Anugerah Juara Lagu ke-4

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Anugerah Juara Lagu ke-4
TV3
Tarikh Disember 1989
Tempat Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur
Pengacara Azwan Ali & Chairmaine Augustine
Juara Lagu "Isabella"
nyanyian Kumpulan Search
(gubahan: Search/
lirik: Bob)
 < 1988 Anugerah Juara Lagu 1990 > 

Juara Lagu 1989 ialah acara pertandingan lagu-lagu Melayu popular dalam tahun 1989 untuk dinobatkan sebagai "Juara Lagu" bagi tahun 1989. AJL 89 menampilkan juara bulanan untuk dipertandingkan. Diadakan pada 30 Disember 1989, AJL 89 masih mengekalkan Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur sebagai lokasi penganjuran dari tahun sebelumnya. Charmaine Agustine kekal sebagai pengacara, tetapi dia digandingkan dengan Azwan Ali. Mereka dikekalkan sebagai pengacara untuk tahun berikutnya.

Finalis[sunting | sunting sumber]

Juara Bulanan Komposer Penulis Lirik
Bulan Judul Lagu Artis
Januari Taman Rashidah Utama Kumpulan Wings Bob
Februari Sekali Aku Jatuh Cinta Nassier Wahab Ismail Ahmad Nawab Juwie
Mac Misteri Mimpi Syakila Kumpulan Wings J.S. Kevin
April Isabella Kumpulan Search Search (Amy, Kid, Din, Yazit & Nasir) Bob
Mei Kad Ucapanmu Norshiela Amin A. Ali Habsah Hassan
Jun Resahku Rohana Jalil A. Ali Lukhman S
Julai Sendiri Kumpulan May May
Ogos Janganlah Menghancurkan Shidee Ahmad Nawab Juwie
September Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi Ramlah Ram Ahmad Nawab Juwie
Oktober Segalanya Ku Terima Kumpulan Illusi Awang Bob
November Bersama Suara Hati Kumpulan Gersang Rahim Othman Wan R.S.

Pemenang[sunting | sunting sumber]

Anugerah Kedudukan Judul Lagu Artis Komposer Penulis Lirik
Juara Lagu
Tempat Pertama (Lagu Terbaik AJL) Isabella Kumpulan Search Search (Amy, Kid, Din, Yazit & Nasir) Bob
Tempat Kedua Segalanya Ku Terima Kumpulan Illusi Awang Bob
Tempat Ketiga Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi Ramlah Ram Ahmad Nawab Juwie
Anugerah Kedudukan Judul Lagu Artis
Persembahan Terbaik
Tempat Pertama Isabella Kumpulan Search
Tempat Kedua Taman Rashidah Utama Kumpulan Wings
Tempat Ketiga Misteri Mimpi Syakila Kumpulan Wings
Anugerah Judul Lagu Penulis Lirik
Lirik Terbaik Isabella Bob

Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Edisi ini menampilkan pertama kali Azwan Ali menjadi pengacara AJL.
  • Edisi kali ini menampilkan bermulanya penguasaan muzik rock dalam sejarah Juara Lagu, dengan sebanyak 5 buah Kumpulan Rock berjaya layak masuk AJL 4, dengan pemenang AJL 4, Kumpulan Search, diikuti Kumpulan Wings dengan 2 buah lagu, Kumpulan Ilusi, Kumpulan May & Kumpulan Gersang.
  • AJL kali ini menampilkan 2 gergasi Kumpulan Rock Malaysia pada ketika itu, Kumpulan Search & Kumpulan Wings berentap dengan mempertaruhkan lagu mereka disertai dengan persembahan memukau dari kedua-dua kumpulan tersebut. Nasib & Rezeki telahpun memihak kepada Kumpulan Search dengan Lagu popular mereka, ISABELLA dinobatkan Juara Lagu & Persembahan Terbaik juga Lirik Terbaik hasil tulisan Bob.
  • Pendatang Industri Muzik baru iaitu Komposer & Penulis lirik, Bob Lokman berentap dengan komposer & penulis lirik senior seperti A.Ali, Ahmad Nawab, Juwie & Habsah Hassan pada AJL kali ini.