Antoofighter: Amukan Drakulat!
| AntooFighter | |
|---|---|
| Pengarah | Azizi "Chunk" Adnan |
| Penulis | Azizi "Chunk" Adnan |
| Dihasilkan oleh | Ahmad Puad Onah Mohd Najib Aziz Asrulhisyam Ahmad Azizi "Chunk" Adnan |
| Dibintangi | Radhi OAG Awie Harun Salim Bachik Bell Ngasri Soffi Jikan |
| Sinematografi | Mohd Shaupee A. Wahid |
| Muzik oleh | Cap Ayamz |
Syarikat penerbitan | Grand Brilliance Image Box |
| Diedarkan oleh | Primeworks Studios |
| Negara | Malaysia |
| Bahasa | Melayu |
Antoofighter: Amukan Drakulat! (juga Antoo Fighter atau AntooFighter) merupakan sebuah filem aksi komedi seram Malaysia 2008 arahan Azizi "Chunk" Adnan ini ditayangkan di pawagam pada 27 November 2008.
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Kisah bermula apabila sekumpulan makhluk dan hantu-hantu dari zaman dahulu yang diketuai Drakulat Van Listerooy, kembali mengganas dan bermaharajalela di zaman ini selepas mereka terlepas dari kurungan dan tangkapan kumpulan Penentang Jembalang pada zaman dahulu. Drakulat (lakonan Awie) dan hantu-hantunya, Bajang (lakonan Soffi Jikan) seekor Iblis, Mistikus (Witch), Sarjan Algojo (Hantu Gigi), Maya (Pontianak), Siti Sunshine (Pontianak Pondan), Ozawa (Pontianak Korea), Chow Meng Nga (Hantu Cina), Togom (Hantu Hijau), Filius de Flamma (Hantu Api), Kartarakh (Hantu Biji Mata) telah mengembara dari tempat mereka terlepas ke Kuala Lumpur dan telah menawan Menara Kuala Lumpur dan dijadikan markas operasi mereka. Di situ mereka telah memulakan kekacauan dan kekecohan di ibunegara sehingga menyebabkan negara di tahap bahaya. Dalam masa yang sama, objektif Drakulat sebenarnya adalah untuk membebaskan "Lord Sharon" iaitu anak Syaitan ke dunia supaya mereka dapat bersama-sama menguasai dunia dan membebaskan kuasa kegelapan ke segenap alam maya. Oleh itu, Drakulat terpaksa mencari seorang gadis yang telah terpilih menerusi keturunan darahnya, iaitu "Delyla", di mana darahnya dipercayai mempunyai kuasa dan dapat dijadikan korban untuk dipersembahkan kepada "Lord Sharon" supaya dapat bebas ke bumi. Dalam pada itu, kehadiran kumpulan Drakulat dapat dirasai oleh Pak Din (lakonan Harun Salim Bachik) iaitu salah seorang Antoofighter terakhir pada zaman 50an. Antoofighter merupakan kumpulan rahsia yang telah wujud sejak bermulanya alam dan dunia dimana 5 orang manusia akan terpilih untuk menjaga dunia daripada kuasa kuasa jahat setiap 60 tahun.
Watak dan Perwatakan
[sunting | sunting sumber]Watak-watak utama dalam filem ini dibezakan dengan The Crescent Warriors dan The Council of Zion. The Crescent Warriors mewakili semua penentang antoo manakala The Council of Zion diwakili kumpulan antoo.
The Crescent Warriors
[sunting | sunting sumber]| Nama Watak | Umur | Asal | Kelemahan | Pelakon |
|---|---|---|---|---|
| Pohjee (Fauzi Deraman) | 21 | Damansara Damai, Kuala Lumpur | Baca buku | Radhi OAG |
| Rambo (Kamarudin Aboo) | 22 | Bangsar, Kuala Lumpur | Tikus | Bront Palarae |
| Opie (Soupi Ramli) | 20 | Bangsar, Kuala Lumpur | Tikus | Bell Ngasri |
| Tasya (Natasya Mat Senu) | 19 | Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur | Bau ketiak bangla | Nurfazlin Azmi |
| Lara Lenjan (Azean Manjalara) | 20 | Kampung Baru, Kuala Lumpur | Bau tempoyak | Scha Al-Yahya |
| Delyla | 20 | Bukit Damansara, Kuala Lumpur | Takut Gelap | Delyla Adnan |
| Guntur (M Ghazali Ayob) | 62 | Langkawi, Kedah | Mengayat gadis | Usop Kopratasa |
| Pak Din (Zainuddin Yanky) | 68 | Grik, Perak | Teh O Ais | Harun Salim Bachik |
| A.M.U.T (Anti Monster Unit - Robot Pemusnah) | - | Kilang mainan di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur | Pergerakan terhad | - |
The Council of Zion
[sunting | sunting sumber]| Nama Watak | Jenis Antoo | Asal | Kelemahan | Pelakon |
|---|---|---|---|---|
| Drakulat Van Listerooy | Vampire | Belanda | Lagu Taman Rashidah Utama | Awie |
| Ariel Bajang | Iblis | Jawa, Indonesia | Novel Cinta | Soffi Jikan |
| Mistikus Velvella | Ahli sihir | Munich, Jerman | Rosyam Nor | Jamilah Wadan |
| Ozawa Shimitzu | Hantu Korea (Ju-on) | Korea | Ajak berlari | Rabiatul Adawiyah |
| Siti Sunshine | Pontianak Pondan | Pontianak, Indonesia | Getah seluar dalam | |
| Maya | Pontianak | Gua Tempurung, Perak | Lelaki gempal bermisai | Nursyuhada |
| Hantu Gigi | Sarjan Algojo Albula | Kampung Bongek, Rembau, Negeri Sembilan | Tak tahu bertempur dan tak tahu baca not muzik | Amran Tompel |
| Hantu Cina | Chong Meng Nga | China | Tak reti berjalan | Azron Othman |
| Jin Tanah | Gambut | Segambut Dalam, Kuala Lumpur | Bunyi gesel kapur atas papan hitam | Yank Kassim |
| Lord El Sharon | Bapa Syaitan | Neraka Jahanam | Simbol bulan sabit | - |
| Fillius De Flamma | Hantu Api | Neraka ketujuh | Air | - |
| Togom (Toyol Gomok) | Toyol | Besut, Terengganu | Warna merah jambu | - |
| Katarakh | Hantu Mata | Mata sebelah kiri, Pontiana Maya | Tak tahu bertempur | - |
Pelakon Watak Penampilan Khas
[sunting | sunting sumber]- Jalaluddin Hassan sebagai Alien Jengkol
- Bandi Amuk sebagai Dirinya sendiri
- Hamid Gurkha sebagai Pak Karto
- Ruminah Sidek sebagai Nek Kebayan
- Osman Kering sebagai Dirinya sendiri
- Ajak Blur sebagai Hans Ishaak
- Riz Ainuddin sebagai Dirinya sendiri
- Loloq sebagai Guntur (waktu muda)[1]
Penerbitan
[sunting | sunting sumber]Bahagian ini memerlukan pengembangan. Anda boleh menolong dengan membaiki seksyen itu. |
Hampir 70% daripada filem ini menggunakan teknik Imej Janaan Komputer (CGI).[2]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Laman web rasmi Antoo Fighter". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-04-30. Dicapai pada 2008-04-12.
- ^ http://antoofighter.blogspot.com/2007/10/antoofighter-tu-hape-by-pet.html