Anugerah Juara Lagu ke-30

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Anugerah Juara Lagu 2015)
Anugerah Juara Lagu
ke-30
Tarikh24 Januari 2016
TempatStadium Melawati, Shah Alam
PengacaraAG Selamat dan Fara Fauzana
Tempoh Tayangan3 jam
Juara Lagu"Potret"
  • ← ke-29
  • ke-31 →


Anugerah Juara Lagu ke-30 (AJL30) merupakan konsert dan majlis penghargaan tahunan bagi karya muzik Malaysia yang diperkumandangkan dalam carta Muzik Muzik TV3 musim 2015. Acara ini bertemakan "Kegemilangan dan Kemeriahan 30 tahun AJL" bersempena dengan ulang tahun penganjuran acara ke-30 yang mencipta fenomena.[1] Seperti tahun lepas, acara tahun ini juga ditaja oleh produk kosmetik tempatan Pamoga dan Qu Puteh.

Lagu "Potret" nyanyian Akim & The Majistret (ciptaan Hang Nadim dan lirik oleh Karma Empayar) mengungguli Anugerah Juara Lagu Ke-30 (hadiah RM50,000 + trofi).[2] Persembahan Terbaik juga milik Akim & The Majistret (hadiah RM12,000 + trofi) manakala lagu "Assalamualaikum" (Faizal Tahir, Mike Chan, Omar K, Ezra Kong & Audi Mok) dan "Hanya Namamu" (Edry Abdul Halim) masing-masing memenangi tempat kedua (hadiah RM35,000 + trofi) dan tempat ketiga (hadiah RM20,000 + trofi). Dayang Nurfaizah sekali lagi menerima anugerah Vokal Terbaik bagi lagu "Tak Pernah Menyerah" dengan hadiah tunai bernilai RM12,000 beserta trofi untuk 2 tahun berturut turut

Separuh Akhir Muzik Muzik[sunting | sunting sumber]

Setelah selesai program mingguan carta Muzik Muzik 30, acara Separuh Akhir Muzik Muzik 30 diadakan selama tiga pusingan (22 November,29 November dan 6 Disember 2015) bagi memilih 12 lagu yang layak ke AJL daripada 30 buah lagu yang telah terpilih.

Festival Anugerah Juara Lagu[sunting | sunting sumber]

Dua minggu sebelum malam anugerah, TV3 telah mengadakan Festival Anugerah Juara Lagu 30 pada 9 Januari 2016 yang bertempat di Dataran 1 Malaysia, Pantai Klebang, Melaka. Pelbagai aktiviti yang menarik serta jemputan artis kepada pengunjung dan pada sebelah malam pula akan berlangsungnya konsert kemuncak festival yang turut menampilkan penyanyi seperti Drama Band ,Noraniza Idris, Rahmad Mega, Kaka Azraff, Dayang Nurfaizah, Nash, dan Bunkface sebagai tanda penghargaan untuk mengimbau kembali zaman kegemilangan AJL yang lepas.[3]

Finalis[sunting | sunting sumber]

Untuk melihat senarai semi-finalis untuk Juara Lagu ke-30, sila lihat Separuh Akhir Muzik Muzik 30.

Untuk merujuk senarai penuh finalis sepanjang penganjuran AJL, sila lihat Senarai lagu finalis Anugerah Juara Lagu.

Berikut adalah senarai finalis mengikut turutan giliran persembahan yang berentap di AJL ke-30:

Giliran Tajuk Lagu Komposer Penulis Lirik Penyanyi Petikan Album Label Keputusan
1 "Malam Ini Kita Punya" Shamsul Annuar Mohd Baharom (Sam Baharom) Kumpulan Bunkface "Malam Ini Kita Punya" Sony Music - Bunkface Productions Finalis
2 "Angin Kencang" Muhammad Noh Salleh Noh Salleh "Angin Kencang" [4] Sony Music - Noh Phrofile
3 "Assalamualaikum" Omar Khan Rahmattullah Khan (Omar K)
Ezra Kong
Mok Chuang Yew (Audi Mok)
Mike Chan
Faizal Tahir
Faizal Tahir [5] ;
kemudian dimuatkan dalam "Anatomi" (2016) [6]
Warner Music - Faithful Music Naib Juara
4 "Bukan Hal Aku" Iman Ishak (The Good Fellas) Iman Ishak (The Good Fellas)
Alif Abdullah (Alyph)
Kaka Azraff menampilkan Kumpulan Sleeq [7] Warner Music - Uprising Entertainment Finalis
5 "Sampai Mati" Omar Khan Rahmattullah Khan (Omar K)
Mok Chuang Yew (Audi Mok)
Hazama Azmi [8] NOVA Muzik - Astro Entertainment
6 "Hanya NamaMu" Edry Abdul Halim Kumpulan Caliph Buskers [9] KRU Records - Music Unlimited Ketiga
7 "Knock Knock" Faizal Tahir
Mike Chan
Faizal Tahir Elizabeth Tan [10] Warner Music - Faithful Music Finalis
8 "Biarkanlah" Noor Syaiful bin Mohd. Zalaludin (Aepul Roza)
Ammar Habir
Daus SRK
Faeez Halim
Kumpulan Drama Band [11] Indigital Music
9 "Not For Sale" Omar Khan Rahmattullah Khan (Omar K)
Mike Chan
Omar Khan Rahmattullah Khan (Omar K)
Mike Chan
Ahmad Abdul Rahman (Altimet)
Stacy Anam
Altimet
"#1" [12] Warner Music - Astro Entertainment
10 "Mana Mungkin" Mohd Faizal Maas (Ajai) Black Hanifah [13] Monkey Bone
11 "Potret" Akim Ahmad (Hang Nadim) Afham Zulhusmi Ahmad (Kamar Empayar) Akim Ahmad dan
Kumpulan The Majistret
"Patriot" [14] NOVA Muzik - Astro Entertainment Juara
Persembahan Terbaik
12 "Tak Pernah Menyerah" Akid Fauzi Fauzi Samad (Poji Samad) Dayang Nurfaizah [15];
kemudian dimuatkan dalam "Dayang Nurfaizah" (2017) [16]
Indigital Music - DN&AD Vokal Terbaik

Pemenang[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-01-27. Dicapai pada 2016-01-18.
  2. ^ Potret juara AJL-30[pautan mati kekal]
  3. ^ "'Pemanas' menjelang AJL30". Dicapai pada 2016-01-16.
  4. ^ https://www.discogs.com/Noh-Salleh-Angin-Kencang/release/6864402
  5. ^ https://music.apple.com/us/album/assalamualaikum/941319596?i=941319610
  6. ^ https://music.apple.com/us/album/anatomi-remastered/1164169860
  7. ^ https://music.apple.com/au/album/bukan-hal-aku-feat-sleeq-single/977906438
  8. ^ https://music.apple.com/au/album/sampai-mati/976495530?i=976495689
  9. ^ https://music.apple.com/au/album/hanya-namamu/979594963?i=979594964
  10. ^ https://music.apple.com/au/album/knock-knock-single/942533217
  11. ^ https://music.apple.com/au/album/biarkanlah-single/1031347821
  12. ^ https://music.apple.com/sg/album/1/890140603
  13. ^ https://music.apple.com/au/album/mana-mungkin/1395825268?i=1395825271
  14. ^ https://music.apple.com/my/album/patriot/1015285286?l=ms
  15. ^ https://music.apple.com/au/album/tak-pernah-menyerah-single/1031346865
  16. ^ https://www.discogs.com/Dayang-Nurfaizah-Dayang-Nurfaizah/release/10128176

Pautan luar[sunting | sunting sumber]