Antartik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kawasan Antartik dengan Penumpuan Antartik dan Garis selari selatan ke-60

Antartik ialah rantau kutub, khususnya kawasan sekitar Kutub Selatan Bumi, bertentangan dengan Artik kawasan sekitar Kutub Utara. Antartik merangkumi dalam pengertian yang tepat benua Antartika dan wilayah-wilayah pulau-pulau yang terletak di Plat Antartik. Dalam pengertian yang lebih luas rantau Antartik termasuk pentas ais, air, dan wilayah pulau di Lautan Selatan terletak di selatan Penumpuan Antartik, zon yang lebih kurang 32 hingga 48 km (20 hingga 30 bt) lebar yang berbeza-beza latitud secara bermusim.[1] Rantau ini merangkumi kira-kira 20 peratus daripada Hemisfera Selatan, di mana 5.5 peratus (14 juta km2) merupakan kawasan permukaan benua Antartika sendiri. Semua tanah dan pentas ais selatan latitud 60°S ditadbir di bawah Sistem Perjanjian Antartika. Dalam aspek biogeografi, ekozon Antartik ialah salah satu daripada lapan ekozon permukaan daratan Bumi.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Antartik (tanpa pinggirannya, imej satelit komposit).

Seperti yang ditakrifkan oleh Sistem Perjanjian Antartik, rantau Antartik adalah segalanya yang berada di selatan garis lintang 60°S. Kawasan perjanjian tersebut meliputi Antartika dan kepulauan Balleny, pulau Peter I, pulau Scott, kepulauan Orkney Selatan dan kepulauan Shetland Selatan.[2] Walau bagaimanapun, kawasan ini tidak termasuklah Penumpuan Antartik, suatu zon peralihan di mana air sejuk di Lautan Selatan bertembung dengan air yang lebih hangat di utara, membentuk sempadan semula jadi di rantau tersebut. Disebabkan penumpuan itu berubah mengikut musim, Konvensyen Pemuliharaan Sumber Hidupan Marin Antartik (CCAMLR) menganggarkan garisan penumpuan itu dengan menggabungkan titik tertentu di sepanjang selarian garis lintang dan meridian garis bujur.[3] Pelaksanaan konvensyen itu diuruskan melalui suruhanjaya antarabangsa yang beribu pejabat di Hobart, Australia, dengan sistem kuota penangkapan ikan tahunan, lesen dan pemeriksa antarabangsa yang cekap ke atas kapal penangkap ikan, serta pengawasan satelit.

Kepulauan luar pesisir[sunting | sunting sumber]

Utara garis lintang 60°S[sunting | sunting sumber]

Selatan garis lintang 60°S[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Scientific Committee on Antarctic Research website" (dalam bahasa Inggeris). SCAR. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Disember 2013. Dicapai pada 15 Mac 2015.
  2. ^ "The Antarctic Treaty | NSF - National Science Foundation". www.nsf.gov (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 Oktober 2020.
  3. ^ "Convention for the Conservation of Antarctic Marine Living Resources" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Konvensyen Pemuliharaan Sumber Hidupan Marin Antartik. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 5 Mei 2010.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 90°00′S 00°00′W / 90.000°S -0.000°E / -90.000; -0.000