Anugerah Juara Lagu ke-15

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Anugerah Juara Lagu ke-15
TV3
Tarikh 19 November 2000
Tempat Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, Shah Alam
Pengacara Aidil Abd. Ghafar
Zalina Azman
Tempoh 2 jam 30 minit
Juara Lagu "Balqis"
nyanyian Siti Nurhaliza
(gubahan: Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah)/
lirik: Hairul Anuar Harun)
 < 1999 Anugerah Juara Lagu 2001 > 

Anugerah Juara Lagu 2000 atau AJL 2000 adalah pertandingan yang membariskan lagu-lagu Melayu yang akan dinobatkan sebagai Juara Lagu. Anugerah Juara Lagu ke-15 ini diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Shah Alam dan disiarkan secara langsung melalui penyiar rasmi TV3 dan radio THR pada 19 November 2000. Seperti AJL 1998 dan AJL 1999, AJL 2000 diadakan awal kerana menghormati umat Islam yang menyambut Ramadhan dan Aidilfitri pada bulan Disember.

AJL 2000 membawakan cogankata "Andai dipisah lagu dan irama...".

Finalis[sunting | sunting sumber]

Untuk melihat senarai semi-finalis untuk Anugerah Juara Lagu ke-15, sila lihat Separuh Akhir Muzik Muzik ke-15.

Untuk merujuk senarai penuh finalis sepanjang penganjuran AJL, sila lihat Senarai lagu finalis Anugerah Juara Lagu.

Berikut adalah senarai finalis mengikut turutan giliran persembahan yang berentap di AJL ke-15:

Kategori Tajuk Lagu Komposer Penulis Lirik Penyanyi Petikan Album Label Keputusan
Pop Rock "Sha Na Na" Amy Mastura "Bintang Hati"[1] Sony Music Finalis
Balada "Nian Di Hati" Azhar Abu Bakar (Azmeer) Mohd Azam Sulong (Azam Dungun) Siti Nurhaliza "Pancawarna" [2] Suria Records
Irama Malaysia "Ngajat Tampi" Rosli Md Kasa (Rosli Selasih) Syed Indera Syed Omar (Siso) Noraniza Idris "Bekaba" [3] Persembahan Terbaik
Pop Rock "Impian Realiti" Aubrey Suwito Syafinaz Selamat "Ingin Bersamamu" [4] Universal - EMI Finalis
Balada "Kau Kekasihku" Mohd Faizal Maas (Ajai) Rohayah Daud (Alam Maya) [5] Siti Nurhaliza "Pancawarna" [6] Suria Records Juara Kategori
Irama Malaysia "Tinting" Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah) Hairul Anuar Harun Noraniza Idris "Bekaba" [7] Finalis
Pop Rock "Melodi Hati" Syed Zahiruddin Wan Ahmad (Syed ENV) [8] Syed Zahiruddin Wan Ahmad (Syed ENV) [9] Shawn Baharin "Melodi Hati" [10] Sony Music - BMG / Aneka Seni
Balada "Pasrah" Saari Amri Omar Kamaruddin (Yusof Kelana) Erra Fazira "Kini" [11] Sony Music
Irama Malaysia "Balqis" Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah) Hairul Anuar Harun Siti Nurhaliza "Sahmura" [12] Suria Records Juara
Juara Kategori
Pop Rock "Bintang Hati" Goh Boon Hoe Amran Omar Amy Mastura "Bintang Hati"[13] Sony Music Juara Kategori
Balada "Impian Cinta" Mohd Razak Abdul Rahman (Ajak) Rem Kassim "Impian Cinta" [14] Warner Music Finalis
Irama Malaysia "Cepat Kaya" Azhar Abu Bakar (Azmeer) Azira
Wahid Mohamad
Azlee Jaafar
Kumpulan Senario "Senario 3: Seantero" [15] Universal - Monkey Bone / Ambang Klasik

Pemenang[sunting | sunting sumber]

  • Juara Lagu: "Balqis" (Siti Nurhaliza/Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah)/Hairul Anuar Harun)
  • Juara Kategori:
    • Etnik Kreatif: "Balqis" (Siti Nurhaliza/Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah)/Hairul Anuar Harun)
    • Balada: "Kau Kekasihku" (Siti Nurhaliza/Ajai/Alam Maya)
    • Pop Rock: "Bintang Hati" (Amy Mastura/Goh Boon Hoe/Amran Omar)

Jemaah Juri[sunting | sunting sumber]

Untuk merujuk senarai penuh juri-juri yang pernah dilantik sepanjang penganjuran AJL, sila lihat Senarai Jemaah Juri Anugerah Juara Lagu.

Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Muzik Tema AJL VOL III kedengaran pada edisi kali ini.
  • 2 bekas pemenang Juara Lagu iaitu Jamal Abdillah & Fauziah Latiff bergabung tenaga menyanyinya lagu-lagu klasik iaitu Gelora, Senandung Kasih & Anakku Sazali untuk segmen selingan sebelum keputusan diumumkan. Turut ditampilkan dalam persembahan tersebut ialah aktor Jalaluddin Hassan & Hani Mohsin.
  • Kemenangan Juara Lagu kali ketiga buat Siti Nurhaliza selepas berjaya pada 1996 dan 1998. Ini menjadikan beliau dan M. Nasir sebagai pemegang rekod sebagai penyanyi untuk pemenang Juara Lagu terbanyak iaitu sebanyak tiga kali (M. Nasir pernah memenang gelaran Juara Lagu pada tahun 1994, 1997 dan 1999).
  • Amy Mastura merupakan penyanyi wanita yang pertama memenangi kategori pop rock setelah pernah tewas sebelum ini menerusi kategori yang sama menerusi lagu Meniti Hari. Pada tahun 1995, Ning Baizura sepatutnya bertanding untuk lagu beliau, "Kau dan Aku" tetapi telah digantikan oleh kumpulan KOOL yang akhirnya menang.
  • Kemenangan Persembahan Terbaik kali ketiga buat Noraniza Idris selepas berjaya pada 1998 (Dikir Puteri) & 1999 (Dondang Dendang). Ini menjadikan beliau artis pertama dalam sejarah AJL yang berjaya mencipta 'hatrik' iaitu menang di dalam kategori Persembahan Terbaik 3 tahun berturut-turut.
  • Kemenangan Siti Nurhaliza menerusi lagu Balqis juga meletakkan beliau sebagai pencipta 'hatrick' untuk kemenangan dalam kategori yang sama (Irama Malaysia/Etnik Kreatif) untuk tiga tahun berturut-turut. Bezanya kemenangan beliau pada AJL 99 (kemenangan berdua) adalah menerusi duet lagu Hati Kama bersama Noraniza Idris namun masih dikira sebagai 'hatrik'.
  • Komposer Pak Ngah dan penulis lirik Hairul Anuar Harun berjaya mencipta 'hatrik' menerusi Etnik Kreatif sejak Juara Lagu 1998.
  • Anugerah Juara Lagu 2000 juga menyaksikan buat pertama kalinya 3 orang artis layak ke pentas akhir dengan 2 buah lagu dalam satu kategori iaitu :
    • Siti Nurhaliza - Kategori Balada - ("Kau Kekasihku" & "Nian di Hati")
    • Noraniza Idris - Kategori Irama Malaysia/Etnik Keratif - ("Tinting" & "Ngajat Tampi")
    • Amy Mastura - Kategori Pop Rock - ("Bintang Hati & Sha Na Na")
  • Pak Ngah atau nama sebenar beliau Suhaimi Md.Zain muncul sebagai komposer dan penulis lirik Hairul Anuar Harun merupakan gandingan pertama yang layak ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu selama tiga tahun berturut-turut menerusi lebih dari sebuah lagu ciptaan mereka berdua.
  • Tiada kumpulan muzik (band), ini merupakan kali ketiga berturutan sejak Juara Lagu 1998.
  • Kumpulan Senario merupakan satu-satunya kumpulan pelawak Malaysia yang pernah layak menyertai pertandingan akhir Juara Lagu, pada edisi kali ini & kali ke-2 pada AJL 21 2006.
  • Komposer terkenal, Ajai merangkul anugerah pertama beliau sebagai komposer lagu melalui lagu "Kau Kekasihku" oleh Siti Nurhaliza.
  • Juri profesional yang mengadili pertandingan ini ialah penulis novel Khadijah Hashim, penyanyi dan komposer M. Nasir, penulis lirik Habsah Hassan, komposer Johan Nawawi, pemuzik dan penulis lagu puisi Zubir Ali, pemuzik Freddie Fernandes dan ketua juri , pemuzik Johari Salleh. Juruaudit oleh MRCB pula ialah Puan Zuraidah Atan.