Antipater dari Thessalonica

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Antipater dari Thessalonica (Ἀντίπατρος ὁ Θεσσαλονικεύς) ialah pengarang untuk lebih daripada seratus epigram dalam sebuah karya Greek Anthology.  Beliaulah paling banyak dan mungkin yang paling menarik dalam kebanyakan penulis epigram zaman Augustus. Beliau berada di bawah naungan Lucius Calpurnius Piso (konsul semasa 15 SM dan kemudian wakil konsul untuk Macedonia selama beberapa tahun) yang dilantik sebagai gabenor Thessalonica.

Terdapat banyak hasil kerjanya yang terdapat dalam sejarah kini:

  • Ada yang meraikan penubuhan Nicopolis oleh Octavianus, setelah pertempuran Actium
  • Ada yang menjangkakan kemenangannya terhadap orang Partia dalam penjelajahannya semasa 20 SM
  • Ada ditujukan kepada Gaius Caesar, yang meninggal dunia pada 4 SM. Tiada satu pun yang boleh dikatakan bertarikh dengan tepatnya selepas 4 SM.

Kincir air[sunting | sunting sumber]

Antipater juga dikenali sebagai orang yang pertama menyebut penggunaan kincir air dalam puisi. Beliau memerikan kincir air beroda air terlajak yang mendahului zaman pada sekitar 20 SM/10 AD.[1] Beliau memuji penggunaannya dalam pengisaran bijian dan untuk pengurangan buruh manusia:[2]

Jauhi tangan anda dari kincir tersebut, wahai gadis pengisar; walaupun burung gagak menandakan tibanya subuh, teruskan tidur. Demeter telah mengalih kerja-kerja tanganmu kepada para dewi, yang melompat ke atas bahagian atas roda, memutar gandarnya; dikelilingi gear yang berputaran,' mengisi pinggilingan batu Nisyros yang kekosongan. Sekiranya kita belajar untuk beraya tanpa bergantung pada hasil-hasil bumi, kita akan merasai zaman keemasan.

Rujukan itu penting kerana ada menyebut kincir, dan menyokong bukti lain tentang penggunaan yang telah lama. Mengambil bukti yang tidak langsung daripada sebuah kerja juruteknik Yunani iaitu Apollonius of Perge dan juga daripada sejarawan teknologi, M.J.T. Lewis yang memulakan penampilan kincir air gandar menegak pada awal abad ke-3 SM, dan kincir air gandar mendatar sekitar 240 SM, dengan Byzantium dan Iskandariah sebagai tempat penemuan ia tercipta. Sebuah kincir air dilaporkan oleh ahli geografi Yunani iaitu Strabon (sekitar 64 SM-AD 24) telah wujud sebelum 71 SM di istana raja Pontian, Mithradates VI Eupator, tetapi pembinaannya yang tepat tarikhnya tidak dapat dikumpulkan daripada teks (XII, 3 , 30 C 556).

Penerangan pertama yang jelas ialah sebuah kincir air bergear pada lewat abad ke-1 SM Roman daripada seorang arkitek Vitruvius yang memberitahu sistem penggearan Sakia yang dipasang pada kincir air. Akaun Vitruvius sangat berharga kerana ia menunjukkan bagaimana kincir air muncul, iaitu dengan kombinasi ciptaan Yunani yang berasingan iaitu gear bergigi dan roda air menjadikan satu sistem mekanikal yang berkesan untuk memanfaatkan kuasa air. Roda air Vitruvius digambarkan sebagai terendam di hujung yang lebih rendah pada paras air supaya dayung dapat dipandu mengikuti halaju air yang mengalir (X, 5.2).

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Wikander 2000, halaman 375; Donners, Waelkens & Deckers 2002, halaman 13
  2. ^ Lewis, p. vii.
  3. ^ The translation of this word is crucial to the interpretation of the passage. Traditionally, it has been translated as 'spoke' (e.g. Reynolds, p. 17), but Lewis (p. 66) points out that, while its primary meaning is 'ray' (as a sunbeam), its only concrete meaning is 'cog'. Since a horizontal-wheeled corn mill does not need gearing (and hence has no cogs), the mill must have been vertical-wheeled.

Sumber[sunting | sunting sumber]

  • Sejarah Kuno
  • Select Epigrams from The Greek Anthology, Edited with a Revised Text, Translation, and Notes, by J. W. Mackail (London: Longmans, Green, and Co., 1890)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]