Anugerah Juara Lagu ke-18

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Anugerah Juara Lagu 2003)
Anugerah Juara Lagu
ke-18
Tarikh28 Disember 2003
TempatStadium Putra Bukit Jalil
PengacaraAznil Nawawi
Sarimah Ibrahim
Tempoh Tayangan3 jam
Juara Lagu"Bunga-bunga Cinta"
  • ← 2002
  • 2004 →
Logo Anugerah Juara Lagu ke-18 2003

Anugerah Juara Lagu 2003 atau Juara Lagu ke-18 adalah pertandingan yang membariskan lagu-lagu Melayu yang akan dinobatkan sebagai Juara Lagu. Anugerah Juara Lagu ke-18 ini diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil dan disiarkan secara langsung melalui penyiar rasmi TV3 dan radio Era FM pada jam 8.30 malam 28 Disember 2003. Acara tersebut menarik minat penonton dengan telatah pengacaranya yang memberikan gurauan nakal dan fakta juara lagu, Aznil Nawawi dan Sarimah Ibrahim.

Anugerah kali ini menyediakan anugerah bagi persembahan terbaik, vokal terbaik, juara kategori serta juara keseluruhan. Persembahan bagi malam tersebut diadili oleh Lukhman S., Lim Swee Tin, Manan Ngah, Juwie, Fauziah Latiff, Wishnutama, M. Nasir, Azmeer dan Ooi Eow Jin yang memperlihatkan kematangan acara pertandingan itu.

Finalis[sunting | sunting sumber]

Untuk melihat senarai semi-finalis untuk Juara Lagu ke-18 , sila lihat Separuh Akhir Muzik Muzik ke-18.

Untuk merujuk senarai penuh finalis sepanjang penganjuran AJL, sila lihat Senarai lagu finalis Anugerah Juara Lagu.

Misha Omar mendendangkan "Bunga-Bunga Cinta" ketika penutup (kelihatan dibelakang Ezlynn dan Waheeda)

Berikut adalah senarai finalis mengikut turutan giliran persembahan yang berentap di AJL ke-18:

Kategori Tajuk Lagu Komposer Penulis Lirik Penyanyi Petikan Album Label Keputusan
Pop Rock "Akustatik" Naza Mohamad (Natazar) Naza Mohamad (Natazar) Kumpulan Old Automatic Garbage (OAG) "Satelit Ink."[1] Universal - EMI / Positive Tone Finalis
Balada "Selagi Ada Cinta" Mohd Faizal Maas (Ajai) Nourul Wahab Depp Ning Baizura "Selagi Ada..." [2] Warner Music Finalis
Irama Malaysia
Etnik Kreatif
"Wassini" Yasin Sulaiman Yasin Sulaiman Waheeda "Wassini" [3] MIG Records Juara Kategori
Pop Rock "Hi Hi Bye Bye" Norman Abdul Halim
Yusry Abdul Halim
Edry Abdul Halim
Norman Abdul Halim
Yusry Abdul Halim
Edry Abdul Halim
Ezlynn "Ehmm.." [4] KRU Music - EMI / KRU Juara Kategori
Balada "Keabadian Cinta" Azlan Abu Hassan Intan Nazrahayu Mohd Nasir (Azalea) [5] Anuar Zain "Anuar Zain - Vol 2" [6] Universal - EMI / Syncrosound Finalis
Irama Malaysia
Etnik Kreatif
"Salsabila" Yasin Sulaiman
Farihin Abdul Fatah 1
Yasin Sulaiman Yasin Sulaiman "Salsabila" [7] Warner Music Finalis
Pop Rock "Ku Milikmu" Zuriani Khalid Zonneveld M. Zulkifly
Siti Nurhaliza
Siti Nurhaliza "E.M.A.S" [8] Suria Records Persembahan Terbaik
Balada "Bunga-bunga Cinta" Adnan Abu Hassan Adnan Abu Hassan Misha Omar "Misha" [9] [10] Sony Music - BMG Juara
Juara Kategori
Vokal Terbaik
Irama Malaysia
Etnik Kreatif
"Tandang Bermadah" Noraniza Idris
Narawi Rashidi (Narawi CD)
Raja Kobat Salehuddin
Noraniza Idris
Noraniza Idris "Aura" [11] Suria Records Finalis
Pop Rock "Percayakan Siti" Azrul Nasir (G-Nola) Rosli Khamis (Loloq) Kumpulan Exists "Seperti Dulu" [12] NAR Records Finalis
Balada "Sinar" Mustafa Din (Mus)
Mohd Nassier Yusof (Abu)
Aiyffa Kumpulan May "Sinar" [13] Nova Music Finalis
Irama Malaysia
Etnik Kreatif
"Hasrat Perindu" Adnan Abu Hassan Nurul Nadira (Kumang) Mas Idayu "1001" [14] Warner Music - EMI / Syncrosound Finalis
  • ↑Nota 1  Farihin Abdul Fattah tidak didaftarkan untuk pertandingan sebagaimana namanya dikreditkan pada penerbitan album "Salsabila"

Persembahan selingan[sunting | sunting sumber]

Sarimah Ibrahim dan Aznil Nawawi sebagai pengacara

Segmen selingan menggabungkan barisan artis terbaik tanah air mempersembahkan lagu-lagu yang tidak pernah mereka dendangkan sebelum ini. Persembahan tersebut amat tidak dijangkakan para penonton dan ternyata ia satu kejutan.

Ratu Rock Ella mendendangkan lagu dangdut, "Rindu" dan "Selamat Tinggal Romeo" malah Ella tetap cuba bergelek seperti Mas Idayu walaupun agak malu dan gemuruh. Bandi dari Kumpulan Amuk pula cuba mengiringi lagu berentak R&B bersama Muix dan Nerves dengan suaranya yang kasar bagi lagu "Tiada Lagi Cinta".

Begitu juga dengan Hazami dan Siti Sarah yang diberi peluang mendendangkan lagu "Joget Kenangan Manis" sementara Dayang Nurfaizah dan Adibah Noor pula menghiburkan penonton dengan lagu ghazal, "Pak Ngah Balik Bulan Mengambang".

Kemenangan[sunting | sunting sumber]

  • Juara Keseluruhan: "Bunga-bunga Cinta" (Adnan Abu Hassan / Adnan Abu Hassan / Misha Omar)
  • Juara Kategori:
    • Irama Malaysia dan Etnik Kreatif: "Wassini" (Yassin / Yassin / Waheeda)
    • Balada: "Bunga-bunga Cinta" (Adnan Abu Hassan / Adnan Abu Hassan / Misha Omar)
    • Pop Rock: "Hi Hi Bye Bye" (KRU / KRU / Ezlynn)

Untuk merujuk senarai penuh juri-juri yang pernah dilantik sepanjang penganjuran AJL, sila lihat Senarai Jemaah Juri Anugerah Juara Lagu.

Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Adnan Abu Hassan mengulangi kejayaan sama yang pernah diraih pada AJL 1996
  • Misha menjadi artis ke 2 menang Juara Lagu menerusi lagu dari album debut selepas Siti Nurhaliza pada 1996. Lebih menarik lagi, lagu Bunga-bunga Cinta merupakan lagu pertama yang dirakamkan beliau ketika pengenalan single debut. Lagu ini asalnya dimuatkan dalam album kompilasi Pasti Hits - Adnan vs Azlan
  • Kesemua pemenang merupakan penyanyi baru kecuali Siti Nurhaliza.
  • Kali ini, Siti Nurhaliza cuma satu anugerah sahaja (persembahan terbaik). Selama penyertaan beliau dalam Anugerah Juara Lagu, beliau mesti memperoleh lebih satu anugerah sejak AJL 1996.
  • Mus daripada kumpulan May menyertai AJL dalam tiga dekad berasingan tetapi dengan mewakili dua artis berlainan iaitu May di era 80an dan edisi ini di era 2000an, manakala di era 90an, beliau pernah menyanyi untuk Kumpulan Wings. Rekod penyanyi solo atau vokalis yang bertanding di tiga dekad berturut-turut bagaimanapun dicipta oleh penyanyi Rohana Jalil pada edisi ke-20.
  • Buat kali pertama, dalam sejarah penganjurannya, Anugerah Juara Lagu ke-18 memberi peluang 100% kepada penonton untuk mengundi pemenang bagi kategori Persembahan Terbaik.
  • Juga merupakan kali pertama AJL dibuat di stadium berkapasiti besar iaitu di Stadium Putra Bukit Jalil (sebelum ini di Dewan Merdeka PWTC pada AJL1, AJL3-AJL6, AJL8-AJL12, AJL17, AJL20, AJL31 & AJL36, Auditorium Besar Angkasapuri (AJL2), Dewan San Choo Wisma MCA (AJL7), Sri Pentas 2 Plaza Alam Sentral (AJL13) dan Auditorium MBSA Shah Alam (AJL14, 15, 16 & 35).
  • Ini juga kali pertama peminat boleh membeli tiket untuk menyaksikan AJL secara langsung.