Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-18

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-18
PenghargaanPelakon, penyanyi, pengacara & juruhebah radio
Tarikh3 April 2005
LokasiArena of Stars, Genting Highlands
NegaraMalaysia
PengacaraFauziah Ahmad Daud
Salih Yaacob
GanjaranKereta Kia Optima 2.0
Set barang kemas, tajaan Rafflesia The Pearl Centre
Anugerah pertama1987
Anugerah terbanyakSiti Nurhaliza (2)
Rosyam Nor (2)
Vince Chong (2)
Laman web rasmiabp.bharian.com.my
Liputan televisyen/radio
RangkaianTV3
  • ← ke-17
  • Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-18
  • ke-19 →

Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-18 diadakan pada 3 April 2005 di Arena of Stars, Genting Highlands, serta disiarkan secara langsung di TV3 dan Era FM. Untuk kali kedua, Fauziah Ahmad Daud dan Salih Yaacob menyandang tugas sebagai pengacara.

Siti Nurhaliza merangkul gelaran Bintang Paling Popular dengan 110,585 undian keseluruhan hasil sumbangan pembaca Berita Harian. Beliau berjaya merangkul hadiah utama, kereta Kia Optima 2.0 bernilai RM 115,000 tajaan Naza Kia Sdn. Bhd. dan set barang kemas berasaskan mutiara tajaan Rafflesia The Pearl Centre bernilai RM 180,000. Walau bagaimanapun, Siti tidak dapat hadir untuk menerima trofi kerana masih berada di England untuk persembahan solonya di Royal Albert Hall, London sejak 1 April 2005.[1]

Persembahan[sunting | sunting sumber]

Pemenang[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Akmal Abdullah (4 April 2005). "Siti Nurhaliza Bintang Paling Popular". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-12. Dicapai pada 27 Disember 2009.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]