mirip serigala, keserigalaan") juga terlihat pada baka ini. Kecacatan tersenarai sebagai keabnormalan fizikal atau tingkah laku dan anjing dengan kecacatan sedemikian tidak patut dibiakbakakan. Kecacatan termasuklah kaki gemuk, agresi, atau sebarang kesan penyilangan dengan anjing pemburu Inggeris.[1][2]

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Anjing pemburu triwarna Perancis ialah anjing pemburu kawanan, yang bermaksud bahawa kumpulan anjing berburu bersama-sama, sentiasa diarah oleh manusia, dan tidak berlari-lari untuk berburu bersendirian.[3] Anjing yang dibiakbakakan untuk menjadi anjing pemburu kawanan biasanya bukan anjing peliharaan bagus.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو تريورنا ڤرنچيس; انجيڠ تريورنا ڤرنچيس; Perancis: chien français tricolore; français tricolore; bahasa Inggeris: French tricolour hound

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Standard FCI N° 219 FRANÇAIS TRICOLORE" [Piawaian FCI No. 219 Anjing Pemburu Triwarna Perancis] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Perancis). 6 Oktober 2023. Dicapai pada 27 Disember 2023.
  2. ^ "FCI-Standard N° 219 FRANÇAIS TRICOLORE (French Tricolour Hound)" [Piawaian FCI No. 219 Anjing Pemburu Triwarna Perancis] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Peggy Davis. Disemak oleh Dr. Paschoud. 6 Oktober 2023. Dicapai pada 27 Disember 2023.CS1 maint: others (link)
  3. ^ Club du chien d'ordre[pautan mati kekal] (Perancis)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]