Anugerah Juara Lagu ke-36

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Anugerah Juara Lagu
Ke-36
Tarikh6 Mac 2022
TempatDewan Merdeka,
Pusat Dagangan Dunia Putra,
Kuala Lumpur
TajaanNoir Beauty & Oppo
PengacaraAlif Satar
Nabila Huda
Sissy Imann (Karpet Merah)
Sean Lee (Karpet Merah)
PenerbitPrimeworks Studios
Ketua JuriDato' Mokhzani Ismail
PengarahRamli M. S.
Tempoh Tayangan180 minit
Juara Lagu"Pelukan Angkasa"
Nyanyian: Sekumpulan Orang Gila dan Shila Amzah
Muzik: Raja Nazrin Shah
Lirik: Fazleena Hishamuddin
Sorotan
Persembahan TerbaikMarsha Milan ("Cinta")
Vokal TerbaikAina Abdul ("Sepi")

Anugerah Juara Lagu 36 (AJL 36) merupakan anugerah muzik berprestij yang mengangkat martabat komposer, penulis lirik dan penyanyi. Setiap tahun, AJL akan menobatkan pemenang dalam kategori Persembahan Terbaik, Vokal Terbaik, Tempat Ketiga, Tempat Kedua dan Juara Lagu. Pemenang bagi setiap kategori akan memenangi sebuah trofi AJL berserta wang tunai. Program ini akan dihoskan oleh Alif Satar dan Nabila Huda bagi slot utama, manakala Sean Lee dan Sissy Imann akan mengendalikan segmen Karpet Merah AJL 36.

Separuh Akhir Muzik Muzik[sunting | sunting sumber]

Sebanyak 30 buah lagu telah layak ke peringkat separuh akhir dengan pemarkahan 40% hasil daripada undian peminat di Carta Mingguan manakala baki 60% dinilai oleh juri professional.[1] Untuk pentas akhir pertandingan Juara Lagu ke-36 sebanyak 12 lagu telah terpilih dari 2 pusingan separuh akhir yang telah berlangsung pada 31 Disember 2021 dan 1 Januari 2022. Separuh Akhir Muzik Muzik 36 diacarakan oleh Sissy Iman dan Aliff Satar di Studio 1, Glenmarie, Shah Alam, Selangor . Persembahan mereka telah diadili oleh juri professional seperti Dato Mokhzani selaku Ketua Juri, Dato Syafinaz Selamat, Altimet, Helen Yap, LY, Datuk Acis dan Chaan.[2] Sebanyak 30 lagu dipilih untuk berentap pada SFMM36 yang menampilkan ramai penyanyi terkenal tanah air dan bersaing dengan pelbagai genre lagu termasuk balada, pop rock dan hip-hop. Kebanyakan netizen berpuas hati dengan barisan finalis Anugerah Juara Lagu kali ini.

Persembahan Selingan[sunting | sunting sumber]

Senarai Persembahan Seligan di Anugerah Juara Lagu ke-36
Artis Lagu
Mas Idayu "Bolehlah Boleh"
Jamal Abdillah "Samrah Mentari"
Ayda Jebat "Pencuri Hati"
Cassia "Cassia"
Dayang Nurfaizah Tajaan Noir (penaja):
"Wanita Noir" (lagu penaja)
Wings
diiringi oleh Koir Kebangsaan dan orkestra pimpinan Ramli M.S.
Medley :
"Taman Rasyidah Utama"
"Hukum Karma"
"Harapan"
"Opera Hidup"

Senarai Finalis[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah senarai finalis yang layak ke pentas AJL 36, mengikut giliran persembahan
Gil. Tajuk Lagu Komposer Penulis Lirik Penyanyi
1 "Purnama" Ahmad Amzar Ahmad Sabri (Amzar Razqa) dan Muhammad Naim Daniel Baharin Ahmad Amzar Ahmad Sabri (Amzar Razqa) Naim Daniel
2 "Nafas Cinta" Muhammad Khairul Baharuddin (Khai Bahar) dan Nurul Aina Abdul Ghani Nurul Aina Abdul Ghani dan Wan Zakaria Khai Bahar dan Aina Abdul
3 "Boneka" Omar Khan Rahmattullah Khan (Omar K), Iqie Hugh dan Muhammad Firdaus Rahmat Syamel[a]
4 "Cinta" Stacy Anam (Bunga Cantik) dan Akim Ahmad (Hang Nadim) Akim Ahmad (Hang Nadim) Marsha Milan
5 "Intan Payung" Noor Ayu Fatini (Bunga) dan Ahmad Amzar Ahmad Sabri (Amzar Razqa) Noor Ayu Fatini (Bunga) dan Rahmat Zulhilmi (Siqma) Bunga dan Noraniza Idris
6 "Angkara" Sharon Anne Paul Abdullah (Sharon Paul) Ahmad Fedtri Yahya dan Siti Nordiana Alias (Nana Alias) Siti Nordiana
7 "AEWO" Ezra Kong Ezra Kong dan Ahmad Ikhwan Aji (Noki) Shiha Zikir dan Noki
8 "Mimpi" Zaidah Awang (A. Aida) dan Ridzuan Haqiem Rusli Haqiem Rusli
9 "Pelukan Angkasa" Raja Nazrin Shah Raja Azaham Fazleena Hishamuddin Sekumpulan Orang Gila dan Shila Amzah
10 "Salahku" Muhammad Haqeem Nuriman (Yonnyboii) Yonnyboii
11 "Sepi" Nurul Aina Abdul Ghani Nurul Aina Abdul Ghani dan Wan Zakaria Aina Abdul
12 "Lara" Brendan Lim Sang Meng (MFMF.), Wee Zhen Yong (MFMF.), Justin Seow Seng Tack (MFMF.), Raja Muizuddin Shah Raja Ahmad Murad (MFMF.) Hael Husaini Razmi, Muhammad Naim Daniel Baharin dan Ridzuan Haqiem Rusli Hael Husaini, Naim Daniel dan Haqiem Rusli

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Menggantikan Ernie Zakri sebagai penyanyi.

Keputusan[sunting | sunting sumber]

dagger Menandakan Anugerah Sampingan
Keputusan penuh Anugerah Juara Lagu ke-36
Anugerah Kedudukan Judul Lagu Komposer Penulis Lirik Penyanyi Ganjaran
Juara Lagu Juara Lagu "Pelukan Angkasa" Raja Nazrin Shah Raja Azaham Fadzleena Hishamuddin Sekumpulan Orang Gila dan Shila Amzah RM 100,000 dan trofi
Naib Juara "Cinta" Stacy Anam (Bunga Cantik) dan Akim Ahmad (Hang Nadim) Akim Ahmad (Hang Nadim) Marsha Milan RM 50,000 dan trofi
Tempat Ketiga "Mimpi" Zaidah Awang (A. Aida) dan Ridzuan Haqiem Rusli Haqiem Rusli RM 30,000 dan trofi
Persembahan Terbaik "Cinta" Marsha Milan RM 18,000 dan trofi
Vokal Terbaik "Sepi" Aina Abdul RM 12,000 dan trofi
Penyanyi Pilihan Popular Oppo dagger "Nafas Cinta" Aina Abdul dan Khai Bahar RM 5,000 dan trofi tajaan Oppo

Jemaah Juri[sunting | sunting sumber]

Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Lagu "Pelukan Angkasa" merupakan lagu tertua yang pernah memenangi pentas akhir AJL. Lagu tersebut dilancarkan pada 18 September 2019 dan mengambil masa kira-kira 2 tahun dan 5 bulan sebelum memenangi Juara Lagu. Malah, lagu ini juga dilancarkan sebelum juara edisi sebelum ini iaitu "Gila" pada 31 Julai 2020.
  • Edisi kali ini mencipta rekod baru buat penyanyi Shila Amzah melalui penyertaan beliau bersama kumpulan Sekumpulan Orang Gila. Shila Amzah mengulangi kejayaan Noh Salleh apabila menjadi penyanyi yang pernah menyertai Anugerah Juara Lagu dalam 4 daripada 5 format persembahan termasuk Solo ("Patah Seribu" dan "Masih Aku Cinta") , Duet ("Selamanya Cinta" bersama Alif Satar), Trio (Shila Amzah, Jaclyn Victor bersama Ning Baizura) dan Berkumpulan ("Pelukan Angkasa" bersama Sekumpulan Orang Gila). Beliau dan Noh Salleh hanya belum mencuba nyanyian secara kolaborasi berpenampilan (featuring) untuk melengkapkan format persembahan.
  • Kumpulan SOG merupakan band indie ketiga selepas kumpulan Estranged (2007) dan kumpulan Meet Uncle Hussain (2008) untuk menjuarai Juara Lagu.
  • Kumpulan SOG juga merupakan band indie post-hardcore pertama membuat penampilan di pentas akhir dan menjuarai Juara Lagu.
  • Edisi kali ini menyaksikan penyertaan kali pertama penyanyi yang sudah lama bertapak dalam industri muzik tanah air iaitu Marsha Milan dan kumpulan SOG selepas memulakan karier muziknya pada 16 tahun dan 17 tahun lalu.
  • Edisi kali ini merupakan penampilan pertama Noraniza Idris dalam pentas akhir AJL sejak AJL 20 (2005).
  • Edisi AJL kali ini menampilkan beberapa muka baharu yang pertama kali bertanding iaitu kumpulan SOG, Yonnyboii, Bunga Isme dan Marsha Milan. Selepas menggantikan Dato' Sri Siti Nurhaliza pada edisi lepas, Shiha Zikir pula pertama kali bertanding dengan lagunya sendiri.
  • Terdapat satu (1) penyanyi gantian untuk edisi kali ini apabila Syamel menggantikan isterinya, Ernie Zakri yang baru sahaja melahirkan anak.
  • Shila Amzah akhirnya berjaya menjuarai pentas akhir AJL buat kali pertama dalam sejarah dalam penyertaan kelima beliau dalam Juara Lagu. Beliau sebelum ini pernah menjadi naib juara menerusi lagu "Beribu Sesalan" (bersama Ning Baizura dan Jaclyn Victor, 2011) dan "Masih Aku Cinta" (2014).
  • Edisi kali ini menyaksikan Stacy (Bunga Cantik) berjaya menaiki pentas AJL sebagai salah seorang pemenang buat kali pertama sebagai seorang komposer. Beliau sebelum ini gagal memenangi sebarang anugerah dalam tujuh (7) penyertaannya dalam AJL sebagai penyanyi.
  • Menurut ketua juri Datuk Mokhzani Ismail, perbezaan markah vokal untuk Aina Abdul dan Marsha Milan amat tipis. Beliau juga mendedahkan bahawa "Nafas Cinta" nyanyian Khai Bahar dan Aina Abdul berada di tempat keempat manakala "Salahku" nyanyian Yonnyboii berada di tempat kelima.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "lagu-mana-yang-bakal-layak-ke-pentas-ajl-36-saksikan-muzik-muzik-separuh-akhir-malam-ini-esok-untuk-ketahui-keputusan" (dalam bahasa Melayu). Oh BUlan!. Dicapai pada 2 Januari 2022.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ https://www.kosmo.com.my/2021/12/31/netizen-restu-barisan-juri-sfmm36/