Anugerah Juara Lagu ke-29

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Anugerah Juara Lagu ke-29
TV3
Tarikh 18 Januari 2015
Tempat Stadium Putra Bukit Jalil
Pengacara AG Selamat dan Scha Al-Yahya
Juara Lagu Apa Khabar
nyanyian Joe Flizzow & Sonaone
(gubahan: Mikael Adam Lozach/
lirik: Johan Ishak)
 < ke-28 Anugerah Juara Lagu ke-30 > 

Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL29) merupakan konsert dan majlis penghargaan tahunan bagi karya muzik Malaysia yang diperkumandangkan dalam carta Muzik Muzik TV3 musim 2014. Adalah diumumkan bahawa tema AJL29 adalah “Gema dalam Muzik” iaitu "kembali kepada elemen asas dan intipati sesebuah muzik."[1][1] Hadiah bagi pemenang juga ditingkatkan dari tahun lepas, iaitu RM50,000 beserta trofi untuk Juara Lagu, RM35,000 untuk naib juara dan RM20,000 untuk tempat ketiga. Pemenang Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik juga masing-masing menerima hadiah RM20,000.[1]

Lagu "Apa Khabar" ciptaan Mikail Lozach (SonaOne) dan Johan Ishak (Joe Flizzow) nyanyian Joe Flizzow dan Sonaone mengungguli Anugerah Juara Lagu Ke-29 manakala lagu "Masih Aku Cinta" (Shila Amzah) dan "Di Pintu Syurga" (Tam Mustafah / Rudy Imran) masing-masing memenangi tempat kedua dan tempat ketiga. Buat kali kedua, penyanyi gantian memenangi kategori Persembahan Terbaik apabila sekumpulan pemuzik jalanan berstatus kelainan upaya (OKU), Caliph Buskers membuat persembahan lagu "RomanCinta" bersama kumpulan Mojo dengan Azmi Saat (vokalis) menggantikan Aweera (vokalis asal) yang tidak dapat membuat persembahan berikutan krisis pertukaran vokalis. Hal ini menimbulkan isu dimana Aweera merasakan bahawa Edry Abdul Halim hanya meminta simpati pihak AJL untuk memenangi persembahan terbaik dengan penggunaan penyanyi (OKU). Malah, majoriti penonton AJL juga berpendapat bahawa persembahan Stacy "Gilalah" yang meriah dan dihangatkan dengan bola lantun selayaknya memenangi anugerah persembahan terbaik. Untuk rekod lagu rap, rapper RJ pernah memenangi anugerah ini ketika mewakili Malique Ibrahim untuk lagu "Teman Pengganti" pada tahun 2012. Caliph Buskers juga telah trending di Twitter selepas persembahan mereka.[2] Vokal Terbaik pula dimenangi oleh penyanyi berpengalaman, Dayang Nurfaizah menerusi lagu "Di Pintu Syurga". Ini penyertaan lagu keempat Dayang setelah bertanding dalam dua edisi sebelum ini manakala komposer Tam Mustafah merupakan bekas pemenang AJL 19, 10 tahun lalu dengan lagu "Relaku Pujuk". Acara tahun ini ditaja oleh produk kosmetik tempatan Pamoga dan Qu Puteh[3].

Anugerah Juara Lagu[sunting | sunting sumber]

Majlis Anugerah Juara Lagu ke-29 diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil pada 18 Januari 2015.

  • Pembukaan oleh Kumpulan Kembara ("Hati Emas") dan M. Nasir ("Mentera Semerah Padi")
  • Selingan Separuh Masa oleh Finalis Mentor Legend ("Ku Mohon") - untuk bencana banjir 2014
  • Selingan Interlud oleh Kumpulan Headwind ("Memori Luka", "Suraya", "Segalanya Mungkin")

Finalis[sunting | sunting sumber]

Untuk melihat senarai semi-finalis untuk Juara Lagu ke-29, sila lihat Separuh Akhir Muzik Muzik 29.

Untuk merujuk senarai penuh finalis sepanjang penganjuran AJL, sila lihat Senarai lagu finalis Anugerah Juara Lagu.

Berikut adalah senarai finalis mengikut turutan giliran persembahan yang berentap di AJL ke-29:

Giliran Tajuk Lagu Komposer Penulis Lirik Penyanyi Petikan Album Label Keputusan
1 "Malaikat" Omar Khan Rahmattullah Khan (Omar K)
Hazama Azmi
Mike Chan
Hazama Azmi
Kumpulan The Penglipurlara
[4] Warner Music - Astro Entertainment Finalis
2 "Percayalah" Zulkifli Majid (Aiman) Mohd Atlas Indah Ruhaila "AF2013" [5][6] Warner Music - Astro Entertainment
3 "Sesal Separuh Nyawa" Nik Aidil Zamri
Alfi Alwi
Shah Shamsiri
Hasliah Hasan (Alyah)
Alyah [7]; Sony Music - Like Music Sdn Bhd
4 "Gadis Jolobu" Farwa De Attaher Emir (DJ Fuzz) Muzammil Alias (W.A.R.I.S)
Shukri Shahbuddin (Hattan)
Muzammil Alias (W.A.R.I.S)
Hattan
"Rembau Most Wanted" [8] Universal Music - Rusa Music
5 "Romancinta Edry Abdul Halim Kumpulan Mojo (vokalis Aweera digantikan oleh Kumpulan Caliph Buskers) [9];
kemudian dimuatkan dalam "Nada" (2015)[10]
KRU Records Persembahan Terbaik
6 "Rentak Laguku" Shamsul Annuar Mohd Baharom (Sam Baharom) Kumpulan Bunkface
Amy
"Malam Ini Kita Punya" Sony Music - Bunkface Productions Finalis
7 "Apa Khabar" Mikael Adam Lozach (SonaOne) Johan Ishak (Joe Flizzow) Joe Flizzow
SonaOne
"Havoc" [11] Sony Music - Kartel Records Juara
8 "Gilalah" Omar Khan Rahmattullah Khan (Omar K)
Mike Chan
Stracie Angie Anam (Stacy) Stacy Anam "#1" [12] Warner Music - Astro Entertainment Finalis
9 "Di Pintu Syurga" Rustam Mustafah (Tam) Rudy Imran Shamsuddin (Iman Imran) Dayang Nurfaizah [13];
kemudian dimuatkan dalam "Dayang Nurfaizah" (2017) [14]
Indigital Music - DN&AD Ketiga
Vokal Terbaik
10 "Matahari" Mohd Faizal Maas (Ajai) Farid Abdul Jalal (Transformer Melayu) [15] Hafiz Suip "Luahan Hati Anak Seni" [16] Warner Music - Astro Entertainment Finalis
11 "Lelaki" Yunalis Zarai
Mohd Hezry Mohd Hafidz (AG Coco)
Yunalis Zarai Yuna Zarai (diganti oleh Najwa Mahiaddin)
Kumpulan The Palauan
[17];
kemudian dimuatkan dalam "Material" (2015) [18]
Fantasia Music City - Yuna Room Records
12 "Masih Aku Cinta" Nurshahila Amir Hamzah (Shila Amzah) Shila Amzah "Shila Amzah" [19] Warner Music - Urustabil / Shila Amzah Entertainment Naib Juara

Pemenang[sunting | sunting sumber]

  • Juara Lagu - "Apa Khabar" - Mikail Lozach & Johan Ishak (Joe Flizzow & Sonaone)
  • Naib Juara Lagu - "Masih Aku Cinta" - Nurshahila Amir Hamzah (Shila Amzah)
  • Tempat Ketiga -"Di Pintu Syurga" - Tam Mustafah / Rudy Imran (Dayang Nurfaizah)
  • Vokal Terbaik - "Di Pintu Syurga" - Dayang Nurfaizah
  • Persembahan Terbaik - "Romancinta" - Mojo & Caliph Buskers

Jemaah Juri[sunting | sunting sumber]

  • Azmeer (Ketua Juri)
    • Mokhzani Ismail
    • Murali Dharan "Moots!" Marimuthu
    • Monoloque
    • Acis
    • Azlan Abu Hassan
    • Cat Farish
    • Siti Nurhaliza
    • Faizal Tahir
    • Aubrey Suwito

Untuk merujuk senarai penuh juri-juri yang pernah dilantik sepanjang penganjuran AJL, sila lihat Senarai Jemaah Juri Anugerah Juara Lagu.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Anugerah Juara Lagu Ke-29 (AJL29)". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 2015-01-15.
  2. ^ http://m.www.astroawani.com/news/show/caliph-buskers-trending-selepas-ajl-52410
  3. ^ http://www.bharian.com.my/node/30109
  4. ^ https://music.apple.com/my/album/malaikat-malaikat-single/959829867?l=ms
  5. ^ https://music.apple.com/vn/album/af-2013/828940543
  6. ^ http://khazanah-muzik.blogspot.com/2013/12/va-af-2013.html
  7. ^ https://www.youtube.com/watch?v=XTnd_jfkC4I
  8. ^ https://open.spotify.com/album/542tywQpu67y5dLxT0VDoM
  9. ^ https://www.youtube.com/watch?v=m3h0gf_MaJs
  10. ^ https://www.discogs.com/Mojo-Nada/release/12288348
  11. ^ https://www.discogs.com/Joe-Flizzow-Havoc/release/8308935
  12. ^ https://music.apple.com/sg/album/1/890140603
  13. ^ https://www.youtube.com/watch?v=9lcRNmI7rT8
  14. ^ https://www.discogs.com/Dayang-Nurfaizah-Dayang-Nurfaizah/release/10128176
  15. ^ https://www.youtube.com/watch?v=q08HjOczkvA&list=PLaXOt0nSNIuboImt_1EUjZ4dGmmqAVuts&index=26
  16. ^ https://www.discogs.com/Hafiz-Suip-Luahan-Hati-Anak-Seni/release/11414239
  17. ^ https://music.apple.com/my/album/lelaki-single/785239154?l=ms
  18. ^ https://www.discogs.com/Yuna-Material/release/7268500
  19. ^ https://music.apple.com/sg/album/shila-amzah-ep/766229294

Pautan luar[sunting | sunting sumber]