Anugerah Aidilfitri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Anugerah Aidilfitri
Album perayaan oleh Siti Nurhaliza
Dikeluarkan pada 10 Disember 2003[1]
Genre Pop, Perayaan
Masa 47:52
Syarikat Suria Records
Penerbit Dato' Siti Nurhaliza, Pak Ngah, S.Atan, Azmeer & Khir Rahman
Single daripada album Anugerah Aidilfitri
  1. "Sesuci Lebaran"
  2. "Nazam Lebaran"
  3. "Anugerah Aidilfitri (lagu baru)"
  4. "Mekar Hari Raya (lagu baru)"
  5. "Meriah Suasana Hari Raya (lagu baru)"

Anugerah Aidilfitri ialah sebuah album perayaan daripada penyanyi Siti Nurhaliza. Album ini memuatkan lagu-lagu yang bertemakan Hari Raya Aidilfitri. Album ini dilancarkan seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2003 dan boleh didapati dalam bentuk cakera padat atau VCD.

Antara lagu-lagu yang menarik perhatian pendengar semasa Hari Raya Aidilfitri ialah Sesuci Lebaran, Nazam Lebaran, dan Meriah Suasana Hari Raya.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Siti Nurhaliza dilaporkan pernah berkata beliau telah merakamkan sebuah lagu raya, yang akhirnya menjadi sebuah album raya. Difahamkan bahawa Siti mula merakamkan album rayanya sejak bulan Ramadhan. Album Anugerah Aidlfitri juga memuatkan lagu raya hits beliau, termasuk Sesuci Lebaran, Nazam Lebaran dan Air Mata Syawal yang semuanya dicipta oleh Pak Ngah dan juga lagu ciptaan komposer S. Atan, Bila Hari Raya Menjelma. Selain itu, beliau turut merakamkan semula lagu Suara Takbir, yang dipopularkan oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Siti juga mengesahkan “Anugerah Aidilfitri” sebagai single pertama, yang dicipta oleh Pak Ngah dengan liriknya ditulis oleh Ce’Kem. Ia kemudiannya diikuti oleh dua lagi lagu baru, termasuk Mekar Hari Raya, trek kedua album ini dicipta oleh Azmeer dan liriknya ditulis oleh Senibayan menghasilkan rentak yang berbeza kepada lagu-lagu raya yang Siti pernah nyanyikan sebelum ini. Kali ini lebih rentak pop berbanding yang satu lagi. Meriah Suasana Hari Raya ialah satu lagi lagu raya tipikal yang dicipta oleh Khir Rahman dan liriknya ditulis oleh Hairul Anuar Harun yang sebelum ini menulis lirik lagu Sesuci Lebaran.

Senarai lagu[sunting | sunting sumber]

No. Tajuk Penulis Penerbit Masa
1. "Anugerah Aidilfitri"   Pak Ngah Ce’Kem 3:52
2. "Mekar Hari Raya"   Azmeer Senibayan 4:20
3. "Meriah Suasana Hari Raya"   Khir Rahman Hairul Anuar Harun 4:50
4. "Bila Hari Raya Menjelma"   S. Atan Nurul Asyiqin 4:43
5. "Sesuci Lebaran"   Pak Ngah Hairul Anuar Harun 4:00
6. "Suara Takbir"   Copyright Controlled Copyright Controlled 2:43
7. "Nazam Lebaran"   Pak Ngah Nurul Asyiqin 5:39
8. "Air Mata Syawal"   Pak Ngah Nurul Asyiqin 5:04
9. "Anugerah Aidilfitri (Instrumental)"       3:52
10. "Sesuci Lebaran (Instrumental)"       4:00
Jumlah masa:
47:52

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Anugerah Aidilfitri...". SitiZone.com - Siti Nurhaliza Official Website. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Disember 2007. Diperoleh pada 4 Disember 2007. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]