Anugerah Juara Lagu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Anugerah Juara Lagu
Logo AJL.svg
Logo Anugerah Juara Lagu
Genre Muzik
Pencipta Datuk Ahmad Merican
Negara asal  Malaysia
Bahasa Bahasa Malaysia
Bilangan musim 30
Penerbitan
Tempoh siaran Kira-kira 2½ jam
Penyiaran
Saluran asal TV3
Siaran asal 1986
Pautan luar
Tapak sesawang rasmi

Anugerah Juara Lagu (AJL) atau hanya dipanggil Juara Lagu merupakan sebuah rancangan pertandingan yang diterbitkan oleh TV3 yang membariskan lagu-lagu terbaik secara tahunan untuk dipilih oleh juri profesional sebagai lagu terbaik tahunan.

Sejarah dan latar belakang[sunting | sunting sumber]

Pada asalnya, Juara Lagu diperkenalkan sebagai rancangan yang mempunyai format penerbitan yang mudah agar senang difahami dan diikuti penonton. Anugerah Juara Lagu bermula pada tahun 1986 dan telah berjaya menambat hati ramai penonton buat bertahun-tahun. Datuk Ahmad Merican yang ketika itu Pengurus Rancangan TV3 adalah perintis kepada rancangan Muzik Muzik yang mula disiarkan pada hari Ahad, 2 Mac 1986 pukul 8.30 malam. Dari lagu-lagu yang dicalonkan dalam Muzik-Muzik itulah yang akan dibawa dan disaringkan ke peringkat seterusnya.

Pada tahun-tahun awal Juara Lagu, peserta pertandingan akhir disaring daripada juara bulanan. Pada peringkat awal penganjuran juga, orang awam turut membuat pencalonan dan pemilihan menerusi akhbar harian tempatan. Sehingga tahun 1991, setiap juara bulanan layak disaringkan ke peringkat akhir. Mulai tahun 1992, format Juara Lagu telah diubah dengan memperkenalkan kategori dengan tujuan menggalakkan penyertaan daripada genre seperti irama tradisional dan balada kerana genre rock yang banyak mendominasi ketika itu.

Perubahan secara tetap telah dilakukan ke atas format rancangan hinggalah sistem carta mingguan. Carta 20 diperkenalkan seperti digunakan oleh Muzik Muzik sekarang. Format carta ini memberi peluang kepada lagu-lagu baru untuk memasuki carta pada setiap minggu. Lagu-lagu yang berjaya disaringkan akan dibawa ke peringkat separuh akhir untuk memilih 12 buah lagu yang akan dipertandingkan ke peringkat akhir untuk dinobatkan sebagai "Juara Lagu".

Pada tahun 2009, pertandingan mengikut kategori dimansuhkan kerana kekurangan penyertaan yang amat kritikal daripada lagu-lagu berunsurkan irama tradisional dan etnik kreatif.

Anugerah Juara Lagu diadakan sama ada pada hujung tahun tersebut atau pada awal tahun berikutannya. Lokasi AJL yang menjadi gelanggang kepada artis dan penggubah tanah air beradu bakat pernah diadakan di Dewan San Choo di Wisma MCA; Auditorium Besar Angkasapuri RTM, Sri Pentas Dua, Dewan Bandaraya Shah Alam, Dewan Merdeka, PWTC dan Stadium Putra Bukit Jalil.

Juara Lagu juga pernah menjemput juri-juri profesional tempatan dan antarabangsa terutama dari rantau Melayu seperti Singapura, Indonesia, Filipina dan Jepun untuk mengadili pertandingan akhir. Penilaian tertumpu kepada melodi, lirik dan persembahan artis.

Senarai Penganjuran[sunting | sunting sumber]

Tahun/Edisi Tarikh Tempat Pemenang Penerbit Pengacara Pengarah Muzik Ketua Juri Penaja Utama Penontonan (Rating)
AJL1
1986
Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur Sekadar di Pinggiran • Frank Tian • Zainal Abas
• Habibah Yusof
Ooi Eow Jin
AJL2
1987
Auditorium Perdana Angkasapuri, Bangsar, Kuala Lumpur Menaruh Harapan • Karim Muhammad
Noorkumalasari
Player's Gold Leaf
AJL3
1988
Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu • Mokhtar Abu Bakar ND Lala
• Charmaine Agustine
Matsushita (National / Panasonic)
AJL4
1989
Isabella • Mohd Asri Zulkifli
• Frank Tian
Azwan Ali
• Charmaine Agustine
AJL5
1990
Janji Manismu • Tan Guat Eyu
AJL6
1991
29 Disember 1991 Takdir dan Waktu • Mokhtar Abu Bakar Azwan Ali
Melissa Saila
• Intan Rozila
Sharp
AJL7
1992
22 Disember 1992 Dewan San Choo, Wisma MCA, Kuala Lumpur Pada Syurga Di Wajahmu • Nik Ramzi Nik Hassan Azwan Ali
dibantu oleh:
Haleeda Mazlin
• Rina Khan
• Wohnen
Matsushita (National / Panasonic)
AJL8
1993
19 Disember 1993 Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur Teratai Layu di Tasik Madu • Mohd Asri Zulkifli Azwan Ali
Fauziah Ahmad Daud
Aznil Nawawi
Purnama Booty Kao (Unilever Marketing)
AJL9
1994
Tanya Sama Itu Hud Hud • Nik Ramzi Nik Hassan Azwan Ali
Salih Yaacob
Sharifah Haslinda
dibantu oleh:
• Jayamani Kandasamy
Mazlan Pet Pet
Shamsul Ghau Ghau
Minus One (Tiada Orkestra)
AJL10
1995
Cinta Beralih Arah • Tan Guat Eyu Azwan Ali
Fauziah Ahmad Daud
dibantu oleh:
Shamsul Ghau Ghau
• Iwan Dasri
Minus One (Tiada Orkestra) Ooi Eow Jin Telekom Malaysia
AJL11
1996
28 Disember 1996 Jerat Percintaan Azwan Ali Salih Yaacob
Fauziah Ahmad Daud
Anuar Dahalan Malakoff
AJL12
1997
27 Disember 1997 Ghazal Untuk Rabiah • Khalid Ahmad
• Rasidah Karim
Shamsul Ghau Ghau
• Anne Hamid
Aznul Haidi MIMOS (MSC Malaysia)
AJL13
1998
6 Disember 1998 Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam Cindai • Kamarul Zamli Ramly Minus One (Tiada Orkestra) 2.5 juta
AJL14
1999
5 Disember 1999 Auditorium MBSA, Shah Alam Andalusia • Khalijah Mohammed • Kelvin Ong
• Normala Samsuddin
Aznul Haidi KFC Holdings 3.8 juta
AJL15
2000
19 November 2000 Balqis • Hemanathan Paul
• Ismadi Ismail
• Aidiel Abdul Ghaffar
• Zalina Azman
dibantu oleh:
• Intan Suraya
Ramli M.S. Johari Salleh MIMOS
AJL16
2001
30 Disember 2001 Mimpi Laila • Muhamad Sufian Isa
• Micheal Christian Simon
• Aidiel Abdul Ghaffar
• Zalina Azman
Minus One (Tiada Orkestra) TIME
AJL17
2002
12 Januari 2003 Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur Keliru • Ismadi Ismail • Ary Malik
• Intan Suraya
Ramli M.S.
AJL18
2003
28 Disember 2003 Bunga-bunga Cinta • Kama Azman Aznil Nawawi
Sarimah Ibrahim
Ooi Eow Jin
AJL19
2004
16 Januari 2005 Relaku Pujuk • Rasidah Karim
• Muhamad Sufian Isa
• Najip Ali
Sarimah Ibrahim
dibantu oleh:
Cheryl Samad
Farihin Abdul Fatah L'oreal Paris
AJL20
2005
5 Februari 2006 Gemilang • Nurhul Huda Khalid Cheryl Samad
Ally Iskandar
Farah Fauzana
Amy Mastura
Ezlynn
AJL21
2006
21 Januari 2007 Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur Terlalu Istimewa • Tengku Sahilawaty Tengku Jehori Cheryl Samad
Ally Iskandar
Farah Fauzana
Azhar Borhan
AJL22
2007
27 Januari 2008 Itu Kamu Cheryl Samad
Ally Iskandar
Farah Fauzana
Faizal Ismail
AJL23
2008
18 Januari 2009 Lagu Untukmu • Roslina Abdul Rahman Cheryl Samad
Ally Iskandar
Faizal Ismail
Azhar Abu Bakar (Azmeer) STAGE Cosmetics 4.7 juta [1]
AJL24
2009
10 Januari 2010 Pergi • Ahmad Shaifullizam Arshad Fauzi Marzuki Maxis (Hotlink) 5.0 juta [2]
AJL25
2010
9 Januari 2011 Tolong Ingatkan Aku M. Nasir 4.2 juta [3]
AJL26
2011
29 Januari 2012 Awan Nano • Nurhul Huda Khalid Cheryl Samad
Faizal Ismail
Azhar Abu Bakar (Azmeer) Celcom (X-Pax) 6.5 juta [4]
AJL27
2012
6 Januari 2013 Terukir Di Bintang • Hamsiah Biri
• Tengku Sahilawaty Tengku Jehori
6.0 juta [5]
AJL28
2013
26 Januari 2014 Bahagiamu Deritaku • Azman Abdul Ghaffar
• Zaini Saidi
AG Selamat
Scha Al-Yahya
6.0 juta [6]
AJL29
2014
18 Januari 2015 Apa Khabar • Nurhul Huda Khalid AG Selamat
Scha Al-Yahya
dibantu oleh:
Juliana Evans
Vida Beauty (Pamoga QuPuteh) 6.0 juta [7]
AJL30
2015
24 Januari 2016 Stadium Malawati , Shah Alam Potret AG Selamat
Farah Fauzana
6.2 juta [8]
AJL31
2016

Senarai Pemenang Keseluruhan Anugerah Juara Lagu[sunting | sunting sumber]

  • 2002:
    • Tajuk: "Keliru"
    • Artis: Ajai & Nurul
    • Gubahan: Aidit Alfian
    • Lirik: Aidit Alfian
    • Album: Ajai & Nurul (2002)
  • 2008:
    • Tajuk: "Lagu Untukmu"
    • Artis: Meet Uncle Hussain
    • Gubahan: Taja (Nik Mustaza Nik Mustaffa) dan Tass (Tassiq Saidi Hashim)
    • Lirik: Taja, Tass dan Lan (Nor Azlan Rosle)
    • Album: Runut bunyi siri TV KAMI: The Album (2008)

Petunjuk:
Tajuk = Tajuk lagu
Gubahan = Pencipta/Penggubah lagu
Lirik = Penulis lirik
Artis = Penyanyi
Album = Album yang menerbitkan lagu tersebut

Mulai 1993, Anugerah Industri Muzik mempertandingkan anugerah lagu terbaik, dan berikut adalah penanda perbandingan keputusan;
† = Lagu yang memenangi Lagu Terbaik AIM
†S = Lagu yang memenangi mana-mana Lagu Kategori Terbaik AIM
‡ = Lagu yang dicalonkan sebagai Lagu Terbaik / mana-mana lagu kategori terbaik AIM
‡S = Lagu yang dicalonkan dalam mana-mana lagu kategori terbaik AIM
Jika diukur menerusi pertandingan menerusi album, berikut adalah penandanya;
†C = Album yang memenangi mana-mana Album Kategori Terbaik AIM
†K = Album yang memenangi Album Terbaik Keseluruhan AIM
‡C = Album yang dicalonkan dalam mana-mana album kategori terbaik AIM
‡K = Album yang dicalonkan sebagai Album Terbaik Keseluruhan AIM

Naib Juara & Tempat Ketiga[sunting | sunting sumber]

Juara-juara Kategori[sunting | sunting sumber]

Ketika mula dianjurkan pada 1986, AJL mempertandingkan kategori terbuka untuk semua genre lagu. Bagaimanapun, dari AJL yang ke 7 (1992) hingga AJL 23 (2008), penganjurkan membuka tiga kategori yang disusun mengikut genre lagu. Kategori berkenaan ialah balada, pop rock serta irama malaysia etnik kreatif. Pembukaan kategori ini antara lain untuk memastikan genre muzik tradisional turut sama bersaing dengan lagu-lagu pop masakini. Pertandingan melalui kategori dimansuhkan pada tahun 2009 ekoran kekurangan penyertaan daripada lagu-lagu berirama tradisional.

Kategori Khas[sunting | sunting sumber]

Persembahan Terbaik[sunting | sunting sumber]

Lirik Terbaik[sunting | sunting sumber]

  • 1986: Sekadar di Pinggiran (Lukhman S.)
  • 1987: Menaruh Harapan (Habsah Hassan)
  • 1988: Cukuplah Sekali (Habsah Hassan)
  • 1989: Isabella (Bob Lokman)
  • 1990: Suci Dalam Debu (S. Amin Shahab)
  • 1991: Tiara (M. Nasir)
  • 1992: Pada Syurga Di Wajahmu (S. Amin Shahab)

Mulai tahun 1993, kategori ini tidak dipertandingkan secara berasingan tetapi dikira sekali dalam penciptaan sebuah lagu.

Vokal Terbaik[sunting | sunting sumber]

Kategori ini mula dipertandingkan pada tahun 2002 iaitu pada Anugerah Juara Lagu ke-17

Juara Mobile (Celcom)[sunting | sunting sumber]

Kategori ini mula dipertandingkan pada tahun 2011 iaitu pada Anugerah Juara Lagu ke-26

Trivia[sunting | sunting sumber]

Kemenangan dan penyertaan berganda[sunting | sunting sumber]

  • Jika mengikut format pertandingan terbuka, hanya Francesca Peter dan Manan Ngah sahaja yang pernah memenangi dua tempat utama dalam satu majlis iaitu Juara dan Naib Juara di AJL yang pertama. Manakala jika mengikut format pertandingan kategori, M. Nasir pernah dua kali menang dua daripada tiga kategori genre masing-masing pada 1994 (Pop Rock & Irama Malaysia) dan 1997 (Irama Malaysia & sebagai penulis lirik untuk kategori Pop Rock) serta penyanyi Siti Nurhaliza juga sebanyak dua kali pada 1999 dan 2000 (Irama Malaysia & Balada).
  • Satu-satunya keputusan yang sama untuk Anugerah Juara Lagu dan Anugerah Industri Muzik bagi kategori Lagu Terbaik keseluruhan adalah menerusi lagu 'Jerat Percintaan' nyanyian Siti Nurhaliza (Dato') pada tahun 1996. Manakala lagu 'Awan Nano' nyanyian Hafiz pula merupakan satu-satunya pemenang Juara Lagu dan juga Lagu Terbaik Anugerah Planet Muzik (APM) pada tahun 2013.
  • M. Nasir menjadi komposer pertama yang memenangi AJL sebanyak empat kali dengan tiga lagu dinyanyikan sendiri iaitu menerusi lagu "Tanya Sama Itu Hud Hud" (1994), "Ghazal Untuk Rabiah" (1997), "Andalusia" (1999) dan nyanyian penyanyi lain iaitu "Awan Nano" (2011) yang dinyanyikan oleh Hafiz.
  • Empat artis pernah memenangi Juara Lagu sebagai penggubah, penulis lirik dan penyanyi, iaitu M. Nasir menerusi lagu "Tanya Sama Itu Hud Hud" pada tahun 1994, Yasin bagi lagu "Mimpi Laila" pada tahun 2001, Ana Raffali bagi lagu "Tolong Ingatkan Aku" pada tahun 2010 dan Yuna dengan lagu "Terukir di Bintang" pada Anugerah Juara Lagu ke 27. Namun, Yuna hanya menyanyikan sendiri lagu tersebut pada separuh akhir Juara Lagu manakala semasa final AJL 27, Aizat Amdan telah menggantikan beliau kerana Yuna terikat dengan komitmen rakaman album di Amerika Syarikat.
  • Ana Raffali merupakan komposer wanita pertama yang memenangi anugerah utama pada 2010 (Tolong Ingatkan Aku), manakala Habsah Hassan merupakan penulis lirik wanita pertama memenangi anugerah tersebut pada tahun 1987 (Menaruh Harapan).
  • Misha Omar merupakan penyanyi pertama yang memenangi anugerah utama menerusi lagu sulung yang dirakamkannya. Lagu Bunga-bunga Cinta yang dirakamkan pada tahun 2002 merupakan lagu rakaman pertama Misha dan memenangi AJL pada tahun 2003. Manakala lagu Jerat Percintaan nyanyian Siti Nurhaliza bukanlah lagu pertama yang dirakamkan beliau biarpun dipetik daripada album sulung penyanyi tersebut.
  • Sehingga tahun 2008 dimana tahun selepasnya, penyertaan kategori dibubarkan, hanya Siti Nurhaliza dan Dayang Nurfaizah yang pernah menyertai AJL dalam kesemua kategori. Siti menyertai semua kategori silih berganti sejak tahun 1998 manakala Dayang menyertai kategori Pop Rock pada tahun 2001 selain memenangi kategori Balada pada tahun tersebut. Pada tahun 2004, Dayang memenangi kategori Etnik Kreatif.
  • Sekiranya mengambil kira penyertaan bagi kategori terbuka, hanya Dayang Nurfaizah sahaja penyanyi yang menyertai kesemua kategori iaitu 3 kategori mengikut genre dalam format kategori dan menyertai AJL ketika format terbuka.
  • Noh Salleh merupakan satu-satunya penyanyi yang menyertai AJL dalam 4 daripada 5 format persembahan iaitu secara solo ("Angin Kencang"), secara padusuara/duo ("In Love With You" -Aizat Amdan) , bersama kugiran ("Aku Skandal" & "Mencari Konklusi" - Kumpulan Hujan), secara padusuara berkumpulan ("Pelita" - Monoloque & Azlan Rosle (A.P.I)). Noh hanya belum mencuba nyanyian secara kolaborasi berpenampilan (featuring).
  • Datuk Siti Nurhaliza merupakan satu-satu penyanyi yang pernah memenangi ketiga-tiga kategori dalam tahun yang berlainan, mendapat persembahan terbaik dalam semua kategori bagi lagu "Jerat Percintaan" (1996), "Aku Cinta Padamu" (1997), "Ya Maulai" (2001), "Nirmala" (2002), "Ku Milikmu" (2003) dan memenangi keseluruhan Juara Lagu untuk kategori balada dan irama Malaysia tetapi tidak bagi pop rock. Beliau juga merupakan artis paling kerap layak ke AJL (selepas Rohana Jalil) bermula dari 1996 sehingga 2003 malah Siti mengungguli rekod dengan layak ke AJL bagi 8 tahun berturut-turut. Bilangan lagu yang dinyanyikan Siti Nurhaliza juga yang terbanyak layak ke AJL dengan 18 buah lagu bagi 9 tahun (1996 hingga 2003, dan 2007).
  • 23 buah lagu beliau berjaya ke peringkat separuh akhir
  • 18 buah lagu beliau berjaya ke peringkat akhir
  • 17 trofi telah beliau menangi
    • 5 Trofi Persembahan Terbaik
    • 9 Trofi Juara Kategori (4 balada, 4 irama Malaysia/etnik kreatif, 1 pop rock)
    • 3 Trofi Juara Lagu
  • 8 tahun berturut-turut menyertai peringkat akhir
    • 7 tahun berturut-turut penyertaan lagu balada ke peringkat akhir. (1996-2002)
    • 5 tahun berturut-turut penyertaan lagu irama Malaysia/etnik kreatif ke peringkat akhir. (1998-2002)
    • 4 tahun berturut-turut penyertaan 3 buah lagu ke peringkat akhir. (1998-2001)
    • 5 tahun tidak secara berturut-turut penyertaan lagu pop rock ke peringkat akhir. (1998-1999, 2001, 2003, 2007)
  • Satu satunya kategori yang belum pernah Datuk Siti Nurhaliza menangi adalah Vokal Terbaik sejak dipertandingkan pada tahun 2002.
  • Misha Omar, Jaclyn Victor, Hafiz dan Dayang Nurfaizah merupakan peserta yang memenangi anugerah Vokal Terbaik lebih daripada sekali. Misha Omar menerusi penyertaannya pada tahun 2003 dan 2004, Jaclyn Victor pada tahun 2007 (duet dengan Lah Ahmad) dan 2013. Hafiz pula memenanginya pada tahun 2010, 2011 dan 2012. Dayang Nurfaizah pula memenanginya pada 2014 dan 2015.
  • Antara artis yang menang besar bagi sebuah lagu termasuk juara keseluruhan dalam Anugerah Juara Lagu adalah:
  • 1988 - Ramlah Ram (Juara Lagu & Persembahan Terbaik) : "Kau Kunci Cintamu Dalam Hatiku"
  • 1989 - Kumpulan Search (Juara Lagu & Persembahan Terbaik) : "Isabella"
  • 1993 - Fauziah Latiff (Juara lagu termasuk Juara Kategori & Persembahan Terbaik) : "Teratai Layu di Tasik Madu"
  • 1994 - M. Nasir (Juara lagu termasuk Juara Kategori & Persembahan Terbaik) : "Tanya Sama Itu Hud-Hud" & Juara Kategori Etnik Kreatif "Bonda"
  • 1995 - Aishah (Juara Lagu termasuk Juara Kategori & Persembahan Terbaik ) : "Cinta Beralih Arah"
  • 1996 - Siti Nurhaliza (Juara Lagu termasuk Juara Kategori & Persembahan Terbaik ) : "Jerat Percintaan"
  • 2000 - Siti Nurhaliza (Juara Lagu termasuk Juara Kategori) : "Balqis" & Juara Kategori Balada "Kau Kekasihku"
  • 2003 - Misha Omar (Juara Lagu termasuk Juara Kategori & Vokal Terbaik) : "Bunga-Bunga Cinta"
  • 2006 - Adibah Noor (Juara Lagu termasuk Juara Kategori & Vokal Terbaik) : "Terlalu Istimewa"
  • 2009 - Aizat Amdan (Juara Lagu bagi lagu "Pergi") & (Persembahan Terbaik : "Kau Aku")
  • 2011 - Hafiz Suip (Juara Lagu & Vokal Terbaik) : "Awan Nano"
  • 2013 - Hafiz Suip (Juara Lagu, Persembahan Terbaik & Juara Mobile) : "Bahagiamu Deritaku"
  • 2015 - Akim & The Magistret (Juara Lagu & Persembahan Terbaik) : "Potret"
  • Artis yang TIDAK memenangi Juara Lagu TETAPI memenangi 2 anugerah atau lebih pada satu Anugerah Juara Lagu:
  • 1997 - Siti Nurhaliza (Juara Kategori Balada & Persembahan Terbaik ) : "Aku Cinta Padamu"
  • 1999 - Noraniza Idris - Persembahan Terbaik & Juara Kategori Etnik Kreatif "Hati Kama"
  • 1999 - Siti Nurhaliza - Juara Kategori Balada "Purnama Merindu" & Juara Kategori Etnik Kreatif "Hati Kama"
  • 2001 - Siti Nurhaliza (Juara Kategori Pop Rock) : "Engkau Bagaikan Permata" & Persembahan Terbaik : "Ya Maulai"
  • 2004 - Misha Omar - Vokal Terbaik & Juara Kategori Balada "Pulangkan"
  • 2005 - Hazami - Vokal Terbaik & Juara Kategori Pop Rock "Kata"
  • 2005 - Mawi - Persembahan Terbaik & Juara Kategori Etnik Kreatif "Aduh Saliha"
  • 2008 - Faizal Tahir - Vokal Terbaik, Persembahan Terbaik & Juara Kategori Balada "Sampai Syurga"
  • 2010 - Hafiz Suip - Tempat Ketiga bagi lagu "Noktah Cinta" & Vokal Terbaik menerusi lagu yang sama "Noktah Cinta"
  • 2012 - Hafiz Suip - Tempat Ketiga bagi lagu "Ku Akui" & Vokal Terbaik menerusi lagu yang sama "Ku Akui"
  • 2014 - Dayang Nurfaizah - Tempat Ketiga, Vokal Terbaik: "Di Pintu Syurga"
  • Antara artis yang pernah layak ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu dengan 2 lagu dalam satu kategori secara solo ialah:
  • Kumpulan Exist dan Bunkface merupakan kumpulan muzik yang paling kerap ke pusingan akhir Juara Lagu dengan 4 kali penyertaan:
Kumpulan Exist:
  1. Anugerah Juara Lagu 1992 - "Untukmu Ibu" dengan vokalis Mamat
  2. Anugerah Juara Lagu 1994 - "Anugerah" dengan vokalis Mamat.
  3. Anugerah Juara Lagu 2002 - "Julia" dengan vokalis Ezzad.
  4. Anugerah Juara Lagu 2003 - "Percayakan Siti" dengan vokalis Ezzad.

Kumpulan Bunkface:

  1. Anugerah Juara Lagu 2009 - "Situasi"
  2. Anugerah Juara Lagu 2010 - "Ekstravaganza"
  3. Anugerah Juara Lagu 2014 - "Rentak Laguku"
  4. Anugerah Juara Lagu 2015 - "Malam Ini Kita Punya"
  • Kumpulan Kool juga merupakan kumpulan muzik yang mara ke pusingan akhir Juara Lagu 4 kali berturut-turut dengan penyertaan mereka kali pertama iaitu pada Anugerah Juara Lagu 1995 menerusi lagu Kau Dan Aku (menggantikan Ning Baizura) sekaligus menjadi juara dalam kategori Pop Rock. Pada Anugerah Juara Lagu 1996, Kumpulan Kool sekali lagi ke peringkat akhir Juara Lagu dengan lagu Bebas dan lagu ini juga berjaya menjadi juara dalam kategori Pop Rock menjadikan Kumpulan Kool antara kumpulan muzik pertama yang menjadi juara kategori 2 kali berturut-turut.
  • Antara lagu yang dinyanyikan oleh Kumpulan Kool dalam Juara Lagu ialah :
  1. Anugerah Juara Lagu 1995 - Kau Dan Aku (menggantikan Ning Baizura)- Juara Kategori Pop Rock.
  2. Anugerah Juara Lagu 1996 - Bebas - Juara Kategori Pop Rock.
  3. Anugerah Juara Lagu 1997 - Cemburu.
  4. Anugerah Juara Lagu 1998 - Satu Arah.
  • Penulis lirik tersohor, Habsah Hassan merupakan penulis lirik yang paling banyak dicalonkan dalam sejarah AJL. Beliau memenangi kategori lirik terbaik sebanyak dua kali menerusi lagu "Menaruh Harapan" (1987) dan "Cukuplah Sekali" (1988).

Penyertaan lebih tiga kali tetapi gagal[sunting | sunting sumber]

  • Dengan jumlah 7 kali penyertaan, Stacy ialah penyanyi yang paling kerap ke pentas akhir tanpa sebarang kemenangan.
  • Artis-artis yang pernah menyertai juara lagu sebanyak tiga kali tanpa memenangi sebarang anugerah:
    • Stacy - 7 kali (2008, 2009, 2010, 2012, 2013, 2014, 2015)
    • Noh Salleh (Hujan) - 5 kali (2 kali bersama Hujan: 2009, 2010, sekali bersama API dan Aizat Amdan masing-masing pada tahun 2010 dan 2013) dan solo 2015
    • Kumpulan Exist - 4 kali (1992, 1994, 2002, 2003)
    • Anuar Zain - 4 kali (1998, 2003, 2004, 2011)
    • Bunkface - 4 kali (2009, 2010, 2014, 2015)
    • Hazama Azmi - 4 kali (2012, 2013, 2014, 2015)
    • Erra Fazira - 3 kali (1999, 2000, 2004)
    • Syura - 3 kali (2002, 2004, 2006)
    • Zamani Ibrahim - 3 kali (sekali bersama Kumpulan Slam (1996), 2002 dan 2004 sebagai penyanyi solo)
    • Man Bai - 3 kali (2 kali bersama Kumpulan Gersang: 1988, 1989 dan 1996 sebagai penyanyi solo)
    • Mus (MAY) - 3 kali (2 kali bersama Kumpulan MAY: 1989, 2003 dan 1997 sebagai penyanyi Kumpulan Wings)
    • Hattan - 3 kali (1991, 1992, 2014)

Penyertaan bukan Melayu dan luar negara[sunting | sunting sumber]

  • Penyanyi berketurunan bumiptera selain suku Melayu yang pernah menyertai pertandingan ini adalah Rich (2007, 2008), Stacy (2008 - 2010, 2012 - 2013 dan 2014), Jimmy Palikat (2012) (Kadazan-Dusun) dan Lina Kamsan (1993) (Jawa). Hanya Francesca Peter (1986 - 1988) sahaja yang berketurunan Serani yang pernah bergelar juara AJL pada 1986.
  • Aubrey Suwito menjadi komposer bukan Bumiputera pertama yang memenangi anugerah utama AJL pada 2005 menerusi lagu "Gemilang", beliau berketurunan Cina Peranakan Indonesia. Manakala Pete Teo menerusi lagu "Pergi" pada 2009 menjadi komposer berketurunan Cina pertama memenangi AJL.
  • Endang Es Taurina dan Rio Febrian, adalah dua penyanyi Indonesia yang pernah bertanding di peringkat akhir Juara Lagu. Endang melalui lagu "Sangkar Emas" ciptaan A. Ali dan Lukhman S. pada tahun 1990 manakala Rio tidak membuat persembahan (diwakili oleh Lah Ahmad) ketika terpilih menerusi lagu "Ceritera Cinta" pada tahun 2007. Manakala Glenn Fredly pula pernah mara ke peringkat separuh akhir Balada pada tahun 2000 menerusi lagu "Dengarkanlah" (berduet bersama Amy Mastura) ciptaan Helen Yap, namun tewas.
  • Adi Priyo, vokalis dan komposer untuk kumpulan 6ixth Sense pula pernah bertanding di peringkat separuh akhir menerusi 4 buah lagu, tetapi gagal mara untuk kesemuanya. Lagu-lagu tersebut adalah "Tanpa" (AJL 23), "Khatimah Cinta" (AJL 25), "Menyesal" dan "Cinta Matiku" (AJL 26). Walaubagaimanapun, menerusi penyertaan sebagai komposer, lagu ciptaan Adi yang berjudul "Kisah Hati" nyanyian Alyah pernah mara ke AJL yang ke 26 (juga memenangi anugerah Persembahan Terbaik).
  • M. Nasir mula bertanding dalam Anugerah Juara Lagu pada tahun 1990 menerusi lagu "Mustika". Sebelum itu, banyak lagu M. Nasir yang dinyanyikan secara berkumpulan ataupun solo tidak dapat bertanding kerana status kerakyatan Singapura beliau. Beberapa karya beliau bersama artis Malaysia seperti Rahim Maarof, Kumpulan Search dan Nasir Jani tidak dapat dipertandingkan biarpun cukup popular pada waktu itu.
  • Lagu "Puteri Ledang" nyanyian Lina Kamsan pada tahun 1993 dinyanyikan sepenuhnya dalam Bahasa Jawa. Manakala lagu "Andalusia" oleh M. Nasir pada 1999, "Mimpi Laila" Yasin Sulaiman pada 2001, serta lagu "Wassini" nyanyian Waheeda pada 2003, merupakan lagu campuran Bahasa Melayu dan Bahasa Arab. "Andalusia" dan "Mimpi Laila" memenangi Juara Keseluruhan AJL manakala "Wassini" memenangi Juara Kategori Irama Malaysia/Etnik Kreatif. Lagu "Lelaki" oleh Yuna Zarai menyelitkan monolog dalam Bahasa Perancis.

Persembahan oleh penyanyi gantian[sunting | sunting sumber]

  • Persembahan lagu tidak semestinya dinyanyikan oleh penyanyi asal dalam peringkat akhir Juara Lagu. Sekiranya penyanyi asal tidak boleh menyanyikannya, pencipta lagu perlu mencari pengganti jika tidak mahu menarik diri. Menariknya, ada peserta gantian yang berjaya memenangi mana-mana kategori dan pada tahun 2012, Aizat Amdan yang menggantikan Yuna Zarai menerusi lagu "Terukir Di Bintang" menjadi penyanyi gantian pertama yang memenangi anugerah utama AJL.
  • Beberapa lagu yang layak ke peringkat akhir AJL tetapi tidak dinyanyikan oleh penyanyi asal yang antaranya adalah:
  • 1986 - "Perjalananku" - Penyanyi asal Jamal Abdillah - Dinyanyikan Azman Abu Hassan
  • 1986 - "Cinta yang Terbiar" - Penyanyi asal Jamal Abdillah - Dinyanyikan Rohana Jalil (menang)
  • 1987 - "Angan-angan" - Penyanyi asal Raja Ema - Dinyanyikan Kumpulan Skyfire
  • 1994 - "Bukan Aku Tak Cinta" - Penyanyi asal Kumpulan Iklim - Dinyanyikan Adilla
  • 1995 - "Kau dan Aku" - Penyanyi asal Ning Baizura - Dinyanyikan Kumpulan Kool (menang)
  • 1995 - "Cinta Dangdut" - Penyanyi asal Ayati Tasrip - Dinyanyikan Masleena
  • 2006 - "Candak" - Penyanyi asal Syura - Dinyanyikan Siti Nordiana
  • 2006 - "Hantaran Hati" - Penyanyi asal Rosiah Chik - Dinyanyikan Aspalela Abdullah (duet bersama Bob)
  • 2007 - "Izinku Pergi" - Penyanyi asal Kaer - Dinyanyikan Sahri (menang)
  • 2007 - "Mahakarya Cinta" - Penyanyi asal Faizal Tahir - Dinyanyikan Fiq
  • 2007 - "Kasih Tercipta" - Penyanyi asal Faizal Tahir - Dinyanyikan Bob
  • 2007 - "Ceritera Cinta" - Penyanyi asal Jaclyn Victor & Rio Febrian - Dinyanyikan Jaclyn Victor & Lah Ahmad (menang)
  • 2008 - "Doa Dalam Lagu" - Penyanyi asal Mawi & Heliza - Dinyanyikan oleh Zahid & Heliza
  • 2011 - "Sedetik Lebih" - Penyanyi asal Anuar Zain - Dinyanyikan oleh Jaclyn Victor
  • 2012 - "Terukir Di Bintang" - Penyanyi asal Yuna Zarai - Dinyanyikan oleh Aizat Amdan (menang)
  • 2012 - "Teman Pengganti" - Penyanyi asal Black Hanifah & Malique - Dinyanyikan oleh Black Hanifah & RJ (menang Persembahan Terbaik)
  • 2014 - "Lelaki" - Penyanyi asal Yuna Zarai Zarai - Dinyanyikan oleh Najwa Mahiaddin & The Palauans:
  • 2014 - "RomanCinta" - Penyanyi asal Mojo - Dinyanyikan oleh Caliph Buskers (menang Persembahan Terbaik)
  • Lagu "Rayuanku" nyanyian Rohana Jalil sebenarnya dicipta khas untuk Zaiton Sameon. Bahkan, semua lagu dalam album Rayuanku sememangnya dicipta oleh A. Ali untuk Zaiton Sameon. Terdahulu, dalam edisi pertama Juara Lagu, Rohana membuat persembahan menerusi lagu "Cinta Yang Terbiar" mewakili penyanyi Jamal Abdillah dan memenangi tempat saguhati ketiga Persembahan Terbaik sekaligus menjadi penyanyi gantian pertama memenangi sebarang hadiah sampingan di AJL.
  • Lagu "Ceritera Cinta" asalnya dinyanyikan Jaclyn Victor bersama penyanyi Indonesia Rio Febrian tetapi Rio tidak hadir membuat persembahan dan digantikan oleh Lah Ahmad. Gandingan Jac dan Lah berjaya memenangi Vokal Terbaik sekaligus menjadikan Lah sebagai penyanyi gantian pertama yang memenangi Vokal Terbaik.
  • Lagu "Terukir Di Bintang" adalah satu-satunya lagu yang dinyanyi oleh penyanyi gantian yang memenangi Juara Lagu. Lagu tersebut yang sepatutnya dinyanyikan oleh Yuna tetapi akibat percanggahan jadual rakaman Yuna di Amerika Syarikat, Yuna telah mencadangkan lagu tersebut diserahkan kepada Uji Rashid. Walau bagaimanapun, pada saat-saat akhir pihak TV3 membuat keputusan memberi tanggungjawab itu kepada Aizat.[9]
  • Lagu "Teman Pengganti" menyaksikan penyanyinya Black Hanafiah tidak membuat persembahan bersama rapper asal Malique Ibrahim yang juga komposernya, sebaliknya diganti oleh rapper baharu, RJ. Gandingan Black Hanafiah dan RJ memenangi Persembahan Terbaik sekaligus menjadikan RJ sebagai penyanyi gantian pertama memenangi kategori tersebut.
  • Lagu "Romancinta" oleh kumpulan Mojo asalnya dinyanyikan oleh vokalisnya Aweera. Walaubagaimanapun, Aweera telah keluar daripada kumpulan Mojo dan bernaung di bawah syarikat rakaman lain menyebabkan Edry Abdul Halim terpaksa mencari vokalis baru untuk menggantikannya. Namun setelah timbul pertikaian bersama penyanyi asal, Mojo memilih untuk membuat persembahan sebaliknya diwakili oleh sekumpulan pemuzik jalanan berstatus kelainan upaya (OKU), Caliph Buskers yang ditemuinya di Jalan Tuanku Abdul Rahman beberapa minggu sebelum pertandingan[10]

Persembahan[sunting | sunting sumber]

  • Aznil Nawawi bersama kumpulan yang digelar "The Gambit" pernah mengembalikan imbauan AJL dalam persembahan selingan AJL ke-10 dengan menunjukkan bagaimana dia merosakkan persembahan lagu-lagu AJL yang terbaik. Antaranya adalah dari persembahan "Janji Manismu". Aznil merampas beg daripada "Aishah" dan mengeluarkan benda dari dalam beg tersebut dan benda itu adalah barang dapur seperti kuali, lesung batu dan mesin pengisar!
  • Terdapat empat persembahan selingan yang mara ke Juara Lagu tahun berikutnya:
  • "Siti Payung" - Liza Aziz (1992): selingan 1991 (bertemakan Irama Malaysia)
  • "Dir" - Rahim Maarof (1993): selingan 1992 (sempena memperingati pemergian Allahyarham Sudirman)
  • "Gaia" - Zainal Abidin (2005): selingan 2004 (sempena tema Simfoni Sejuta Alam)
  • "Drama King" - Meet Uncle Hussein & Black (2010): selingan 2009 (sempena mewakili revolusi muzik bebas)
  • Persembahan Aishah sentiasa menampakkan kelainan pada setiap kali penyertaan. Kali pertama ialah lagu "Janji Manismu" dengan prop sebuah beg memaparkan Aishah ingin pergi jauh. Kedua pula, bagi lagu "Cinta Beralih Arah", Aishah menari dengan "phantom" setelah cintanya dicurangi manakala "Kasihnya Balqis", Aishah membawa dua orang anak lelaki beliau sambil bercerita tentang Balqis sebelum waktu tidur.
  • Sebelum 1990, semua artis wanita solo yang menyanyikan lagu balada menyanyikan lagu tersebut berseorangan tanpa "prop". Aishah telah menerajui persembahan bersama prop menerusi lagu "Janji Manismu" yang beliau telah menggunakan meja, lampu, gambar dan beg besar. Shima pula menjadi artis pertama yang dijulang ketika membuat persembahan menerusi lagu "Setelah Aku Kau Miliki" pada tahun 1991. Selepas itu, banyak penyanyi telah mempelbagaikan persembahan mereka sehingga kini.
Tahun Pembukaan Selingan
Artis Lagu Artis Lagu
1986 Matahari Dancers kelolaan Jaafar Onn
Muzik oleh Ooi Eow Jin
Tarian montage "Muzik Muzik" Bangkit Dance Company / Fauzi Marzuki
Federal Ballet Academy / Kumpulan Kenny, Remy & Martin
Kumpulan Antara / Abbas Bakar
Tarian instrumental pop ♪ "Jejaka Idaman"
Tarian instrumental balada ♪ "Demi Seorang Kawan"
Tarian instrumental etnik ♪ "Telah Kau Lukai"
1987 Normadiah
Ahmad Daud
Aziz Sattar
S. Samsudin
Nasir P.Ramlee
Persembahan Khas Kumpulan Panca Sitara;-
♪ "Bila Larut Malam"
♪ "Siapa Itu?"
♪ "Menceceh Bujang Lapok"
♪ "Mawarku"
♪ "Anekaragam"
1988 Kumpulan Penari Inderawangi (pimpinan Mahani Mydin) Tarian "Muzik Muzik Tekno" Selingan Istimewa;
Shidee
Salih Yaacob
Abdullah Chik & Noraniza Idris
• Jamilul Hayat

Medley Pop Melayu:
♪ "Senjakala" (Pop Melayu)
♪ "Puteri Remaja" (Dangdut)
♪ "Kaparinyo" (Melayu Deli)
♪ "Mawar Putih Tanda Perpisahan" (Asli)
1989 Semua artis yang bertanding Medley Keratan Lagu-lagu bertanding Medley Variasi Artis
Azian Mazwan Safuan


Zulkifli Mohamed

Musa Abu
Salimah Mahmood
Suliza Salam
Rohayu Majid
Medley Lagu-lagu bekas pemenang
♪ "Kerna Terpaksa" / ♪"Aku Kehilanganmu" / ♪"Sekadar Di Pinggiran"
♪"Sampaikan Salam" / ♪"Sayang Semuanya Telah Terlambat"
♪"Tika Dan Saat Ini"
♪"Menaruh Harapan"
♪"Diriku Terbelenggu"
♪"Kau Kunci Cintaku"
1990
1991 Aishah ♪"Seloka Rindu" SM Salim
Ruhil Amani
Abdullah Chik
Liza Aziz
Ramli Sarip
♪ "Apa Dah Jadi?"
♪ "Anak Raja Turun Beradu"
♪ "Godam Godam Pol"
♪ "Siti Payung"
♪ "Temasya Desa Gemalai"
1992 Rahim Maarof "Dir"
1993 Kit Kat Klub Dancers
kelolaan Tiara Jacquelina
Tarian "Muzik Muzik" Aishah Medley ;-
♪ "Sensation"
♪ "Never Gave Up On You"
♪ "Janji Manismu"
♪ "Seloka Rindu"
♪ "Doa"
♪ "Tari Silat Melayu"
1994 Kit Kat Klub Dancers
kelolaan Tiara Jacquelina
Tarian Moden India Sofia Jane
Kit Kat Club kelolaan Tiara Jacquelina
Tarian ♪ "Tari Tualang Tiga" (Sanisah Huri)
Rampaitari Evolusi Muzik Malaysia;-
♪ "Siapa Itu?" (Zainab Majid)
♪ "Baju Kebaya" (Blues Gang)
♪ "Isabella" (Search
♪ "Awas!" (KRU)
1995 Kit Kat Klub Dancers
kelolaan Tiara Jacquelina
Pasukan Penari Petronas
Tarian Tradisional Melayu
Tarian "Lambang Sari"
Aznil Nawawi & The Gambit Parodi ♪ "Setelah Aku Kau Miliki", "Pusara Di Lebuhraya", "Merisik Khabar", "Sampaikan Salam Cintaku", "Janji Manismu" & "Tiara"
Nyanyian lagu ♪ "Kaulah Bintang"
1996 Vogue Dancers
kelolaan Ahmad Kassan
Tarian "Planet" (Techno-funk) Zalee dan Kumpulan Redang ♪ "Aku Datang Dari Jauh"
♪ "Redang (Gendang dan Rebana)"
1997 Kombo pimpinan Aznul Haidi Orkestra Muzik Masa Depan Ruhil Amani ♪ "Tari Pujangga"
1998 Shamsul Ghau Ghau
Anne Hamid
Parodi lagu ♪ "Hits Buatmu" ("13 Tahun Juara Lagu Buatmu") Puteri- Puteri Sinaran;
• Harmira Yusof
• Fadilah Sarif
• Dayang Noraini
Medley 3 Nuansa;
♪ "Tanda Harga Cinta"
♪ "Mutiara Rindu"
♪ "Cinta Kita"
1999
2000 Mohar dan Koir Kebangsaan Malaysia
Instrumental seruling "Getaran Jiwa"
Hani Mohsin ( sebagai Sazali) dan Jalaluddin Hassan (Hassan)
Jamal Abdillah
Jalaluddin Hassan (Ramli), Umie Aida (Salmah), Ucop Cecupak (Sudin) dan Lah Cecupak (Aziz)
Jamal Abdillah dan Fauziah Latiff
Rosyam Nor(Sharif Dol) dan Sharifah Haslinda (Salmah)
Fauziah Latiff
Kumpulan Kristal

Hani Mohsin dan Umie Aida

Anuar Zain
Fauziah Latiff, Jamal Abdillah, Anuar Zain, Razlan (Kristal) dan Koir Kebangsaan
SM Salim
Tribute P. Ramlee
Fragmen "Anakku Sazali"
♪ "Anakku Sazali"
Fragmen "Seniman Bujang Lapok"


♪ "Gelora"
Tribute Saloma
Fragmen "Seniman Bujang Lapok"
♪ "Senandung Kasih"
Tribute M. Shariff
♪ Keindahan Pantai (Zai Zai Zai)
Tribute Sudirman
Interlud "Basikal Tua"
♪ "Salam Terakhir"
♪ "Di Mana Kan Ku Cari Ganti"


Penghargaan "Living Legend" SM Salim
2001 Kumpulan Gendang terdiri daripada;
Kompang
Rebana Ubi
Kalimpungan/Gamelan Sarawak
Tabla India
Gendang Cina
Paluan "Gendang Gending Malaysia" Kumpulan Tari Swatari
Kumpulan Swara
Rampaitari dan koir lagu-lagu Irama Melayu (dari AJL yang lalu);-
♪ "Kalau Mencari Teman"
♪ "Bonda"
♪ "Cindai"
♪ "Diari YB"
♪ "Seni Berzaman"
♪ "Hati Kama"
♪ "Ghazal Untuk Rabiah"
♪ "Samrah Mentari"
♪ "Balqis"
2002 Padusuara;-
Kumpulan V.E
Kumpulan Ruffedge
Kumpulan Swara
♪A capella "Mimpi Laila"
•Medley a capella 12 lagu finalis secara bergilir (pengenalan peserta);-
•• Ruffedge (Pop Rock)
•• V.E (Balada)
•• Swara (Etnik Kreatif)
• A capella "Ayu" (pengenalan hos)
Orkestra gubahan dan pimpinan Ramli M.S.
Koreografi oleh Onn Jaafar
Persembahan Orkestra "Inspirasi"
2003 Adibah Noor
Dayang Nurfaizah
Medley 12 Lagu Finalis AJL18 Adibah Noor& Dayang Nurfaizah
Hazami & Sarah Raisuddin
Bandi Amuk & Neves Pretty Ugly
Ella
♪"Zapin Pak Ngah Balik"
♪"Joget Kenangan Manis"
♪"Tiada Lagi Cinta"
♪"Rindu/Selamat Jalan Romeo"
2004 Kumpulan Mohram
Kumpulan Swatari
Orkes Swakarya
Instrumental dan Tarian "Simfoni Sejuta Alam" Ning Baizura
Amy Mastura
Ezad Lazim
Rem Kassim
Kumpulan FO'3 ft. Karam Singh Walia
Zainal Abidin
♪ "Kedamaian"
♪ "Suria Khatulistiwa"
♪ "Indahnya Alam"
♪ "Nusantara"
♪ "Simfoni Sejuta Alam Beat"
♪"Gaia"
2005 Jamal Abdillah & Misha Omar ♪ "Kehebatan Cinta"
2006 Francissca Peter bersama Kumpulan Quest dan Man Kidal ♪ "Sekadar Di Pinggiran" Faizal Tahir
Joe Flizzow ft. Ima
Dayang Nurfaizah
Noraniza Idris & Kumpulan Ruffedge
Ella
Joe Flizzow, Yasin Sulaiman, Filsuf Daly & Akbar
♪ "Raikan Cinta"
♪ "How Me Seksi"
♪ "Penawar Rindu"
♪ "Onjak Sekaki"
♪ "Ulek Mayang"
♪ "Alhamdulillah"
2007 Dayang Nurfaizah Medley ♪"Senang Tari" / ♪"Asmaradana" Hazami
Hattan & Dayang Nurfaizah
Nikki Pallikat
Ziana Zain
The Lima
♪ "Kata"
♪ "Fantasia Bulan Madu"
♪ "Caramu"
♪ "Keabadian Cinta"
♪ "Seindah Biasa"
2008 Kumpulan One Nation Emcees Medley lagu-lagu finalis AJL23 dengan rentak hip hop Wada & Jaclyn Victor
Haqiem & Jamal Abdillah
Hafiz & M. Nasir
Semua Idola Kecil & Juara Lagu
♪ "Gemilang"
♪ "Gadis Melayu"
♪ "Andalusia"
♪ "Isabella"
2009 Siti Nurhaliza & Azlan & The Typewriter Medley ♪ "Lagu Untukmu" dalam gubahan Balada, Dangdut & Rock Jefrydin & The Siglap Five
Jay Jay & Kumpulan Carefree

Amy & Kumpulan Search
Hazama Azmi , Black Hanifah & Kumpulan Meet Uncle Hussain
♪"Termenung" / ♪ "Tahukah Sayang"
♪ "Dendangan Laguku" / ♪ "Rindu Bayangan"
♪ "Pawana" / ♪ "Fantasia Bulan Madu"
♪ "Drama King" / ♪ "Pari-pari Di Bawah Angin"
2010 Francissca Peter
Nash Elias
M. Nasir
♪"Sekadar Di Pinggiran"
♪"Pada Syurga Di Wajahmu"
♪"Tanya Sama Itu Hud-hud" / ♪"Ghazal Untuk Rabiah"
Sharifah Aini
Ziana Zain
Siti Nurhaliza
Medley ♪"Kau Tinggi Di Awan Biru"/ ♪ "Oh Di Mana"
Medley ♪ "Anggapanmu" / ♪ "Madah Berhelah"
Medley ♪ "Nirmala" / ♪ "Balqis" / ♪ "Cindai"
2011 Jamal Abdillah
Awie
Sheila Majid
♪"Senandung Semalam"
♪"Bujang Senang"
♪"Warna"
Black Hanifah
Hazama Azmi
Azlan & The Typewriter
Medley Sudirman Arshad - ♪"Hidup Sederhana (Basikal Tua)" / ♪"Balik Kampung" / ♪"Chow Kit Road" / ♪"Salam Terakhir"
2012 Misha Omar
Ziana Zain
Faizal Tahir
♪"Bunga-bunga Cinta"
♪"Fatalistik"
♪"Anti-Graviti"
Rody Kristal, AG Coco, Edrie Hashim & Man Kidal
Rahmad Tohak
Aris Ariwatan
Joey BPR
Ramli Sarip
"Quartet Guitarist"

♪"Bayangan Gurauan"
♪"Lamunan Terhenti"
♪"Seribu Tahun Takkan Mungkin"
♪"Kamelia"
2013 Shila Amzah
Mus
Showdown
♪"Mahakarya Cinta"
Football Dance
W.A.R.I.S dan Zaidee O.N.E
Ziana Zain feat. Daly Filsuf
M. Daud Kilau feat. W.A.R.I.S
Amy
♪ "Intro Pawana"
♪"Putus Terpaksa" / ♪"Sangkar Cinta"
♪"Cik Mek Molek" / ♪"Gila Judi"
♪"Pawana"
2014 Shahrudin bin Saniman (Ujang)
Kumpulan Kembara
M.Nasir
"Solo Drum"
♪"Hati Emas"
♪"Mentera Semerah Padi"
Kumpulan Headwind Medley;-
♪"Memori Luka"
♪"Suraya"
♪"Segalanya Mungkin"
2015 Yasin Sulaiman
Jamal Abdillah
Siti Nurhaliza
Medley;-
♪"Cindai"
♪"Mimpi Laila"
♪"Ghazal Untuk Rabiah"
Selingan 1 (Intermission);-
Hafiz Suip
Jaclyn Victor

Selingan 2;-
Kumpulan Nico
Izara Aishah dan Ensembel Showdown The Movie

Selingan 3;-
Rahmad Tohak (Mega)
Azlan Rosle (The Typewriter)
Medley;-
♪"Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu"
♪"Awan Nano"
♪"Gemilang"

Mash-up dance;-
♪"Inilah Nasibku (Remix)"

Medley;-
♪"Relaku Pujuk"
♪"Takdir dan Waktu"
♪"Lagu Untukmu"

Lain-lain[sunting | sunting sumber]

  • Lagu yang dipertandingkan di AJL sebelum tahun 1992 adalah tidak berkategori malah sebelum 1992, lagu yang dibawa ke AJL adalah lagu juara bulanan.
  • Lagu yang dipertandingkan di AJL selepas 2009 kembali tidak berkategori
  • Misha Omar merupakan salah seorang daripada penyanyi baru yang diberi peluang untuk membuat persembahan di permaidani merah ketika berlangsungnya AJL edisi ke 17. Menariknya, ketika edisi ke-18, Misha pula menyertai AJL seterusnya (AJL 18 - 2003) menjuarai pada tahun tersebut.
  • Tidak semua artis yang membuat dua persembahan mendapat perhatian juri untuk dinobatkan selaku Juara Lagu atau juara kategori. Antara artis-artis yang mempertaruhkan dua atau lebih persembahan, tetapi gagal mendapat sebarang anugerah Juara Lagu atau juara kategori pada tahun itu:
    • Juara Lagu 1987 - Kumpulan Alleycats - Sekeping Hati Yang Luka & Hadirmu
    • Juara Lagu 1988 - Kumpulan Gersang - Suratan Takdir & Masih Aku Terasa
    • Juara Lagu 1989 - Kumpulan Wings - Taman Rashidah Utama & Misteri Mimpi Syakilla
    • Juara Lagu 1990 - Kumpulan Ekamatra - Pusara Lebuhraya & Sentuhan Kecundang
    • Juara Lagu 1994 - Rohana Jalil - Naluri Cinta & Jangan Main Mata
    • Juara Lagu 1997 - Ziana Zain - Kalau Mencari Teman & Senja Nan Merah
    • Juara Lagu 2001 - Nora - Menyemai Cinta Bersamamu & Desa Tercinta
    • Juara Lagu 2007 - Faizal Tahir - Kasih Tercipta & Mahakarya Cinta
    • Juara Lagu 2010 - Faizal Tahir - Hanyut & Selamat Malam
    • Juara Lagu 2011 - Yuna - Gadis Semasa & Penakut

Umur penyertaan[sunting | sunting sumber]

  • Najwa Latif merupakan penyanyi solo termuda yang menyertai AJL iaitu pada usia 16 tahun pada edisi 2011.
  • Syura - 2002 merupakan penyanyi duet termuda yang pernah memasuki pertandingan ini ketika masing-masing berumur 16 tahun. Syura menyertai pertandingan ini sebagai rakan duet M. Daud Kilau.
  • Kumpulan Exists menerusi penyertaan mereka pada 1992 dianggotai 3 ahli yang berusia bawah 16 tahun iaitu Mamat (13 tahun), G-Nola (14 tahun) dan Ajai (15 tahun) sekaligus menjadi artis berkumpulan termuda menyertai AJL.
  • G-Nola & Najwa Latif merupakan komposer termuda yang menyertai AJL iaitu pada usia 16 tahun masing-masing pada edisi 1994 dan 2011.
  • Ika Latif menjadi penulis lirik termuda pada usia 19 tahun, menerusi lagu bersama Najwa Latif yang berjudul "Cinta Muka Buku" pada 2011.
  • Azian Mazwan - 1993, Haida - 1995, Siti Nurhaliza - 1996, Syazliana - 2002 menyertai AJL ketika usia masing-masing berusia 17 tahun. Tahun di mana mereka menduduki SPM. Siti Nurhaliza menerusi lagu Jerat Percintaan merupakan pemenang termuda Anugerah Juara Lagu secara keseluruhan. Beliau tidak hanya memenangi Juara Lagu secara keseluruhan, tetapi dia juga adalah pemenang termuda untuk memenangi kategori Persembahan Terbaik.
  • Allahyarhamah Rosiah Chik merupakan artis wanita veteran pertama yang bertanding dalam Anugerah Juara Lagu apabila lagu dendangan beliau iaitu Zapin Senandung Dua berjaya ke peringkat akhir pada tahun 1995. Lagu nyanyian beliau bersama Bob juga telah berjaya mara ke peringkat akhir pada tahun 2006 yang membolehkan beliau bertanding ke AJL bagi kali kedua. Walau bagaimanapun, beliau telah meninggal dunia pada awal tahun 2006 yang menyebabkan Aspalela Abdullah menggantikan tempat beliau dan menjadikan Aspalela Abdullah penyanyi wanita veteran kedua yang berjaya ke Anugerah Juara Lagu selepas Rosiah Chik.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]