Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 | ||||
---|---|---|---|---|
Penerangan | Pelakon, penyanyi, pengacara, juruhebah radio, pelawak | |||
Penaja | Berita Harian TV3 | |||
Tarikh | 21 Julai 2023 | |||
Lokasi | Istana Budaya | |||
Negara | Malaysia | |||
Pengacara | ||||
Kali pertama | 1987 | |||
Kini dipegang oleh | Bell Ngasri (Bintang Paling Popular 2023) | |||
Liputan televisyen/radio | ||||
Rangkaian | TV3 | |||
Tempoh tayangan | 3 jam | |||
Tapak web | ||||
www | ||||
Kronologi | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 ialah anugerah yang diberikan buat penggiat seni hiburan di Malaysia dan dianjurkan oleh Berita Harian. Tema yang dipilih untuk edisi kali ini ialah #EKSPRESILEGASISENI.[1][2] ABPBH 35 diadakan pada 21 Julai 2023 di Istana Budaya dan disiarkan secara langsung di TV3 dan melalui penstriman dalam talian di Tonton dan saluran YouTube rasmi TV3 serta BH.[3]
Gambaran keseluruhan
[sunting | sunting sumber]Majlis pelancaran anugerah ini diadakan pada 12 Mei 2023 dalam acara yang bertemakan 'hipster' yang berlangsung di Stesen Keretapi Kuala Lumpur.[3][4] Ia dihadiri oleh Pengarang Urusan Kumpulan New Straits Times Press merangkap Pengarang Kumpulan BH dan Penaung ABPBH 35, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman dan Pengasas Fellera, Sharifah Khyra Muhsin. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Media Prima Audio (MPA), Nazri Noran serta Pengurus Besar Kanan, Pengurusan Program dan Penyiaran TV3, Siti Nurlisia Mohd Naszri.[5]
Menurut pengarah ABPBH ke-35 merangkap Pengarang Hiburan Berita Harian, Shamshul Azree Samshir, edisi penganjuran kali ke-35 anugerah ini diadakan bagi merancakkan kembali industri kreatif tempatan bagi mengiktiraf sumbangan insan kreatif dalam pelbagai medium dan platform popular, sesuai dengan fasa peralihan endemik COVID-19.[2] Beliau berkata:
"BH teruja dapat membawa ABPBH 35 yang sudah menjadi acara sinonim dalam mengukur kecemerlangan artis dan penggiat seni tempatan. Ini membolehkan pengiktirafan selayaknya diberi kepada anak seni yang bukan sahaja berbakat, malah mempunyai visi untuk membawa karya dan kepakaran mereka lebih jauh dalam era digital".[2]
'Ekspresi Legasi Seni' ialah tema yang dipilih untuk ABPBH 35 dan ia membawa peminat menelusuri evolusi industri kreatif bermula dari era kegemilangan Seniman Agung, P. Ramlee dan Biduanita Negara, Saloma hingga bakat pelapis era digital.[1][2] Undian bagi ABPBH 35 bermula pada 12 Mei 2023 sehingga 11 Jun 2023 menerusi laman web rasmi ABPBH yang mana undian boleh dilakukan sama ada secara percuma ataupun pakej langganan digital.[1][2]
Edisi ke-35 anugerah ini menyaksikan kelainan yang dibawakan, antaranya seperti memperkenalkan nama baharu untuk beberapa kategori dipertandingkan, selaras dengan perubahan landskap industri kreatif dan cita rasa kelompok sasaran Gen Z.[1][2] Selain Kategori Utama yang dipertandingkan, Kategori Sampingan dan Kategori Ekstra! membolehkan peminat membuat pilihan dalam tujuh kategori popular bersifat semasa dan sohor kini, termasuk kandungan popular platform digital.[2]
Buat pertama kali juga dalam sejarah penganjuran ABPBH, anugerah ini menyenaraikan calon yang mematuhi syarat asas ditetapkan Jawatankuasa Penganjur ABPBH 35 termasuk penilaian Lembaga Juri anugerah,[6] dengan melibatkan artis atau selebriti yang menghasilkan sekurang-kurangnya satu produk fizikal termasuk rakaman atau kandungan digital yang memenuhi kriteria mengikut kategori yang dipertandingman, bagi tahun pencalonan 2021 dan 2022.[1][2][7]
Fellera, pengeluar produk kesihatan wanita terkemuka Jelly Ajaib Bellrossa, dipilih sebagai penaja utama ABPBH 35.[5][8]
Calon
[sunting | sunting sumber]Catatan: Senarai calon Top 20 diumumkan pada 13 Mei 2023.[9][10] Pemenang ditandakan dalam teks tebal.
Kategori utama
[sunting | sunting sumber]Kategori Ekstra
[sunting | sunting sumber]Couple Drama Popular | Couple Filem Popular | Drama Popular | Lagu Paling Boom |
---|---|---|---|
|
|
|
|
Content Creator Popular | TikToker Popular | Video Viral Popular | |
|
|
|
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d e Fatin Farhana Ariffin (12 Mei 2023). "Ekspresi Legasi Seni tema ABPBH 35". Berita Harian. Dicapai pada 20 Mei 2023.
- ^ a b c d e f g h "ABPBH35 Kini Kembali Dengan Tema 'Ekspresi Legasi Seni'". Oh Bulan!. 13 Mei 2023. Dicapai pada 20 Mei 2023.
- ^ a b Syafil Syazwan Jefri (13 Mei 2023). "ABPBH 35 rancakkan pembangunan industri seni". Harian Metro. Dicapai pada 20 Mei 2023.
- ^ Farihad Shalla Mahmud (15 Mei 2023). "Saingan sengit artis senior, baharu ABPBH 35". Berita Harian. Dicapai pada 20 Mei 2023.
- ^ a b Affan Rostam (12 Mei 2023). "Fellera penaja utama ABPBH 35". Berita Harian. Dicapai pada 20 Mei 2023.
- ^ Fatin Farhana Ariffin (13 Mei 2023). "Lembaga Juri ABPBH 35 nilai semua calon". Berita Harian. Dicapai pada 20 Mei 2023.
- ^ "ABPBH pertama kali dinilai Lembaga Juri". Harian Metro. 13 Mei 2023. Dicapai pada 20 Mei 2023.
- ^ Fatin Farhana Ariffin; Affan Rostam (15 Mei 2023). "Fellera taja ABPBH 35 untuk sebar manfaat". Berita Harian. Dicapai pada 20 Mei 2023.
- ^ "Senarai Calon ABPBH 35". MyKMU. 13 Mei 2023. Dicapai pada 20 Mei 2023.
- ^ "ABPBH 35 (2023): Senarai Calon, Undian & Siaran Langsung". Fuh.my. 18 Mei 2023. Dicapai pada 20 Mei 2023.