Pergi ke kandungan

Antonov An-225 Mriya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Antonov An-225)
An-225 Mriya
An-225 dengan livery 2009–2022
Peranan Pesawat kargo
Pengeluar Antonov
Direka oleh Antonov
Penerbangan sulung 21 Desember 1988
Status Hancur
27 Februari 2022 (2022-02-27)[1]
Pengguna utama Antonov Airlines
Dikeluarkan 1988
Jumlah dibina 1
Dibangunkan dari Antonov An-124

Antonov An-225 Mriya (Bahasa Ukraine: Антонов Ан-225 Мрія) merupakan pesawat terbesar di dunia yang dibuat oleh Perusahaan Antonov. Nama belakang pesawat ini, Mriya (Bahasa Ukraine: Мрія) bererti "mimpi" atau "inspirasi". Walau bagaimanapun, pesawat ini musnah pada Febuari 2022 akibat serangan Rusia terhadap lapangan terbang Hostomel dalam serangan Rusia ke atas Ukraine.[2] Susulan itu, pihak Rusia merancang untuk membayar pampasan untuk membina semula Antonov An-225.[3]

Ketika dahulu, pesawat ini digunakan untuk mengangkut pesawat angkasa ulang alik Buran sebagai pengganti Myasishchev VM-T. Namun, seiring dengan pembubaran Soviet pada 1991 yang membawa kepada penghentian Buran pada 1993, pesawat ini tidak beroperasi selama hampir 8 tahun. Pada 2001, pesawat ini kembali digunakan sebagai kapal pengangkut berat dengan nombor penerbangan UR-82060 (sebelumnya СССР-82060).

Pada asalnya, unit kedua pesawat pernah diusahakan. Namun hanya satu yang berjaya selesai dan digunakan (UR-82060), sedangkan yang kedua dijadualkan siap pada 2008 lalu ditunda. Pada Ogos 2009, pesawat kedua masih tidak siap lalu ditinggalkan.

  1. "Russians destroy An-225 "Mriya", it will be restored at the expense of the occupant". Ukroboronprom (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 20 April 2014. Dicapai pada 2022-04-27.
  2. "AN-225 Destroyed by Russian forces at Gostomel". airlineratings.com (dalam bahasa Inggeris). 27 Februari 2022.
  3. Kulisch, Eric (2022-02-27). "The 'Dream' is dead: Air cargo wonder destroyed in Ukraine". FreightWaves. Dicapai pada 2022-02-28.