Anugerah Skrin 2006

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anugerah Skrin 2006
Tarikh22 Disember 2006
TempatDewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, Malaysia
Pengacara
PenerbitKhalijah Mohamed
PengarahKhalijah Mohamed
PenganjurTV3
Gambaran keseluruhan
Filem TerbaikBuli Balik
Siri Komedi TerbaikMat Dom Teksi
Siri Drama TerbaikRafflesia
Film Televisi TerbaikLebih Bisa Dari Jelatang
Penghargaan terbanyak[[]] ()
Pencalonan terbanyak[[]] ()
Liputan televisyen
SaluranTV3

Anugerah Skrin 2006 dianjurkan oleh TV3 untuk mengiktiraf karya terbaik penggiat seni dalam penerbitan rancangan televisyen, drama, dan filem buatan Malaysia. Majlis ini diadakan pada 22 Disember 2006, bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, Malaysia yang disiarkan secara langsung menerusi saluran TV3 dan ditaja oleh Pantene.[1] Nazrudin Habibur Rahman dan Nur Fazura diberi tanggungjawab sebagai pengacara majlis anugerah ini.

Anugerah Shine Pantene[sunting | sunting sumber]

Sebelum berlangsungnya Anugerah Skrin ke-8, Pantene selaku penaja memberi penghargaan dan penghargaan kepada bakat-bakat baharu dalam industri dan memberi semangat agar mereka dapat menghasilkan lakonan yang lebih bermutu. Penerima anugerah ini dipilih oleh penonton Malaysia melalui SMS.

Penyampai dan penghibur[sunting | sunting sumber]

Penyampai[sunting | sunting sumber]

Nama Menyampaikan
Adiel Abd Ghaffar Suara latar
Awal Ashaari
Fara Fauzana
Rancangan Realiti Terbaik dan Lakon Layar Terbaik (Filem)
Fahrin Ahmad
Norashikin Abdul Rahman
Nurul Syuhada
Drama Komedi Terbaik, Rancangan Muzikal Terbaik, dan Lakon TV Terbaik (Drama)
Adiel Abdul Ghaffar
Ivy Sam
Anugerah Shine Pantene
Hans Isaac
Rita Rudaini
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Drama) dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Drama)
Jins Shamsuddin
Fauziah Ahmad Daud
Pelakon Wanita Terbaik (Filem) dan Pelakon Lelaki Terbaik (Filem)
Nazrudin Habibur Rahman
Nur Fazura
Mengacarakan segmen tribute Dalam Kenangan
Raja Endon Mastura
Umie Aida
Erra Fazira
Bual Bicara Terbaik, Sinema Alternatif Terbaik, dan Dokumentari @ Majalah Terbaik
Nora Danish
Que Haidar
Nirina Zubir
Pelakon Wanita Terbaik (Drama) dan Pelakon Lelaki Terbaik (Drama)
Rahim Razali
Fatimah Abu Bakar
Rancangan Hiburan Terbaik dan Pengarah Terbaik (Filem)
Jehan Miskin
Ning Baizura
Pengarah Terbaik (Drama) dan Laporan Khas Berita Terbaik
Nazrudin Habibur Rahman
Nur Fazura
Farid Ridzuan
Anugerah Khas Juri dan Drama Rantaian Terbaik
Nazrudin Habibur Rahman
Nur Fazura
Farid Ridzuan
Rosmah Mansor
Abdul Mutalib Razak
Filem Terbaik dan Drama Terbaik

Penghibur[sunting | sunting sumber]

Nama Mempersembahkan
Aubrey Suwito Pengarah muzik
Korie Dancers Tarian
Erra Fazira
Siti Nurhaliza
"Manusia" dan "Tiru Macam Saya"
Faizal
Fiq
"We Will Rock You" dan "Pawana"
Zainal Abidin
Afdlin Shauki
"Ikhlas Tapi Jauh"
Nikki
Shazzy
"Caramu"
Ruffedge
Kat
"Permata Biru"
Kris Dayanti
Anang
"Selalu Jatuh Cinta" dan "Rembulan"

Dalam Kenangan[sunting | sunting sumber]

Nazrudin Habibur Rahman dan Nur Fazura mengacarakan segmen tribute Dalam Kenangan untuk mengenang pemergian seniman Hani Mohsin yang terpapar di dalam montaj berlatarbelakangkan muzik "Salam Terakhir" nyanyian asal Sudirman. Pengacara majlis turut mempersilakan tayangan video rakaman ucapan terima kasih anak perempuan Hani Mohsin iaitu Hani Karmila yang ditemani bekas isteri Hani Mohsin iaitu Tiara Jacquelina.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "[FULL] ANUGERAH SKRIN 2006 #ASK2006". Dicapai pada 2020-02-05.