Anote Tong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anote Tong
Presiden Kiribati
Memegang jawatan
10 Julai 2003
Naib PresidenTeima Onorio
Didahului olehTion Otang (Pemangku)
Butiran peribadi
Lahir (1952-06-11) 11 Jun 1952 (umur 71)
Tabuaeran, Kepulauan Gilbert dan Ellice (kini Kiribati)
Parti politikPillars of Truth
PasanganMeme Tong
Alma materUniversiti Canterbury
London School of Economics

Anote Tong (Cina ringkas: 汤安诺pinyin: Tāng Ānnuò; lahir 11 Jun 1952) ialah seorang ahli politik I-Kiribati berketurunan Cina. Beliau merupakan Presiden Kiribati kini.

Beliau pertama kali memenangi pilihan raya presiden buat kali pertama pada Julai 2003 dengan kemajmukan tipis (47.4%) berbanding abangnya, Dr. Harry Tong (43.5%) dan Banuera Berina (9.1%).[1] Pilihan raya ini dipertikai lawan atas alasan penipuan undi namun tuduhan itu tidak diterima mahkamah. Beliau dilantik kembali untuk penggal kedua dengan mudah pada Oktober 2007 (64% undi).[2] Pada Januari 2012, Tong berjaya mempertahankan jawatannya untuk penggal ketiga, dan terakhirnya.[3] Beliau cuma mendapat 42.2% undi, namun pencabar terdekatnya Tetaua Taitai pula cuma mendapat 35% undi.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Country profile: Kiribati". BBC News. 29 April 2009. Dicapai pada 2011-01-06.
  2. ^ "Tong re-elected Kiribati president", ABC Radio Australia, 18 Oktober 2007.
  3. ^ a b "Kiribati's Tong beats challengers to win third term". Radio New Zealand International. 2012-01-14. Dicapai pada 2011-01-13.
Jawatan politik
Didahului oleh
Tion Otang
Pemangku
Presiden Kiribati
2003–kini
Pemegang jawatan kini