Antihistamin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Antihistamin
Kelas ubat
Rajah struktur molekul histamin
Struktur molekul histamin
Pengenal kelas
Sebutan/ˌæntiˈhɪstəmn/
Kod ATCR06
Mekanisme tindakan • Antagonis reseptor
 • Agonis songsang
Sasaran biologiReseptor histamin
 • HRH1
 • HRH2
 • HRH3
 • HRH4
Pautan luar
MeSHD006633
Di Wikidata

Antihistamin ialah sejenis ubat yang mengubati rinitis alahan, selesema, influenza dan alahan-alahan.[1] Lazimnya, orang ramai mengambil antihistamin sebagai suatu ubat lazim yang boleh dibeli tanpa preskripsi awal untuk merawat hidung tersumbat, bersin atau kegatalan akibat debunga kutu hama atau alahan haiwan dengan sedikit kesan sampingan.[1] Antihistamin lazimnya digunakan sebagai rawatan jangka masa pendek.[1] Alergi kronik boleh meningkatkan risiko masalah kesihatan yang mungkin tak dapat diubati antihistamin, termasuk asma, sinusitis dan jangkitan salur pernafasan bawahan.[1] Nasihat daripada pakar perubatan adalah disyorkan bagi mereka yang ingin menggunakan antihistamin dalam tempoh panjang.[1]

Walaupun orang ramai biasanya menggunakan istilah “antihistamin” terhadap apa-apa ubat merawat alahan, para doktor dan ahli sains menggunakan istilah itu khusus terhadap ubat yang melawan aktiviti reseptor histamin dalam badan.[2] Dalam hal ini, antihistamin dikelaskan berdasarkan reseptor yang dilawan. Dua kelas antihistamin terbesar ialah antihistamin H1 dan antihistamin H2.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e Consumer Reports (2013), Using Antihistamines to Treat Allergies, Hay Fever, & Hives - Comparing Effectiveness, Safety, and Price (PDF), Yonkers, New York: Consumer Reports, diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 17 Mei 2017, dicapai pada 29 Jun 2017
  2. ^ Canonica GW, Blaiss M (2011). "Antihistaminic, anti-inflammatory, and antiallergic properties of the nonsedating second-generation antihistamine desloratadine: a review of the evidence". World Allergy Organ J. 4 (2): 47–53. doi:10.1097/WOX.0b013e3182093e19. PMC 3500039. PMID 23268457.