Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN
Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2019
PenghargaanPencapaian cemerlang dalam industri perfileman di rantau ASEAN
NegaraMalaysia
Disampaikan olehKementerian Pelancongan Malaysia
Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia
Kementerian Luar Negeri Malaysia (Sekretariat Kebangsaan ASEAN-Malaysia)
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia
Anugerah pertama2013
Laman web rasmiwww.aiffa.com

Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN (bahasa Inggeris: ASEAN International Film Festival and Awards; AIFFA) ialah festival filem serantau Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) yang membuat kemunculan sulungnya pada tahun 2013. Diadakan di Kuching, Sarawak, Malaysia, festival filem yang diadakan setiap dua tahun ini meraikan filem terbaik di rantau ASEAN.[1] Anugerah pertama AIFFA diadakan pada 28 hingga 30 Mac 2013.[2]

AIFFA diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Sarawak dan disokong sepenuhnya oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Kementerian Luar Negeri Malaysia (Sekretariat Kebangsaan ASEAN-Malaysia) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).[2]

Objektif[sunting | sunting sumber]

  • Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN merangkumi seni dan kraf penciptaan filem ASEAN dengan memberi inspirasi dan memperjuangkan karya para penulis skrip, pembikin filem dan semua artis yang menggunakan bahasa filem untuk menceritakan kisah.
  • Filem yang membantu mempromosikan budaya, tradisi dan warisan ke arah penumpuan ASEAN.
  • Mempromosikan filem-filem ASEAN ke pasaran antarabangsa.
  • Menggalakkan kerjasama dan rangkaian dalam industri filem ASEAN, dan dari ASEAN ke dunia.
  • Mempromosikan peluang perniagaan untuk pengedar filem dan pameran (Rapat, Insentif, Konferensi, Pameran).
  • Menarik pembikin filem ke Sarawak untuk lokasi penggambaran.

Majlis penganugerahan[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan majlis penganugerahan yang telah berlangsung:

Edisi Tarikh Filem Terbaik Tempat Rujukan
Pertama 28-30 Mac 2013 What Isn't There (Filipina) Pusat Konvensyen Borneo Kuching, Kuching, Sarawak [3]
ke-2 9-11 April 2015 Terbaik dari Langit (Malaysia) [4]
ke-3 4-6 Mei 2017 The Way Station (Vietnam) [5]
ke-4 25-27 April 2019 Signal Rock (Filipina) [6]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ AIFFA a platform for Asean unity, says minister Borneo Post (22 Mac 2019). Dicapai pada 30 April 2019.
  2. ^ a b Asean International Film Festival from March 28 to 30 Borneo Post (16 Februari 2013). Dicapai pada 30 April 2014.
  3. ^ Malaysia Rangkul Empat Anugerah Pada AIFFA 2013 mSTAR Online (31 Mac 2013). Dicapai pada 30 April 2013.
  4. ^ Mumtaj Begum (26 Mac 2015). AIFFA 2015: Where the best of ASEAN film get together The Star Online. Dicapai pada 30 April 2015.
  5. ^ Ava Lai (30 Mac 2017). All set for film festival award night The Star Online. Dicapai pada 30 April 2017.
  6. ^ ASEAN film-making talents expected to be unearthed at AIFFA 2019 Bernama (26 April 2019). Dicapai pada 30 April 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]