Anne Wiazemsky

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anne Wiazemsky
Wiazemsky dalam Il seme dell'uomo (1969).
Kelahiran(1947-05-14)14 Mei 1947
Meninggal dunia5 Oktober 2017(2017-10-05) (umur 70)
PekerjaanPelakon, penulis
Tahun aktif1966–1988
PasanganJean-Luc Godard
(k. 1967; c. 1979)
SaudaraFrançois Mauriac
(cucu sebelah ibu)

Anne Wiazemsky (14 Mei 1947 – 5 Oktober 2017) ialah seorang pelakon dan novelis Perancis.[1] Dari keluarga ibunya, beliau ialah cucu kepada penulis novel dan dramatis François Mauriac. Beliau pertama kali terlibat dalam dunia perfileman pada usia 18 tahun, mmeegang wtak sebagai Marie, watak utama dalam karya oleh Robert Bresson bertajuk Au Hasard Balthazar (1966). Beliau kemudian muncul dalam beberapa filem karya Jean-Luc Godard, di antaranya ialah La Chinoise (1967), Week End (1967), dan One Plus One?(1968). Beliau dan Godard berkahwin dari 1967 hingga 1979.[2]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Wiazemsky dilahirkan pada 14 Mei 1947 di Berlin, Jerman. Bapanya Yvan Wiazemsky, seorang diplomat Perancis, ialah seorang warga Rusia yang telah berhijrah ke Perancis setelah Revolusi Rusia.[3] Ibunya, Claire Mauriac ialah anak perempuan François Mauriac, penerima Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan.[4]

Wiazemsky menghabiskan zaman kanak-kanaknya di luar negara mengikuti bapanya, termasuk Geneva dan Caracas sebelum kembali ke Paris pada 1962. Beliau lulus dari sekolah menengah Ecole Sainte Marie de Passy di Paris.[4]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Wiazemsky pertama kali terlibat dalam bidang lakonan pada usia 18 tahun, memegang watak sebagai Marie, watak utama dalam filem oleh Robert Bresson bertajuk Au Hasard Balthazar (1966) setelah diperkenalkan ke Bresson oleh pelakon Florence Delay. Filem ini ditayangkan perdana di Festival Filem Venice 1966 di mana beliau memenangi Anugerah OCIC (Organisasi Katolik Internasional untuk Sinema), Anugerah San Giorgio, dan Anugerah Perfileman Baru.[5] Sejak itu filem ini telah dicatat oleh pengkritik sebagai salah satu filem terhebat sepanjang masa.[6][7]

Wiazemsky kemudian menjadlin hubungan dengan Jean-Luc Godard, dan berkahwin dengannya setahun kemudian, pada 1967. Beliau membintangi beberapa filemnya, termasuk La Chinoise (1967), Week End (1967), dan One Plus One (1968). Pada 1980-an, beliau mula bekerja di belakang tabir. Pada 1994, beliau menulis lakon layar untuk Go Home, yang dibintangi oleh Claire Denis pada 1960-an. Beliau mula mengarahkan filem dokumentari.[8]

Selain bekerja dalam bidang lakonan, Wiazemsky juga menulis beberapa novel, termasuk Canines (1993), Une Poignée de Gens (1998), dan Aux Quatre Coins du Monde (2001). Karyanya yang berjudul Hymns to Love diadaptasi sebagai filem pada 2003 dengan tajuk All This Fine Promises. Filem ini diarahkan oleh Jean-Paul Civeyrac dan dibintangi oleh Valérie Crunchant serta Bulle Ogier. Novelnya yang berjudul Jeune Fille (2007) ditulis berdasarkan pada pengalamannya membintangi filem Au Hasard Balthazar. Pada tahun 2015, beliau menulis novel dengan tajuk Un An Après (“Setahun Sejak Itu”), yang menceritakan pengalamannya waktu pembikinan filem La Chinoise ketika hubungannya dengan Godard renggang. Novel ini kemudian dijadikan sebagai filem cereka dengan tajuk Le Redoubtable yang diarahkan oleh Michel Hazanavicius dan Wiazemsky dan dilakonkan oleh Stacy Martin.[9][10]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Sepanjang pembikinan filem Au Hasard Balthazar, pengarah Robert Bresson melamarnya beberapa kali, meskipun beliau menolak.[11] Pada tahun 1967, beliau berkahwin dengan Jean-Luc Godard, dan kemudian membintangi beberapa filemnya. Pernikahannya secara rasmi berakhir dengan perceraian pada 1979, meskipun pasangan itu berpisah sejak 1970.[12]

Pada 1971, Wiazemsky menandatangani Manifesto 343, yang secara terbuka menyatakan beliau melakukan keguguran sebagai cara untuk mengadvokasi hak-hak pembiakan semula, meskipun prosedur itu diharamkan di Perancis pada ketika itu.[8]

Wiazemsky meninggal dunia kerana kanser payudara pada 5 Oktober 2017, pada usia 70 tahun.[11]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Anne Wiazemsky". IMDb. Dicapai pada 2020-07-08.
  2. ^ Mumford, Gwilym; agencies (2017-10-05). "Anne Wiazemsky, French actor, novelist and muse to Jean-Luc Godard, dies aged 70". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0261-3077. Dicapai pada 2020-07-08.
  3. ^ "Obituary: Anne Wiazemsky, actor, director and writer". The Irish Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-07-08.
  4. ^ a b Roberts, Sam (2017-10-05). "Anne Wiazemsky, Film Star, Wife of Godard and Author, Dies at 70". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Dicapai pada 2020-07-08.
  5. ^ "Robert Bresson". IMDb. Dicapai pada 2020-07-08.
  6. ^ "The 100 Greatest Films of All Time | Sight & Sound". British Film Institute (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-07-08.
  7. ^ Qu, James; t. "Au hasard Balthazar". The Criterion Collection (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-07-08.
  8. ^ a b Williams, James S. (2017-10-10). "Anne Wiazemsky obituary". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0261-3077. Dicapai pada 2020-07-08.
  9. ^ "Jean-Luc Godard biopic in works from director of The Artist". the Guardian (dalam bahasa Inggeris). 2016-05-03. Dicapai pada 2020-07-08.
  10. ^ Brody, Richard. "A Bio-Pic of Jean-Luc Godard and His Second Wife, Anne Wiazemsky, That Betrays Its Source Material". The New Yorker (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-07-08.
  11. ^ a b "Anne Wiazemsky, author and muse to Jean Luc Goddard, dies aged 70". The Independent (dalam bahasa Inggeris). 2017-10-06. Dicapai pada 2020-07-08.
  12. ^ Brody, Richard. "Highlights from the Second Weekend of the New York Film Festival". The New Yorker (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-07-08.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]