Pergi ke kandungan

Antara Gapi

Koordinat: 3°28′N 101°38′E / 3.467°N 101.633°E / 3.467; 101.633
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Antara Gapi, Selangor
Penempatan
Persiaran Antara Gapi
Persiaran Antara Gapi
Jata Antara Gapi, Selangor
Kedudukan dalam Daerah Hulu Selangor dan Negeri Selangor
Kedudukan dalam Daerah Hulu Selangor dan Negeri Selangor
Antara Gapi, Selangor yang terletak di Selangor
Antara Gapi, Selangor
Antara Gapi, Selangor
Antara Gapi, Selangor yang terletak di Semenanjung Malaysia
Antara Gapi, Selangor
Antara Gapi, Selangor
Antara Gapi, Selangor yang terletak di Malaysia
Antara Gapi, Selangor
Antara Gapi, Selangor
Koordinat: 3°28′N 101°38′E / 3.467°N 101.633°E / 3.467; 101.633
NegaraMalaysia
NegeriSelangor
DaerahHulu Selangor
Aras
262 ft (80 m)
Zon waktuUTC+8 (MYT)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (Not observed)
ZIP code
48200
Kod kawasan3-6081

Antara Gapi ialah sebuah pertumbuhan terancang yang terletak di Serendah, Selangor, lebih kurang 18 batu (29 km) utara dari Kuala Lumpur. Antara Gapi ditubuhkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Antara Gapi termasuk dalam mukim Serendah (mukim), Hulu Selangor. Terdiri daripada 1,947 buah rumah dan 111 unit kedai, Antara Gapi merupakan salah satu daripada kawasan perumahan terancang terbesar di Serendah dan Hulu Selangor. Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) terus memajukan Antara Gapi dan mempunyai pelan masa depan strategik buat Antara Gapi.

Antara Gapi merupakan sebuah kawasan pertumbuhan yang agak baharu. Bermulanya pada awal tahun 1998, PKNS memasuki tapak bagi kerja-kerja pembangunan yang dibahagikan kepada 6 seksyen.

Jaringan Lebuhraya dan Transit

[sunting | sunting sumber]

Lebuhraya

[sunting | sunting sumber]

Antara Gapi terletak pada Laluan Persekutuan Malaysia 1 LP 1 di KM28 Kuala Lumpur-Ipoh. Laluan Persekutuan 1 ini menghubungkan Antara Gapi ke Pusat Bandaraya Kuala Lumpur secara terus. Sepanjang jalan ini terdapat kemudahan seperti Rawang Bypass yang memintas kesesakan sekaligus mempercepatkan perjalanan, persimpangan terus ke LATAR Lebuhraya Kuala Lumpur–Kuala Selangor, dan juga persimpangan terus ke MRR2 LP 28.

Bagi Damansara, Shah Alam dan Subang Jaya, GCE Lebuhraya Koridor Guthrie menghubungkan Antara Gapi melalui LATAR Lebuhraya Kuala Lumpur–Kuala Selangor.

Bagi akses ke PLUS Expressways Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Utara, persimpangan terdekat adalah Persimpangan Sungai Buaya EXIT 117.

Antara Gapi juga dihubungkan terus ke B23 melalui gerbang belakangnya. Jalan B23 ini menghubungkan Antara Gapi dan Gombak secara terus ke arah selatan. Ke arah utara, jalan ini menghubungkan Antara Gapi ke Genting Highlands melalui B66 Jalan Batang Kali-Genting Highlands yang memakan masa 30 minit.

Dari segi transit, kemudahan KTM Komuter dapat ditemukan di stesen  KA11  KTM Serendah yang lerletak pada KM26 Laluan Persekutuan 1 LP 1, 2 kilometer (1.2 bt) dari Antara Gapi. KTM Komuter ini menghubungkan Antara Gapi kepada jaringan Rapid KL melalui MRT 12 (yellow) Laluan Putrajaya di stesen pertukaran  KA08  PY03  Sungai Buloh.

KTM ETS pula boleh diakses di stesen KTM_ETS_Logo KTM Rawang yang merupakan 14 kilometer (8.7 bt) dari Antara Gapi melalui Laluan Persekutuan 1 ataupun dengan menggunakan KTM Komuter dari  KA11 Serendah ke  KA10 Rawang.

Bagi rangkaian Bas Smart Selangor, Antara Gapi merupakan terminus bagi laluan bas HS02.[1]

Kawasan Komersial

[sunting | sunting sumber]

Antara Gapi mempunyai dua pembangunan utama berkaitan perniagaan pada masa kini, iaitu Gapi Avenue yang dimajukan PKNS dan juga Laman Gapimas yang dimajukan YPS Development, Sdn Bhd. Kawasan perniagaan ini menjadi teras perkembangan di Antara Gapi dengan kemudahan membeli belah, restoran dan perkhidmatan kediaman. Setakat April 2023, perniagaan yang terdapat di Antara Gapi adalah antara berikut:

Gapi Avenue

7-Eleven dan 7Café
ZUS Coffee
Restoran Gapi Corner
99 Speedmart
YONO! Cafe
McDonald's (akan dibuka Mac 2025)

Laman Gapimas

MR. DIY
Eco-Shop (akan dibuka Februari 2025)
Aneka
Segi Fresh
SP Care Health Clinic
Tealive
Stesen Minyak Shell

Kejiranan

[sunting | sunting sumber]

Perumahan di Antara Gapi terbahagi kepada 6 Seksyen berdasarkan masa pembinaan, ciri perumahan dan topografi yang berbeza. Perumahan yang terdapat di Antara Gapi terdiri daripada lot perumahan tunggal (single-family homes), rumah jenis bersambung (townhomes) dan rumah jenis berkembar (duplex). Kemudahan kejiranan yang wujud termasuk Tasik Antara Gapi di Seksyen 2A, 7 taman permainan, laluan pejalan kaki sejumlah 10km dan plaza Gapi Avenue.

Setakat 2025, PKNS sedang giat membangunkan Seksyen 6 A dan C, Seksyen 2, dan Seksyen 3 A dan B. Di sebahagian Seksyen 1 E dan D, terdapat pembangunan perumahan yang sedang didirkan pemaju-pemaju luar. Tasik Antara Gapi juga sedang melalui proses menaiktaraf kini. Manakala kemudahan clubhouse dan dewan banquet adalah dalam perancangan PKNS.

Render pandangan mata burung.

Pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Antara Gapi termaktub di bawah kawasan pentadbiran PPD Hulu Selangor di bawah KPM. Pertumbuhan ini setakat ini hanya mempunyai satu sekolah.

  • Sekolah Kebangsaan Antara Gapi (Darjah 1-6)

Tapak tanah untuk pembinaan sebuah sekolah menengah (pendidikan menengah/secondary education) telah disertakan di dalam pelan utama. Namun, tiada apa-apa pelan terdekat untuk memulakan pembinaannya.

Antara Gapi secara geografi terletak di Serendah, tetapi ia terletak di dalam mukim Ulu Yam.

https://www.pkns.gov.my/en/aspirasi-bil-2-tahun-2023/

  1. ^ Fathil, Sheeda (3 Jan 2024). "Empat laluan Bas Smart Selangor dipinda di Hulu Selangor". Cite journal requires |journal= (bantuan)