Pergi ke kandungan

Anugerah Juara Lagu ke-35

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anugerah Juara Lagu
Ke-35
Tarikh14 Mac 2021
TempatAuditorium MBSA,
Shah Alam
TajaanMcDonald's
PengacaraSherry Alhadad
Awal Ashaari
Haziq Hussni
(Karpet Merah)
PenerbitPrimeworks Studios
Ketua JuriDatuk Mokhzani Ismail
PengarahAubrey Suwito
Tempoh Tayangan180 minit
Juara Lagu"Gila"
Nyanyian: Kaka Azraff, Loca B dan Noki K-Clique
Muzik: Loca B, Noki K-Clique & Ezra Kong
Lirik: Loca B, Noki K-Clique & Ezra Kong
Sorotan
Persembahan TerbaikZizi Kirana ("Eh")
Vokal TerbaikErnie Zakri ("Gundah")

Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) merupakan konsert dan majlis penghargaan tahunan bagi karya muzik Malaysia yang dikumandangkan dalam carta Muzik Muzik TV3 musim 2020. Program ini akan dihoskan oleh Awal Ashaari, Haziq Hussni dan Sherry Alhadad bagi slot utama, manakala Muaz Mohamed dan Sissy Imann akan mengendalikan segmen karpet merah dan 'Lounge AJL35'.[1] Lagu “Gila” ciptaan Noki, Loca B dan Ezra Kong telah diangkat sebagai pemenang Juara Lagu bagi edisi ke-35.

Separuh Akhir Muzik Muzik

[sunting | sunting sumber]

Sebanyak 30 buah lagu telah layak ke peringkat separuh akhir hasil daripada undian peminat di Carta Mingguan dan dinilai oleh juri professional.[2] Bagi pentas akhir pertandingan Juara Lagu ke-34, sebanyak 12 lagu telah terpilih daripada tiga pusingan separuh akhir yang telah berlangsung pada 20, 21 November dan 15 Disember 2020.[3][4]

Krisis Penjurian

[sunting | sunting sumber]

Peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 35 mencetuskan kontroversi apabila keputusan 12 lagu yang mara ke peringkat akhir tidak menepati ramalan peminat apabila dua lagu paling popular pada tahun 2020 iaitu Sakit (Yonnyboii/Zynakal) dan Sembah (Naim Daniel) tidak terpilih. Ketua juri, Azmeer dalam satu kenyatan menjelaskan pemilihan lagu ke peringkat akhir tidak mengambil kira nyanyian penyanyi mahupun populariti lagu,[5] bercanggah dengan kenyataan beliau dalam edisi sebelumnya apabila nyanyian dikatakan sebagai salah satu elemen penting penjurian.[6] Lagu Sembah pula dikatakan tidak layak kerana elemen penampilan muzik oleh gitaris Man Kidal dikatakan menenggelamkan vokal Naim.[7] Pertikaian ini juga menyebabkan wujud ura-ura yang mengatakan bahawa Sakit tidak layak ke final kerana masalah disiplin.[8] Selain mendapat kecaman warganet, beberapa artis senior seperti Dato' Hattan,[9] Dato' AC Mizal,[10] Joe Flizzow,[11] usahawan Dato Seri Vida,[12] dan ramai lagi meluahkan kekesalan atas ketidaktelusan penjurian AJL dan menyeru barisan juri AJL digantikan dengan pengkarya yang mewakili generasi muda dan bersifat telus. Warganet juga menyeru supaya penjurian AJL lebih bersifat telus, tanpa ada sebarang campur tangan produksi mahupun pilih kasih.[13] Sementara itu pengarah drama terkenal Shahrulezad Mohammedin pula menasihatkan artis supaya tidak bertanding jika merasakan penjurian adalah tidak adil.[14]

Ironinya, lagu Sakit merupakan lagu yang paling banyak distrim pada tahun 2020 dan diiktiraf oleh Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) menerusi Carta RIM,[15] sekaligus tidak menafikan impak besar lagu tersebut yang sememangnya menjadi siulan ramai. Sementara itu, komposer dan penyanyi Hael Husaini terpaksa berdepan kecaman dan wasangka warganet apabila didakwa memborong kek lumut yang dijual oleh penerbit Muzik-Muzik yang mana hal ini menurut warganet telah menimbulkan konflik kepentingan ekoran tiga lagunya layak ke peringkat akhir dan seringkali menjadi pilihan juri sejak edisi ke-32.[16] Penerbit Muzik-Muzik, Nurhul Huda Khalid menegaskan pihak produksi tidak akan tunduk kepada kecaman warganet malah menegaskan barisan juri separuh akhir adalah yang terbaik,[17] biarpun diakui kontroversi penjurian AJL kali ini merupakan yang paling buruk sejak AJL ke-17[18]. Biarpun gagal, lirik lagu "Sakit" diangkat sebagai rujukan dalam kertas model peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2021 oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia sekaligus memberi tamparan hebat kepada jemaah juri yang tersilap menilainya [19].

Perjanjian perundangan "Aku Janji"

[sunting | sunting sumber]

Pasukan produksi Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL 35) mengharapkan pertandingan tersebut akan berlangsung tanpa sebarang kontroversi seperti tahun lalu (AJL34) serta mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku dan akan memastikan semua finalis mengikut garis panduan yang ditetapkan. Justeru, penganjuran AJL kali ini akan dikendalikan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ketat, dan finalis AJL35 diwajibkan menandatangani aku janji yang telah disediakan oleh Jabatan Perundangan syarikat agar tidak menonjolkan elemen yang boleh mencetuskan kontroversi dalam persembahan.[20][21]

Penajaan dan Kerjasama

[sunting | sunting sumber]
Penaja Utama Penaja Bersama Rakan Penaja Rakan Media
  • Radio Rasmi
  • Rakan Digital
    • Oh Bulan!
    • Xtra.com.my
    • Senang Terhibur

Memandangkan AJL 35 berlangsung ketika Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020-21, Media Prima mendapat kebenaran dan kerjasama daripada beberapa badan kerajaan dan swasta dalam mengelola acara berdasarkan "Standard Operation Procedure" yang telah ditetapkan

Persembahan Selingan

[sunting | sunting sumber]
Artis Persembahan
Ella, Naim Daniel & Yonnyboii "Gemilang"
Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Siti Nordiana & Tuju K-Clique "#BaikSemula"
Akim & The Majistret & Misha Omar "Potret x Sampai Bila"
Hazama & The Penglipur Lara & Ziana Zain "Relakan Jiwa x Madah Berhelah"
Hujan & Dayang Nurfaizah "Aku Skandal x Dayang Sayang Kamu"

Senarai finalis

[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah senarai finalis yang layak ke pentas AJL35, mengikut giliran persembahan.[22][23]

No Tajuk Lagu Komposer Penulis Lirik Penyanyi Petikan Album Label
1 "Eh" Navigator & Zizi Kirana Zizi Kirana & Mambang[24] Zizi Kirana ▷[25] Warner Music - Web TV Asia
2 "7 Nasihat" Kmy Kmo & Luca Sickta Kmy Kmo, Luca Sickta & Shiha Zikir (menggantikan Dato' Sri Siti Nurhaliza) "ManifestaSITI2020" [26] Universal Music- SNP
3 "Hati" Ezra Kong & Hael Husaini Hael Husaini ▷[27] Rocketfuel Entertainment
4 "Jangan Khianati Aku" Dark[28] Azlan & Typewriter ▷[29] Indigital Music
5 "Belenggu Rindu" Ezra Kong & Hael Husaini Wany Hasrita & Dato' Jamal Abdillah ▷[30] Fantasia Music City
6 "Kau Sakiti" Ezra Kong, Faizal Tahir, Mike Chan, Romeo & Mage Amir Masdi ▷[31] Warner Music - Faithful Music
7 "Semalam" Aina Abdul ▷[32] △ - Mekar Jaya Ent
8 "Peluang Kedua" MFMF & Hael Husaini Nabila Razali ▷[33] Universal Music- Nabila Razali Entertainment
9 "Hutang" Zai Hamzah Achoi Floor 88[34] Floor 88 ▷[35] Rusa Music
10 "Gundah" Sharon Paul & Ernie Zakri Ernie Zakri ▷[36] Rocketfuel Entertainment
11 "Aku Bidadari Syurgamu" Ippo Hafiz Siti Rosmizah Aishah (menggantikan Dato' Sri Siti Nurhaliza) "ManifestaSITI2020" [37] Universal Music - SNP, MVM Music
12 "Gila" Ezra Kong, Noki & Loca B Kaka Azraff, Noki & Loca B ▷[38] Warner Music - Black Hat Cat

Keputusan

[sunting | sunting sumber]
Keputusan Penuh Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL 35)
Anugerah Kedudukan Judul Lagu Komposer Penulis Lirik Penyanyi Ganjaran/Hadiah
Juara Lagu Juara "Gila" Ezra Kong, Noki & Loca B Kaka Azraff, Noki & Loca B RM 50,000 dan trofi
Naib Juara "Semalam" Aina Abdul RM 35,000 dan trofi
Tempat Ketiga "Belenggu Rindu" Ezra Kong & Hael Husaini Wany Hasrita & Dato' Jamal Abdillah RM 20,000 dan trofi
Vokal Terbaik "Gundah" Sharon Paul & Ernie Zakri Ernie Zakri RM 12,000 dan trofi
Persembahan Terbaik "Eh" Navigator & Zizi Kirana Mambang & Zizi Kirana Zizi Kirana RM 12,000, trofi dan baucar McDonald's selama setahun

Jemaah Juri

[sunting | sunting sumber]
  1. Datuk Syafinaz Selamat
  2. Ajai
  3. Helen Yap
  4. Lukman Abdul Kadir
  5. Dato' Acis
  6. LY
  7. Edrie Hashim
  8. AG Coco
  9. Azmeer

Untuk merujuk senarai penuh juri-juri yang pernah dilantik sepanjang penganjuran AJL, sila lihat Senarai Jemaah Juri Anugerah Juara Lagu.

  • Biarpun tidak sampai setahun dilancarkan sejak mula dimuatnaik pada 31 Julai 2020 di akaun YouTube rasmi Black Hat Cat Records, lagu "Gila" menjadi lagu baru yang terpantas memenangi AJL sejak "Takdir Dan Waktu" (1991) nyanyian Kumpulan Mega yang dilancarkan 2 bulan sebelum malam kemuncak AJL.
  • Lagu "Gila" merupakan lagu kedua dari genre Hip Hop yang diangkat sebagai Juara Lagu selepas "Apa Khabar" oleh Joe Flizzow dan SonaOne pada AJL 29 (2014).
  • Kemenangan “Gila” menjadikan Kaka Azraff, Noki dan Loca B sebagai penyanyi trio pertama memenangi AJL.
  • Loca B juga mencipta sejarah apabila menjadi rapper wanita pertama memenangi AJL.
  • Edisi AJL kali ini menampilkan ramai muka baharu yang pertama kali bertanding iaitu Zizi Kirana, Kmy Kmo, Luca Sickta, Amir Masdi, Nabila Razali, Kumpulan Floor 88, Noki dan Loca B.
  • Edisi kali ini merupakan penampilan pertama Dato' Jamal Abdillah dalam pentas akhir AJL sejak AJL14 (1999).
  • Hanya dua (2) band/kumpulan yang berjaya ke pentas akhir AJL kali ini iaitu Kumpulan Floor 88 dan Kumpulan Azlan & The Typewriter.
  • Terdapat dua (2) penyanyi gantian untuk edisi kali ini iaitu Shiha Zikir dan Aishah yang menggantikan Dato' Sri Siti Nurhaliza untuk lagu “7 Nasihat” dan “Aku Bidadari Syurgamu”.
  • Dato' Jamal Abdillah dan Aishah merupakan artis senior yang menyertai AJL kali ini. Dato' Jamal Abdillah pertama kali menyertai semasa AJL 1 (1986) menerusi lagu “Perjalananku” dan “Cinta Yang Terbiar” namun beliau tidak dapat menghadiri ke acara tersebut dan digantikan oleh penyanyi lain manakala Aishah pula pertama kali menyertai semasa AJL 5 (1990) menerusi lagu “Janji Manismu” dan seterusnya menjadi juara lagu tahun tersebut.
  • "Eh" dendangan Zizi Kirana merupakan lagu keenam dalam sejarah AJL yang terlebih dahulu dipersembahkan dalam segmen selingan pada edisi AJL sebelumnya. Semasa AJL34, lagu "Eh" dipersembahkan oleh artis undangan untuk segmen buka panggung bersama Koir Kebangsaan Malaysia.
  • Para penonton berasa kurang berpuas hati dengan kualiti visual dan audio AJL35. Dilaporkan krew-krew edisi kali ini terdiri daripada muka-muka baharu kerana tenaga kerja yang berpengalaman dalam edisi sebelum ini tidak lagi bersama Media Prima.
  • Ezra Kong selaku komposer/penulis lirik berjaya meraih gelaran ketiga pemenang AJL 35 menerusi 'Gila' selepas menjuarai AJL 32 ("Jampi") dan AJL 33 ("Haram"). Beliau hanya perlu menang sekali lagi untuk menyamai rekod Dato' M. Nasir selaku komposer dengan kemenangan terbanyak.
  • Ezra Kong mengulangi sejarah Francissca Peter dan Manan Ngah yang telah memenangi dua (2) anugerah utama pada AJL 1 (1986),iaitu lagu terbaik bagi lagu "Sekadar Di Pinggiran" dan tempat kedua bagi lagu "Aku Kehilanganmu" dan Dato' M. Nasir di AJL 9 (1994), ("Tanya Sama Itu Hud Hud" & "Bonda"). Ezra Kong mendapat tempat ketiga bagi lagu "Belenggu Rindu" ciptaan bersama Hael Husaini, dendangan Dato' Jamal Abdillah dan Wany Hasrita. Dan tempat pertama bagi lagu "Gila" ciptaan bersama Noki dan Loca B, nyanyian Kaka Azraff, Noki dan Loca B.
  1. ↑ "AJL35: Tiga Hos Janji Gempak". Farihad Shalla Mahmud (dalam bahasa Melayu). Berita Harian. Dicapai pada 13 Januari 2021.{{cite web}}: CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ↑ "SFMM35: Jom Semak Senarai Terbaru Giliran Persembahan Jumaat, Sabtu & Ahad Ini". Padin (dalam bahasa Melayu). XTRA. Dicapai pada 16 Disember 2020.{{cite web}}: CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. ↑ "Bakal Diadakan 3 Hari Berturut-turut, Ini Senarai Penuh 30 Lagu Bersaing di Separuh Akhir Muzik Muzik 35". Padin (dalam bahasa Melayu). XTRA. Dicapai pada 16 Disember 2020.{{cite web}}: CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ↑ "Episod Tiga Separuh Akhir Muzik Muzik 35 15 Disember Ini". Sudirman Mohd Tahir (dalam bahasa Melayu). Harian Metro. Dicapai pada 16 Disember 2020.{{cite web}}: CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ↑ https://www.hmetro.com.my/rap/2020/12/653629/ajl-pertandingan-untuk-lagu-bukan-nyanyian-%E2%80%93%C2%A0azmeer
  6. ↑ https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2019/02/528664/saya-tak-cakap-suara-sufian-kemek
  7. ↑ https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2020/12/765903/bukan-tak-bagus
  8. ↑ https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2020/12/766802/bhplus
  9. ↑ https://mykmu.net/2020/12/16/ajl35-hattan-kecewa-senarai-lagu-juri-perlu-fikir-luar-kotak/
  10. ↑ https://ohbulan.com/bagi-orang-baru-mengadili-lagu-zaman-kini-dato-ac-mizal
  11. ↑ https://www.youtube.com/watch?v=WkWJOXEnh0k
  12. ↑ https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2020/12/17/datuk-vida-tumpang-sekaki-sound-juri-sfmm35-anggap-juri-039old-school039-tak-pandai-pilih-lagu-masuk-ajl35---sebagai-mantan-penaja-saya-nak-tahu-benchmark-pemilihan
  13. ↑ https://murai.my/2020/94428/ajl-35-juara-boikot-tukar-juri-main-kroni-antara-luahan-kecewa-peminat-ajl/
  14. ↑ https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2020/12/19/jangan-bertanding-kalau-rasa-juri-akan-berlaku-tak-adil---shahrulezad-nasihat-betulkan-niat-buat-lagu-bukan-sebab-nak-masuk-ajl
  15. ↑ https://www.instagram.com/p/CJ47fcgJu8X/
  16. ↑ https://www.utusan.com.my/gaya/hiburan/2021/01/ajl-35-saya-pun-tak-puas-hati-hael-husaini/
  17. ↑ https://www.hmetro.com.my/rap/2020/12/655191/azmeer-juri-sfmm35-antara-yang-terbaik
  18. ↑ https://murai.my/2020/94428/ajl-35-juara-boikot-tukar-juri-main-kroni-antara-luahan-kecewa-peminat-ajl/
  19. ↑ https://www.kosmo.com.my/2021/11/18/lagu-jadi-bahan-rujukan-spm-yonnyboii-rasa-macam-mimpi/
  20. ↑ "AJL35 Tak Akan Ada Kontroversi". Ridzuan Abdul Rahman (dalam bahasa Melayu). Harian Metro. Dicapai pada 13 Januari 2021.{{cite web}}: CS1 maint: unrecognized language (link)
  21. ↑ "AJL35: 12 Finalis Tandatangan Aku Janji". Farihad Shalla Mahmud (dalam bahasa Melayu). Berita Harian. Dicapai pada 13 Januari 2021.{{cite web}}: CS1 maint: unrecognized language (link)
  22. ↑ "Tiga Lagu Hael Mara ke AJL35". Fatin Farhana Ariffin (dalam bahasa Melayu). Berita Harian. Dicapai pada 16 Disember 2020.{{cite web}}: CS1 maint: unrecognized language (link)
  23. ↑ "Senarai Penuh 12 Finalis Anugerah Juara Lagu 35". Padin (dalam bahasa Melayu). XTRA. Dicapai pada 16 Disember 2020.{{cite web}}: CS1 maint: unrecognized language (link)
  24. ↑ Altimet
  25. ↑ https://music.apple.com/us/album/eh/1482753864?i=1482753865
  26. ↑ https://music.apple.com/my/album/manifestasiti2020/1521304037
  27. ↑ https://music.apple.com/my/album/hati/1488777532?i=1488777533
  28. ↑ Azlan Typewriter
  29. ↑ https://music.apple.com/us/album/jangan-khianati-aku-single/1479521439
  30. ↑ https://music.apple.com/us/album/belenggu-rindu-single/1478427337
  31. ↑ https://music.apple.com/my/album/kau-sakiti/1472721580?i=1472721582
  32. ↑ https://music.apple.com/my/album/semalam/1499444431?i=1499444434
  33. ↑ https://music.apple.com/my/album/peluang-kedua/1508489013?i=1508489327
  34. ↑ Zai Hamzah
  35. ↑ https://music.apple.com/my/album/hutang-single/1535177071
  36. ↑ https://music.apple.com/us/album/gundah/1489712572?i=1489712573
  37. ↑ https://music.apple.com/my/album/manifestasiti2020/1521304037
  38. ↑ https://music.apple.com/us/album/gila/1524703595?i=1524703776