Anugerah MeleTOP Era 2020

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Anugerah MeleTOP ERA 2020
PenghargaanPelakon, Penyanyi, Personaliti Media Sosial
PenajaERA
Tarikh20 Disember 2020
LokasiPusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya
NegaraMalaysia
PengacaraJihan Muse
Nabil Ahmad
Zizan Razak
Anugerah pertama2014
Kini dipegang oleh
Laman web rasmiLaman web rasmi
Liputan televisyen/radio
Rangkaian
Tempoh tayanganKira-kira 3 jam
Diterbitkan olehRaqim Ahmad Ramli

Anugerah MeleTOP ERA 2020 (#AME2020) merupakan anugerah anjuran rancangan hiburan MeleTOP dan radio ERA. Anugerah ini mengiktiraf pemenang menerusi undian peminat-peminat dan merupakan kesinambungan kepada penganjuran Anugerah Era dengan menggunakan tema "Yang Epik, Yang Legend".[1][2] Pada mulanya dijadual untuk diadakan pada 12 April 2020, namun ditangguhkan berikutan penularan pandemik COVID-19 di Malaysia.[3] AME2020 berlangsung secara rasmi pada 20 Disember 2020.[4]

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Terdapat sebanyak 15 kategori yang dipertandingkan dengan tambahan 3 kategori iaitu Artis TOP TOP MeleTOP (Lelaki & Perempuan) & Artis TOP TOP MeleTOP Grup/Duo. Peminat boleh mengundi secara dalam talian melalui laman web rasmi, khidmat pesanan ringkas (SMS) ataupun melalui aplikasi SYOK. Menariknya edisi tahun ini, anjuran AME2020 buat pertama kalinya disiarkan secara langsung dalam format 4K Ultra HD (4K UHD).[5]

Talian undian fasa pertama untuk menyenarai pendek calon 5 terbaik daripada 20 pencalonan awal yang telah tersenarai dibuka kepada orang ramai. Bagi pusingan ini, orang ramai diberi pilihan untuk mengundi calon-calon kegemaran mereka untuk 15 buah kategori melalui dua cara iaitu menerusi talian undian secara online ataupun menerusi aplikasi SYOK yang boleh dimuat turun secara percuma di App Store dan Google Play Store mulai 29 Januari 2020. Pada edisi ke-7 kali ini, terdapat sedikit kelainannya kerana ia menggugurkan 3 kategori terdahulu iaitu Program Radio MeleTOP, Penyampai Radio MeleTOP dan Artis Lawak MeleTOP. Ia digantikan dengan 3 kategori baharu iaitu Artis Versatil MeleTOP SYOK, Influencer MeleTOP SYOK dan TOP TOP MeleTOP (Grup/Duo). Pengguguran 3 kategori itu adalah untuk memberi laluan kepada 3 kategori baharu yang diwujudkan dan memberi laluan kepada 3 kategori baharu yang lebih relevan dan sejajar dengan industri hiburan tempatan.[6] Ekoran penularan pandemik COVID-19 dan arahan pihak kerajaan untuk menghentikan atau menunda semua aktiviti perhimpunan berskala besar, AME 2020 yang pada awalnya dijadualkan akan berlangsung pada 12 April 2020, telah ditunda ke tarikh baru, iaitu pada 20 Disember 2020 sebagai pengganti program Gegar Vaganza (musim 7) yang telah ditamatkan siaran di Astro Ria pada 13 Disember 2020.

Alif Satar mengumumkan telah menarik diri sebagai hos Anugerah MeleTOP Era 2020 dan digantikan oleh Zizan Razak.[7]

Pemenang dan calon-calon[sunting | sunting sumber]

Sumber:[8]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Pemenang disenaraikan terlebih dahulu. Kemudian, pemenang akan diserlahkan dalam teks tebal, dan ditandakan dengan pisau berganda (double-dagger).

Lagu MeleTOP ERA
Penyanyi MeleTOP ERA
Grup/Duo MeleTOP ERA
Hos MeleTOP
Drama MeleTOP
Pelakon MeleTOP
Program MeleTOP
Artis Baharu MeleTOP
Artis Versatil MeleTOP SYOK
Influencer MeleTOP SYOK
Couple MeleTOP
Si Cilik MeleTOP
Filem MeleTOP
Bintang Filem MeleTOP

Anugerah Khas[sunting | sunting sumber]

Top Top Lelaki MeleTOP
Top Top Wanita MeleTOP
Top Top Grup/Duo MeleTOP
Anugerah Khas MeleTOP
Anugerah Wira MeleTOP

Artis Pelbagai Pencalonan dan Anugerah[sunting | sunting sumber]

Artis Yang Menerima Beberapa Pencalonan
Jumlah Pencalonan Artis
4 Siti Nordiana

Mira Filzah

Alif Satar (1 pencalonan bersama Shadila Hadid)

3 K-Clique (2 pencalonan bersama Alif)
2 Floor 88

Syafiq Kyle

Haqiem Rusli

Zizan Razak

Khai Bahar

Jihan Muse

Hairul Azreen (1 pencalonan bersama Hanis Zalikha )

Alif (Pencalonan bersama K-Clique)

Artis Yang Menerima Beberapa Anugerah
Jumlah Anugerah Artis
4 Siti Nordiana
3 Haqiem Rusli
2 Hanis Zalikha & Hairul Azreen


Penyampai[sunting | sunting sumber]

Nom. Nama Artis Menyampai Anugerah
1 Radin, Cik Manggis dan Rizman Ruzaini Fesyen MeleTOP
2 Ayda Jebat dan Nabil Mahir Hos MeleTOP, Couple MeleTOP dan Si Cilik MeleTOP
3 janna Nick, Danial Zaini dan Hun Haqeem Artis Baharu MeleTop dan Influencer MeleTOP
4 Cik B, Noki (K-Clique) dan Radin Program MeleTOP dan Artis Versetail MeleTOP
5 Syafiq Kyle, Siti Nordiana dan Cik Puan Juliana Evans Drama MeleTOP dan Pelakon MeleTOP
6 Kamal Adli dan Uqasha Senrose Grup/Duo MeleTOP, Penyanyi MeleTOP dan Lagu MeleTOP

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Pencalonan awal bagi kategori Influencer MeleTOP SYOK mendapat reaksi negatif netizen apabila mereka yang tidak berpuas hati dimana ada antara calon-calon dalam kategori tersebut tidak layak diletakkan sebaris dengan selebriti media sosial yang lain. Pencalonan dua tokoh terkenal iaitu Dr. Nur Amalina Che Bakri & Dato' Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, bagi kategori tersebut adalah sangat tidak wajar memandangkan taraf dan sumbangan mereka berdua terhadap masyarakat dan negara dianggap tidak setanding, yakni jauh lebih tinggi dengan calon-calon yang lain.[9]

Selain itu, babak pelamaran yang dilakukan oleh Kamal Adli terhadap Uqasha Senrose ketika siaran langsung anugerah turut menjadi perbualan dan pertikaian memandangkan perlakuan melamar kahwin secara terang-terangan seperti dalam masyarakat Barat tidak termasuk dalam norma budaya masyarakat Islam tempatan.[10][11]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Info Penuh AME 2020". Iluminasi. 29 Januari 2020.
  2. ^ "Nabil Ahmad, Jihan Muse diumum sebagai hos AME2020". Astro Awani. 29 Januari 2020.
  3. ^ Kamaruddin Razal (16 Mac 2020). Anugerah MeleTOP Era 2020 ditunda Astro Gempak. Dicapai pada 22 Disember 2020.
  4. ^ Zulaikha Yusof (1 Disember 2020). Mengikut norma baharu, Anugerah MeleTOP Era 2020 diadakan 20 Disember ini Astro Gempak. Dicapai pada 22 Disember 2020.
  5. ^ "AME 2020 lakar sejarah perintis kandungan "4K UHD" tempatan". Astro Awani. 3 Mac 2020.
  6. ^ "AME2020 gugur 3 kategori". Harian Metro. 29 Januari 2020.
  7. ^ Arif Zikri (18 Disember 2020). Malaysian singer Alif Satar withdraw from hosting AME2020 after recovering, comedian-actor Zizan Razak to step in The Malay Mail. Dicapai pada 21 Disember 2020.
  8. ^ Budiey (21 Disember 2020). Senarai penuh pemenang Anugerah MeleTOP Era 2020 Sensasi Selebriti. Dicapai pada 22 Disember 2020.
  9. ^ "Netizen Pertikai Dr Amalina & Dr Sheikh Muszaphar Tercalon Untuk Anugerah 'Influencer' MeleTOP". beautifulnara.com. 31 Januari 2020.
  10. ^ Asyraf Roslan, Hilmi Malik (20 Disember 2020). "Kamal Adli lamar Uqasha Senrose ketika siaran langsung AME 2020". Astro Awani. Dicapai pada 2 Januari 2021.
  11. ^ Fiza Kamarudin (22 Disember 2020). ""Romantiklah Dengan Syariat, Insya-Allah Berkat" - PU Rahmat Tegur Trend Melamar Secara Terang-Terangan". Gempak. Dicapai pada 2 Januari 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]