Anugerah Industri Muzik ke-14

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Anugerah Industri Muzik ke-14 (AIM 14) anjuran Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) dan Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (PAIMM) dilangsungkan di Pusat Dagangan Dunia Putra pada 28 April 2007, menyaksikan 18 anugerah disampaikan kepada penggiat seni muzik tanahair. Malam penganugerahan AIM 14 diacarakan oleh Adibah Noor, Bob Lokman dan Afdlin Shauki, diiringi Wan Sariah and Nazrul Idris sebagai pembantu di karpet merah.

Anugerah Industri Muzik ke-14
Tarikh28 April 2007
LokasiPusat Dagangan Dunia Putra
NegaraMalaysia
Liputan televisyen/radio
Rangkaianntv7
  • ← 2006
  • Anugerah Industri Muzik
  • 2008 →

Am[sunting | sunting sumber]

Pihak penganjuran AIM 14 menerima 393 pencalonan, termasuk 97 pencalonan album, iaitu "71 album studio penuh, 14 album Indonesia dan 12 album mini dan kompilasi". Menurut Aziz Bakar, pengerusi PAIMM, sungguhpun jumlah pencalonan menurun 9%, namun beliau "puas hati dengan peningkatan mutu penerbitan album-album."[1] Pencalonan muktamad diumumkan pada 28 Mac.

Malam penganugerahan diserikan oleh persembahan yang dikuasai artis lelaki seperti M. Nasir, Sean Ghazi, Anuar Zain, Mawi, Rabbani, Raihan, Samsons, Reshmonu, Bob, Search dan Wings. Empat orang penyanyi wanita, Aishah, Jaclyn Victor, Noryn Aziz dan Siti Nurhaliza bergabung untuk menjayakan sebuah persembahan khas sebagai memperingati Seha dari kumpulan Freedom yang meninggal dunia pada tahun 2005.[2]

Keputusan keseluruhan menyaksikan Pete Teo, seorang pemuzik indie, paling menyerlah dengan tiga anugerah, diekori Datuk Siti Nurhaliza dengan dua anugerah iaitu Album Pop Terbaik dan Album Terbaik menerusi album Transkripsi. Jaclyn Victor turut memecahkan monopoli Siti dalam kategori Persembahan Vokal Terbaik dalam Album (Wanita) setelah lapan tahun berturut-turut menerusi album Inilah Jac.[2]

AIM 14 merupakan kali terakhir kategori-kategori berikut dipertandingkan serta gantinya mulai AIM 15 (jika ada): Album Indonesia Terbaik (diganti oleh Lagu Bahasa Melayu Terbaik yang Dipersembahkan Artis Luar Negara); Album Pop Rock Terbaik dan Album Hard Rock Terbaik (digabungkan menjadi Album Rock Terbaik); dan Artis Inggeris Tempatan Terbaru Terbaik.

Calon dan pemenang[sunting | sunting sumber]

Pemenang setiap kategori ditebalkan.
Album Terbaik
Lagu Terbaik (komposer/penulis lirik)
Artis Baru Terbaik
Persembahan Vokal Terbaik dalam Album (Lelaki)
Persembahan Vokal Terbaik dalam Album (Wanita)
Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik dalam Album
Kulit Album Terbaik
  • Ad Verse - Transkripsi (Siti Nurhaliza)
  • Carl Dunford & Ling - Superfine (Reshmonu)
  • Marcus Ericsson - Television (Pete Teo)
  • Nizam Rahmat - Gothik Malam Edan (Search)
  • Nizam Rahmat - Ikon (Amy)
Kejuruteraan Album Terbaik
Video Muzik Terbaik

Album Pop Etnik Terbaik
Album Nasyid Terbaik
Album Pop Rock Terbaik
Album Hard Rock Terbaik
Album Pop Terbaik
Artis Inggeris Tempatan Baru Terbaik
Album Inggeris Tempatan Terbaik
Album Indonesia Terbaik
Susunan Lagu Terbaik
Anugerah Wirama
Freddie Fernandez

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Azhariah Kamin (2007-03-20). "Starting the party". The Star. Dicapai pada 2008-05-26.[pautan mati kekal]
  2. ^ a b Shazryn Mohd. Faizal (2007-04-29). "Jaclyn pecah monopoli Siti". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2008-04-26.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]