Anugerah Industri Muzik ke-13

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Majlis penganugerahan Anugerah Industri Muzik ke-13 diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, pada 29 April 2006, disiarkan secara langsung menerusi saluran ntv7 dan menggandingkan Bob Lokman dan Afdlin Shauki selaku pengacara.

Calon dan pemenang[sunting | sunting sumber]

Artis Baru Terbaik[sunting | sunting sumber]

Artis Harapan[sunting | sunting sumber]

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Lelaki)[sunting | sunting sumber]

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita)[sunting | sunting sumber]

Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Album[sunting | sunting sumber]

Kulit Album Terbaik[sunting | sunting sumber]

Rakaman Album Terbaik[sunting | sunting sumber]

Video Muzik Terbaik[sunting | sunting sumber]

Album Nasyid Terbaik[sunting | sunting sumber]

Album Pop Rock Terbaik[sunting | sunting sumber]

Album Hard Rock Terbaik[sunting | sunting sumber]

Album Pop Terbaik[sunting | sunting sumber]

Artis Inggeris Tempatan Baru Terbaik[sunting | sunting sumber]

Album Inggeris Tempatan Terbaik[sunting | sunting sumber]

Album Indonesia Terbaik[sunting | sunting sumber]

Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu[sunting | sunting sumber]

Lagu Terbaik[sunting | sunting sumber]

Album Terbaik[sunting | sunting sumber]

Anugerah Wirama[sunting | sunting sumber]

Anugerah Kembara[sunting | sunting sumber]

Trivia[sunting | sunting sumber]

-Jaclyn Victor menang pada malam itu dengan 3 buah anugerah termasuk Album Terbaik menerusi album Gemilang.

-Siti Nurhaliza menang kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita) dengan persembahan live untuk kali kedua iaitu menerusi album Siti Nurhaliza Live In Concert Royal Albert Hall, London. Jumlah kemenangan beliau di dalam kategori ini ialah sebanyak 8 kali berturut-turut.

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

AIM ke-13 menerima kritikan media terhadap cara pemilihan calon-calon, khususnya mengenai album Mawi bertajuk Yang Tercinta yang tidak dilayakkan oleh anggota AIMM untuk menyertai pencalonan kerana album tersebut cuma memuatkan 8 buah lagu yang mengambil masa kurang daripada 40 minit yang ditetapkan syarat kelayakan yang ditetapkan. AIMM dikatakan bersikap tidak fleksibel terhadap trend terkini yang beralih kepada konsep "album mini" yang bertujuan menjimatkan kos penghasilan rakaman muzik untuk mengatasi gejala cetak rompak yang membelenggui industri muzik tempatan masa kini.

Pencalonan Ahli Fiqir dalam AIM ke-13 juga menimbulkan keresahan beberapa pihak yang menganggap bahawa pengiktirafan kepada kumpulan hip-hop yang terdiri daripada warga Singapura dan Indonesia itu tidak seiring dengan tujuan acara ini iaitu untuk mengiktiraf bakat-bakat dari Malaysia.

Selain itu, pencalonan Jaclyn Victor sebagai artis baru mencetus pertikaian mengenai syarat kelayakan bagi Kategori Artis Baru Terbaik, kerana adalah diketahui bahawa beliau pernah menghasilkan album buatan sendiri sebelum menyertai Malaysian Idol musim pertama yang dijuarainya. AIMM mempertahankan pendirian mereka terhadap hal ini dengan menyatakan bahawa album buatan sendiri tersebut tidak menjadikannya seorang artis secara rasmi.