Anugerah Juara Lagu Pertama

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Anugerah Juara Lagu 1986)
Anugerah Juara Lagu
Pertama
Montaj Anugerah Juara Lagu Pertama
Tarikh30 Disember 1986
TempatDewan Merdeka,
Pusat Dagangan Dunia Putra,
Kuala Lumpur
TajaanDynamo (Colgate-Palmolive) & Mesiniaga
PengacaraZainal Abas
Habibah Yusof
PenerbitFrank Tian
Ketua JuriDato' Johari Salleh
PengarahDato' Ooi Eow Jin
Tempoh Tayangan80 minit
Juara Lagu"Sekadar di Pinggiran"
Nyanyian: Francissca Peter
Muzik: Manan Ngah
Lirik: Lukhman S.
Sorotan
Persembahan TerbaikAlleycats
("Sampaikan Salam Cintaku")
Penulis Lirik TerbaikLukhman S.
("Sekadar di Pinggiran")
Francissca Peter, Pemenang Anugerah Juara Lagu Pertama.

Anugerah Juara Lagu Pertama atau nama lamanya yang dikenali sebagai (Peringkat Akhir Muzik-Muzik Juara Lagu 1986) adalah pertandingan pertama yang membariskan lagu-lagu Melayu untuk dinobatkan sebagai "Juara Lagu". Juga dinamakan "Peringkat Akhir Muzik-Muzik", ia membariskan lagu-lagu yang berjaya menjuarai carta bulanan dalam rancangan Muzik-Muzik. JL '86 telah diadakan pada 30 Disember 1986 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur dan diacarakan oleh Zainal Abas dan Habibah Yusof.

Persembahan Selingan[sunting | sunting sumber]

Senarai Persembahan Seligan di Anugerah Juara Lagu Pertama
Artis Lagu
Matahari Dancers (kelolaan: Jaafar Onn, muzik: Ooi Eow Jin) Tarian montage:
"Muzik Muzik"
Bangkit Dance Company/Fauzi Marzuki Instrumental Pop:
"Jejaka Idaman"
Federal Ballet Academy/Kumpulan Kenny, Remy & Martin Instrumental Balada:
"Demi Seorang Kawan"
Kumpulan Antara/Abbas Bakar Instrumental Etnik:
"Telah Kau Lukai"

Senarai Finalis[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah senarai finalis yang layak ke pentas AJL 1, mengikut giliran persembahan
Gil. Tajuk Lagu Komposer Penulis Lirik Penyanyi
1 "Aku Kehilanganmu" Manan Ngah Habsah Hassan Francissca Peter
2 "Sampaikan Salam Cintaku" A. Ali Mama Juwie Alleycats
3 "Perjalananku" Adnan Abu Hassan Seri Bayu Azman Abu Hassan[a]
4 "Wajah Siapa di Hatimu" Omar Taib Lukhman S. Azlina Aziz
5 "Suatu Waktu Dahulu" Fauzi Marzuki Habsah Hassan Dwen
6 "Usah Bertanya Lagi" Ahmad Nawab Habsah Hassan Siti Fairuz
7 "Derita Seorang Insan" Othman Muhammad Adam Ahmad Alleycats
8 "Cinta yang Terbiar" S. Sahlan Mama Juwie Rohana Jalil[b]
9 "Sekadar di Pinggiran" Manan Ngah Lukhman S. Francissca Peter

Keputusan[sunting | sunting sumber]

dagger Menandakan Anugerah Sampingan
Keputusan penuh Anugerah Juara Lagu Pertama
Anugerah Kedudukan Judul Lagu Komposer Penulis Lirik Penyanyi Ganjaran
Juara Lagu Juara Lagu "Sekadar di Pinggiran" Manan Ngah Lukhman S. Francissca Peter RM 10,000, Gold Disk dan trofi
Naib Juara "Aku Kehilanganmu" Manan Ngah Habsah Hassan Francissca Peter RM 3,000, Gold Disk dan trofi
Tempat Ketiga "Sampaikan Salam Cintaku" A. Ali Alleycats RM 3,000, Gold Disk dan trofi
Persembahan Terbaik Tempat Pertama "Sampaikan Salam Cintaku" Alleycats RM 3,000
Tempat Kedua "Sekadar di Pinggiran" Francissca Peter RM 2,000
Tempat Ketiga "Cinta Yang Terbiar" Rohana Jalil RM 1,000
Penulis Lirik Terbaik Lukhman S.
Pencipta Lagu Manan Ngah, Ahmad Nawab, S. Sahlan, Othman Muhammad, Fauzi Marzuki, Omar Taib, Adnan Abu Hassan dan A. Ali Gold Disk

Jemaah Juri[sunting | sunting sumber]

  • Johari Salleh (Ketua Juri)
  • Sudirman Arshad
  • Fauziah Samad
  • Ali Bakar
  • Ku Seman Ku Hussein
  • Freddie Fernandes
  • Danial Chan
  • Christina Teo
  • Nordin Selat
  • Abdullah Chik
  • Mohamad Zain Hamzah
  • Ahmad Daud
  • Sabar Nor
  • Tengku Anisah Tengku Ismail
  • T. Raganathan
  • Noreati Abdul Razak
  • Bob Khalil
  • Chong Euw Loke
  • Rehana Yassin
  • S.L. Emaran

Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Kumpulan Alleycats merupakan kugiran/band pertama berjaya melangkah masuk ke Juara Lagu dan satu-satunya kugiran bukan melayu yang berjaya masuk ke Juara Lagu dengan 2 buah lagu, Sampaikan Salam Cintaku & Derita Seorang Insan, lalu melayakkan mereka meraih Persembahan Terbaik & Lagu ke-3 Terbaik menerusi Sampaikan Salam Cintaku.
  • Jamal Abdillah tidak dapat menghadiri ke Juara Lagu ini, dan 2 lagu beliau dinyanyikan oleh penyanyi gantian iaitu oleh Rohana Jalil ("Cinta Yang Terbiar") & Azman Abu Hassan ("Perjalananku").
  • Seramai 3 Penyanyi melayakkan diri ke Juara Lagu ini dengan 2 buah lagu, Francissca Peter, Kumpulan Alleycats & Jamal Abdillah.
  • Kedengaran Lagu Tema Asal Juara Lagu/Muzik-Muzik VOL I pada edisi ini.
  • Pada edisi ini, Pihak Produksi Juara Lagu 1986 masih menggunakan mikrofon berwayar.
  • Hadiah Wang Tunai untuk Pemenang Juara Lagu ketika ini berjumlah RM10,000.disertakan bersama replika trofi Juara Lagu & Gold Disk.
  • Setiap Pencipta Lagu/Komposer diberi Gold Disk sebagai hadiah cenderamata.

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Menggantikan Jamal Abdillah.
  2. ^ Menggantikan Jamal Abdillah.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

  • [FULL] #AJL1 1986 (MP4). TV3MALAYSIA Official.