Ansonia latidisca

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Ansonia latidisca
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Kelas: Amfibia
Order: Anura
Keluarga: Bufonidae
Genus: Ansonia
Spesies: A. latidisca
Nama binomial
Ansonia latidisca
Inger, 1966

Ansonia latidisca, nama biasa Kodok Pelangi Borneo, ialah sejenis spesies kodok dalam keluarga Bufonidae.[1][2] Ia dijumpai di Indonesia dan Malaysia, di pulau Borneo. Habitat aslinya adalah hutan dan sungai tanah pamah lembap subtropika atau tropika. Ia kini diancam kehilangan habitat.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Tiga spesimen A. latidasca yang diketahui bersaiz kecil, antara 30 hingga 50 mm (1.2 hingga 2.0 in) panjang.[3] Mereka memiliki kaki kurus panjang dan kulit belakang beraneka warna "bertompok hijau terang, ungu dan merah."[4] Bintik berwarna-warni pada dorsum itu tidak rata tetapi "berkerakal" dan telah dibandingkan dengan "ketuat". Pakar amfibia Robin Moore memaklumkan National Geographic bahawa kulit seperti itu pada kodok "biasanya menunjukkan kehadiran kelenjar racun... Anda mungkin tidak mahu meletakkan ini di dalam mulut anda."[5] Moore merupakan pemula Search for Lost Frogs Conservation International.[4]

Ahli herpetologi Indraneil Das, pemimpin pasukan 2011 yang menjumpai semula kodok itu, memanggil corak warna itu "seperti lumut" dan menyatakan bahawa ia mungkin merupakan penyesuaian untuk tujuan penyamaran pada kulit pokok berlumut di habitatnya.[4]

Status pemuliharaan dan penemuan semula[sunting | sunting sumber]

Ansonia latidisca disenaraikan Conservation International sebagai salah satu "10 katak paling dikehendaki di dunia" dalam senarai Global Search for Lost Amphibians pada 2010. Ia terakhir dilihat pada 1924.[4] Sehingga penemuan semulanya baru-baru ini, ahli sains hanya mempunyai ilustrasi spesimen berdasarkan gambaran pengkaji Eropah pada 1920-an.[3][6]

Pada Julai 2011, sekumpulan ahli sains dari Universiti Malaysia Sarawak yang diketuai Dr. Indraneil Das menemui dan mengambil gambar foto tiga spesimen di dahan tinggi sebatang pokok selepas berbulan-bulan menjalankan ekspedisi malam di kawasan Gunung Penrissen di barat Sarawak.[7] Mengikut Moore, pasukan ini menyusun pencarian mereka berdasarkan apa yang diketahui mengenai spesies serupa, mencari di waktu malam di sepanjang sungai bagi kodok yang mungkin memanjat pokok.[5] Dr. Das menyebut yang ini adalah "teknik carian biasa yang sesuai untuk amfibia dalam habitat hutan hujan," sambil menambah bahawa ia melibatkan "bahaya dan gangguan" yang termasuk hujan lebat, lintah dan pemburu haram.[4]

Para saintis tidak bersedia memaklumkan kepada awam maklumat mengenai lokasi tepat kodok tersebut, menyebut kebimbangan mengenai pemburu haram dan perdagangan haiwan peliharaan antarabangsa.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ ""Lost" Amphibian Stages Amazing Reappearing Act in Borneo after Eluding Scientists for 87 years". Conservation International. Dicapai 14 Julai 2011. 
  2. ^ "Kodok Pelangi Borneo Ditemukan Kembali Setelah 87 Tahun". National Geographic Indonesia. Dicapai 19 Julai 2011. 
  3. ^ a b Jeanna Bryner (13 Julai 2011). "'Lost' Rainbow Toad Rediscovered After 87 Years". LiveScience. 
  4. ^ a b c d e f Thomas Lin (15 Julai 2011). "After 8 Decades, Tiny Toad Resurfaces in Asia". NY Times. Dicapai 16 Julai 2011. 
  5. ^ a b Ker Than. "Rainbow Toad Rediscovered, Photographed for First Time". National Geographic. 
  6. ^ "Katak Borneo ditemui selepas 87 tahun". Sinar Harian. Dicapai 19 Julai 2011. 
  7. ^ "Lost rainbow toad is rediscovered". BBC. 14 Julai 2011. Dicapai 2011-07-14. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]