Anugerah Juara Lagu ke-13

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Anugerah Juara Lagu 1998)
Lompat ke: pandu arah, cari
Anugerah Juara Lagu ke-13
TV3
Tarikh 6 Disember 1998
Tempat Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam
Pengacara Shamsul Ghau Ghau
Anne Hamid
Tempoh 2 jam
Juara Lagu "Cindai"
nyanyian Siti Nurhaliza
(gubahan: Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah)/
lirik: Hairul Anuar Harun)
 < 1997 Anugerah Juara Lagu 1999 > 

Juara Lagu 1998 ialah pertandingan yang membariskan lagu-lagu Melayu untuk dinobatkan sebagai "Juara Lagu" bagi tahun 1998. Pertandingan ini telah diadakan pada 6 Disember 1998. Disebabkan oleh kegawatan ekonomi pada ketika itu, barang-barang elektrik menjadi hadiah buat para pemenang untuk menggantikan wang tunai. TV3 juga membuat keputusan untuk mengadakan AJL 1998 di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam dan pada waktu petang atas alasan yang sama untuk menjimatkan kos.

Finalis[sunting | sunting sumber]

Sila rujuk di sini untuk peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 13

Kategori Irama Malaysia & Etnik Kreatif[sunting | sunting sumber]

  • "Zapin Yang Tinggal"
    • Nyanyian: Ramlah Ram
    • Gubahan: Herman Tino
    • Penulis: Herman Tino
  • "Dikir Puteri"
    • Nyanyian: Noraniza Idris
    • Gubahan: Pak Ngah
    • Penulis: Hairul Anuar Harun
  • "Firasat"
    • Nyanyian: To'ki
    • Gubahan: To'ki
    • Penulis: To'ki
  • "Cindai"
    • Nyanyian: Siti Nurhaliza
    • Gubahan: Pak Ngah
    • Penulis: Hairul Anuar Harun

Kategori Balada[sunting | sunting sumber]

  • "Wajah Kekasih"
  • "Getaran Cinta di Jiwa"
    • Nyanyian: Liza Hanim
    • Gubahan: Adnan Abu Hassan
    • Penulis: Hani MJ
  • "Puncak Kasih"
    • Nyanyian: Ziana Zain
    • Gubahan: Adnan Abu Hassan
    • Penulis: Maya Sari
  • "Juwita"
    • Nyanyian: Saleem
    • Gubahan: Ajai
    • Penulis: A Zaman

Kategori Pop Rock[sunting | sunting sumber]

  • "Joget Angan Tak Sudah"
    • Nyanyian: Jay Jay
    • Gubahan: Jay Jay
    • Penulis: Keon
  • "Bisikan Asmara"
  • "Bila Resah"
    • Nyanyian: Anuar Zain
    • Gubahan: Aznul Haidi
    • Penulis: Aznul Haidi
  • "Satu Arah"
    • Nyanyian: Kumpulan Kool
    • Gubahan: Zuraini
    • Penulis: Amran Omar & Hairi

Kemenangan[sunting | sunting sumber]

  • Juara Keseluruhan: "Cindai" - (Pak Ngah / Hairul Anuar Harun / Siti Nurhaliza)
  • Juara Kategori
    • Irama Malaysia: "Cindai" - (Pak Ngah / Hairul Anuar Harun / Siti Nurhaliza)
    • Balada: "Puncak Kasih" - (Adnan Abu Hassan / Maya Sari / Ziana Zain)
    • Pop Rock: "Joget Angan Tak Sudah" - (Jay Jay / Keon)
  • Persembahan Terbaik: Noraniza Idris - "Dikir Puteri"

Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Siti Nurhaliza telah bertanding buat ketiga-tiga kategori yang mencerahkan lagi kemungkinan untuk lagu yang dibawanya menang.
  • Komposer Adnan Abu Hassan mencipta rekod tersendiri apabila 3 daripada 4 lagu dalam kategori Balada merupakan ciptaannya. Cuma setiap lagu bergandingan dengan penulis lirik yang berbeza.
  • Gandingan komposer dan penulis lirik Pak Ngah dan Hairul Anuar Harun juga mencatatkan rekod apabila mereka berdua merupakan komposer dan penulis lirik bersama pertama ke Anugerah Juara Lagu dengan 2 lagu. Lebih manis apabila 2 lagu ciptaan mereka bertanding dalam kategori yang sama iaitu Irama Malaysia dengan lagu Cindai dan Dikir Puteri.
  • Anuar Zain dan Ziana Zain yang berentap pada kali ini merupakan adik beradik. Walau bagaimanapun, mereka berdua tidak bertanding pada satu kategori.
  • Tiga lagu daripada kategori balada dicipta oleh Adnan Abu Hassan yang membuka peluang baik untuknya menang.
  • Komposer terkenal, Ajai atau nama sebenarnya Mohd Faizal Maas membuat penampilan sulung beliau menerusi lagu Juwita yang disampaikan oleh penyanyi bersuara emas, Saleem, vokalis kumpulan Iklim.
  • Buat pertama kalinya, tiada kumpulan muzik (band) layak ke Anugerah Juara Lagu.