Anugerah (album)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anugerah
Album studio oleh
Dilancarkan pada28 November 1993
GenrePop rock
Panjang42:21
SyarikatJojo's Production
PengedarBMG Pacific
PenerbitMat Penang & Exist
Kronologi Exist
Exist
(1991)
Anugerah
(1993)
Diammu Gunung Berapi
(1995)
Single daripada Anugerah
  1. "Anugerah"
  2. "Janji Padamu"
  3. "Nota Di Lautan Sepi"
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Anugerah ialah album studio kedua oleh kumpulan remaja Exist yang dikeluarkan pada tahun 1993. Album ini diterbitkan oleh komposer Mat Penang. Dalam album ini, Exist hanya tinggal 5 orang anggota setelah salah seorang gitarisnya, Shah menarik diri sebelum proses rakaman album ini dijalankan. Lagu hit daripada album ini ialah Anugerah, Janji Padamu dan Nota Di Lautan Sepi. Seperti album Exist, album ini turut diterbitkan oleh Jojo's Production dan diedarkan oleh BMG Music. Album ini terjual melebihi 100,000 unit.

Senarai runut[sunting | sunting sumber]

No.TajukSeni kataGubahanMasa
1."Panggilan Pulau"UjangBaiduri4:13
2."Dari Adik Tercinta"LYBaiduri5:14
3."Anugerah"AlongBaiduri3:41
4."Janji Padamu"Fauziah AhmadFauziah Ahmad5:13
5."Dimensi Mario"AjaiBaiduri3:53
6."Nota Di Lautan Sepi"BaiduriBaiduri4:42
7."Mendekati Nirwana"UjangOthman Ali4:42
8."X-Zit (EXIT) - Instrumental"MusaMusa3:35
9."Sebelum Terlewat (Remix)"MusaLY4:31
10."Terpaksa"Saari AmriZam4:37
Jumlah masa: 44:41


Line-up[sunting | sunting sumber]

  1. Mohd Ali bin Kamarudin (Mamat) - vokal
  2. Azhrul bin Nasir (Along) - gitar
  3. Mohd Faizal bin Maas (Ajai) - keyboard
  4. Musa bin Radhi (Musa) - bass
  5. Saharudin bin Saniman (Ujang) - dram

Anugerah & pencalonan[sunting | sunting sumber]

Anugerah Juara Lagu ke-9[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Kategori Keputusan
1994 Anugerah Pop rock Tercalon

Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Lagu Sebelum Terlewat yang terkandung dalam album pertama Exist pada tahun 1991 telah dirakamkan semula dengan susunan remix dan kemudiannya dimuatkan dalam album ini.
  • Bermula daripada album ini, Along kekal sebagai satu-satunya gitaris Exist (kini Exists) yang bertahan sehingga kini.
  • Album ini telah menaikkan nama Exist di persada muzik tempatan. Kejayaan album ini telah menyebabkan mereka menjadi buruan kebanyakan syarikat rakaman tanah air.
  • Album ini merupakan album studio terakhir Exist yang diterbitkan di bawah label Jojo's Production kerana selepas itu mereka telah berhijrah ke BMG Music pada awal tahun 1995 berikutan krisis yang berlaku antara mereka dengan pihak pengurusan. Krisis ini juga telah menyebabkan proses rakaman lagu-lagu yang sepatutnya dimuatkan dalam album ketiga mereka tidak dapat disiapkan.
  • Album ini juga merupakan album studio terakhir vokalisnya, Mamat bersama kumpulan tersebut sebelum mengambil keputusan untuk bergerak secara solo pada tahun 1995 di bawah label yang sama.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]