Anuar Abd. Manap

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
YB Haji

Anuar bin Abd Manap
Anggota Dewan Undangan Negeri Johor
untuk Pemanis
Memegang jawatan
21 April 2022
Didahului olehChong Fat Full
Majoriti4,187
Anggota Parlimen Malaysia
untuk P141 Sekijang, Johor
Dalam jawatan
24 Jun 2013 – 7 April 2018
Didahului oleh Baharum Mohamed
Digantikan oleh Natrah Ismail
Majoriti3,007
Butiran peribadi
Lahir (1976-12-30) 30 Disember 1976 (umur 47)
Kg Layang-Layang, Kluang, Johor
Parti politik Barisan Nasional
UMNO
PasanganZaleha Yahya
Anak-anak4 orang
KediamanFelda Pemanis 2, Segamat, Johor
PekerjaanAhli politik
Laman web rasmiLaman Sosial Rasmi Anuar Abd Manap

Tuan Haji Anuar bin Abd Manap merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Johor kawasan Pemanis, bekas Ahli Parlimen Sekijang [1], Johor dari Barisan Nasional - UMNO. Beliau terdiri daripada UMNO Bahagian Sekijang

Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan di Kg Layang-layang, Kluang, Johor pada 30 Disember 1976. Keluarganya kemudian berpindah ke Felda Pemanis, Segamat, Johor dan beliau dibesarkan disana.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Anuar mula bersekolah di Sekolah Rendah LKTP Felda Pemanis pada tahun 1982. Kemudian bersekolah menengah di Sekolah Menengah Arab Khairiah Gubah Segamat pada 1988. Pada 1991, beliau meneruskan pengajian tingkatan 4 di Sekolah Menengah Buloh Kasap Segamat.

Pada tahun 1993, beliau memasuki Sal Group Of Collegue untuk kursus Diploma Teknologi Maklumat dan seterusnya ke Charles Sturt University Australia pada tahun 1995 untuk Sarjana Muda Teknologi Maklumat.

Peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau berkahwin dengan Zaleha bt Yahya dan Siti Nurasmah bt Osman dan dikurniakan 4 orang anak.

Ahli Parlimen Sekijang[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2013, beliau mengalahkan calon dari Parti Keadilan Rakyat, Julailey bin Jemadi dengan majoriti sebanyak 3,007 undi. Beliau memperolehi 19,934 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 16,927 undi[2].

Ahli Dewan Undangan Negeri[sunting | sunting sumber]

Pada Pilihan Raya Negeri Johor 2022, Anuar Abdul Manap mewakili bertanding di kawasan Pemanis. Beliau menang di kawasan Pemanis dengan majoriti sebanyak 4,187 kertas undi[3].

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Halaman rasmi Parlimen Sekijang
  2. ^ Sinar Harian - Keputusan Pilihanraya Umum 2013
  3. ^ 叶静微 (2022-03-15). "垦殖区甘榜选民给力 安努亚势如破竹胜选". Sin Chew Daily (dalam bahasa Cina). Dicapai pada 2022-08-06.