Anugerah Filem India Sedunia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Anugerah Filem India Sedunia atau GIFA merupakan anugerah yang diadakan khusus buat industri perfileman dari Bollywood.Setiap tahun, majlis ini diadakan di luar India bagi memperkenalkan kepada masyarakat dunia mengenai industri perfileman India.Antara tempat yang pernah menjadi lokasinya ialah Genting Highland, Singapura, Afrika Selatan dan London.

GIFA 2006[sunting | sunting sumber]

Kuala Lumpur, Malaysia telah dipilih menjadi tuan rumah kepada majlis penyampaian Anugerah Filem India Sedunia (GIFA 2006) pada 17 Disember 2006.Antara bintang-bintang Bollywood yang hadir adalah seperti Amitabh Bachchan, Shah Rukh Khan, Salman Khan, Rani Mukherjee, Priyanka Chopra dan Ameesha Patel.

Acara gilang-gemilang yang diadakan selama tiga hari itu dianjurkan oleh One Big Option Sdn. Bhd. dengan kerjasama Kementerian Pelancongan Malaysia dan Popcorn Entertainment Pvt. Ltd. of India. Majlis itu dinaungi oleh isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Acara akan dimulakan dengan tayangan perdana filem terbaru arahan Ravi Chopra iaitu Baabul yang akan diadakan di pawagam Tanjong Golden Village KLCC pada 7 Disember. Tayangan perdana itu akan dihadiri oleh para pelakon utama filem tersebut iaitu Amitabh Bachchan, Hema Malini, Salman Khan, Rani Mukherjee dan John Abraham.

Keesokannya pula, peminat dapat menyaksikan perlawanan bola sepak selebriti antara menteri-menteri Malaysia dan bintang-bintang Bollywood di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Pada sebelah malamnya pula, sebuah majlis amal dan pertunjukan fesyen akan diadakan di Hotel Palace of the Golden Horses. Rekaan pereka fesyen terkenal dari India iaitu Vikram Phadnis dan pereka tempatan, Datuk Bernard Chandran akan diperagakan.

Acara kemuncak Gifa 2006 iaitu malam penyampaian anugerah pula akan diadakan di Stadium Putra, Bukit Jalil. Barisan artis yang akan membuat persembahan adalah Shah Rukh Khan, Salman Khan, Abhishek Bachchan, Priyanka Chopra, Katrina Kaif dan Ameesha Patel. Pengacara untuk malam anugerah itu nanti pula adalah Arshad Warsi dan Amrita Arora.