Anugerah Juara Lagu ke-10

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Anugerah Juara Lagu 1995)
Lompat ke: pandu arah, cari
Anugerah Juara Lagu ke-10
TV3
Tarikh 1995
Tempat Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur
Pengacara Azwan Ali
Fauziah Ahmad Daud
(Dibantu oleh:
Shamsul Ghau Ghau & Iwan Dasri)
Tempoh 2 jam 30 minit
Juara Lagu "Cinta Beralih Arah"
nyanyian Aishah
(gubahan: Jari/
lirik: Habsah Hassan)
 < 1994 Anugerah Juara Lagu 1996 > 

Juara Lagu 1995 ialah pertandingan yang membariskan lagu-lagu Melayu untuk dinobatkan sebagai "Juara Lagu" bagi tahun 1995. Malam pertandingan ini telah diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Anugerah ini telah diacarakan oleh Azwan Ali dan Fauziah Ahmad Daud serta dibantu oleh Shamsul Ghau Ghau dan Iwan Dasri (Sinaran Pasport Kegemilangan). Anugerah kali ini juga telah melakukan lintas lansung di beberapa buah bandar lain antaranya Alor Setar, Kuching dan Kuala Terengganu bersama barisan penyanyi baru Maya, Syajiri Dameri, Azie dan Mamat (Exist).

Finalis[sunting | sunting sumber]

Lihat disini untuk peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 10

Kategori Balada[sunting | sunting sumber]

Kategori Pop Rock[sunting | sunting sumber]

  • "Seribu Impian" : Casey (Aubrey Suwito / Tessh R. S)
  • "Meniti Hari" : Amy Mastura (Fauzi Marzuki / Amran omar)
  • "Di Bayang Awan" : Awie (M. Nasir / Keon)
  • "Kau dan Aku" : Kumpulan Kool - menggantikan Ning Baizura (Ross Ariffin / Ning Baizura)

Kategori Irama Malaysia[sunting | sunting sumber]

  • "Cinta Dangdut" : Masleena (menggantikan Ayati Tasrip) (Wan Zul / Adinda Amiro)
  • "Manis Masa Bercinta" : Haida (Saari Amri / Habsah Hassan)
  • "Diari Y.B." : N.D. Lala (N.D. Lala / Adi Al Hadi)
  • "Joget Senandung Dua" : Rosiah Chik (Mat Penang / Kapt Othman Ali)

Kemenangan[sunting | sunting sumber]

  • Juara Keseluruhan: "Cinta Beralih Arah" - (Aishah (Jari / Habsah Hassan)
  • Juara Kategori:
    • Irama Malaysia: "Diari Y.B." - N.D. Lala
    • Balada: "Cinta Beralih Arah" - Aishah
    • Pop Rock: "Kau dan Aku" - Kumpulan Kool
  • Persembahan Terbaik: Aishah - "Cinta Beralih Arah"
  • Sempena sambutan 10 tahun, TV3 memberikan anugerah istimewa untuk penyertaan terbanyak dalam AJL

Persembahan selingan[sunting | sunting sumber]

Persembahan selingan kali ini memaparkan bakat lakonan, tarian dan nyanyian Aznil yang lincah diiringi kumpulan yang digelar "The Gambit". Mereka mengembalikan imbauan AJL sempena sedekad Anugerah Juara Lagu dengan menunjukkan bagaimana dia merosakkan persembahan lagu-lagu AJL yang terbaik. Antaranya adalah dari persembahan "Janji Manismu". Aznil merampas beg daripada "Aishah" dan mengeluarkan benda dari dalam beg tersebut dan benda itu adalah barang dapur seperti kuali, lesung batu dan mesin pengisar! Penutup persembahan tersebut adalah Aznil menyanyikan lagunya yang bertajuk "Kaulah Bintang" sebagai dedikasi kepada pejuang seni muzik.

Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Dua lagu tidak dinyanyikan oleh penyanyi asal pada anugerah kali ini iaitu "Cinta Dangdut" (Ayati Tasrip) dan "Kau dan Aku" (Ning Baizura).
  • Rosiah Chik merupakan penyanyi veteran pertama yang bertanding masuk dalam Anugerah Juara Lagu.
  • N.D. Lala dan Aishah saling bantu-membantu dalam prop persembahan masing-masing.
  • Aishah membuat rekod peribadi dan rekod AJL apabila muncul sebagai artis pertama yang pernah menang AJL lebih daripada sekali. Kemenangan tahun 1995 ini menjadi kali kedua kemenangan Aishah di pentas AJL selepas kali pertama memenanginya pada tahun 1990 menerusi lagu 'JANJI MANISMU'.
  • AJL 10 meraikan satu dekad Juara Lagu dan memperkenalkan format lintas langsung bersama 30 orang juri awam dari setiap wilayah seluruh negara. Berikut adalah wakil artis yang berada di lokasi lintas langsung iaitu di PWTC, dan bersama Shajiry Dameri (Melaka), Maya Matahari (Terengganu), Azie (Pulau Pinang) dan Mamat (Sarawak).