Antonio Pigafetta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Antonio Pigafetta
Kelahiranantara 1480 dan 1491
Meninggal duniak. 1531 (umur 40–an)
Vicenza, Republik Venezia
WarganegaraVenezia
Tahun aktif1500-an ke 1520-an
Terkenal keranaMencatat penjelajahan Magellan
Penulisan kamus dwibahasa Melayu Barat terawal

Antonio Pigafetta (Itali: [anˈtɔːnjo piɡaˈfetta]; c. 1491 – c. 1531) merupakan seorang sarjana dan pengembara dari Venezia yang menyertai penjelajahan dibuat Ferdinand Magellan atas titah Raja Carlos I dari Sepanyol. Beliau turut menghabiskan misi penjelajahan ini berikutan pembunuhan Magellan di Mactan berdekatan Cebu.

Beliau merupakan antara orang terawal menghasilkan kamus bahasa Melayu kepada mana-mana bahasa Barat melalui daftar kata bahasa Itali-Melayu disusunnya pada tahun 1522.[1][2]

Awal hidup[sunting | sunting sumber]

Beliau anak kepada seorang bernama Giovanni di Antonino, ayahnya berkahwin sebanyak tiga kali. Tarikh lahir Adtonio tidak dapat dipastikan namun dianggarkan antara 1492 atau 1493 barangkali di kota asal keluarganya di Vicenza,[3] ada juga yang berpedapat beliau lahor sekitar 1491.[4] Beliau ada melibatkan diri dalam kelompok Santo Yohannes Pembaptisl[5] serta mengambil pelajaran dalam bidang matematik, ilmu peta dan ilmu falak.

Kerjaya pelayaran[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1519, beliau mengikut uskup wakil bandarnya, Francesco Chiericati ke Barcelona atas undangannya menjadi duta Paus Leo X kepada Maharaja Charkes V di Sepanyol. Di sinilah Pigafetta mengambil perhatian terhadap banyak penemuan hasil jelajah teroka sedunia dilakukan dua-dua pihak Sepanyol dan Portugis.[6] Apabila beliau mendapat khabar mengenai pelayaran yang bakal dilakukan Ferdinand Magellan semasa di Seville, beliau memutuskan untuk menyertai pelayaran tersebt sebagai anggota sokongan bergaji 1,000 keping duit murabiti.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Bausani, Alessandro (Disember 1960). "The First Italian-Malay Dictionary by Antonio Pigafetta". East and West. Istituto Italiano per l'Africa e l'Oriente (IsIAO). 11 (4): 229-248.
  2. ^ Marsden, William. Bibliotheca marsdeniana philologica et orientalis: A catalogue of books and ... King's College Library, Universiti London. m/s. 238.
  3. ^ PIGAFETTA, Antonio. Dizionario Biografico (dalam bahasa Itali). Treccani. Diarkib daripada yang asal pada 4 Oktober 2018. Dicapai pada 17 Disember 2018. Parameter |deadurl= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)
  4. ^ Nowell, Charles E. (1962). Magellan's voyage around the world : three contemporary accounts : Antonio Pigafetta, Maximilian of Transylvania, Gaspar Corrêa. Northwestern University Press. m/s. 79. OCLC 154183092.
  5. ^ Giuliana Mazzi, L'avventura di Antonio Pigafetta, in Vicenza illustrata, pagg. 205-210, Neri Pozza editore, 1976.
  6. ^ Chemello, Adriana. "Antonio Pigafetta e il Suo Viaggio" (PDF). Accademia Olimpica (dalam bahasa Itali). Dicapai pada 18 Disember 2018.
  7. ^ Quanchi, Max (2005). Historical Dictionary of the Discovery and Exploration of the Pacific Islands. The Scarecrow Press. m/s. 207. ISBN 0810853957.