Anurup dan Sagarika Bhattacharya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Anurup dan Sagarika Bhattacharya merupakan pasangan rakyat India yang anak mereka dirampas oleh Perkhidmatan Perlindungan Kanak-kanak Norway pada May, 2011. Pekerja masyarakat Norway mendakwa bahawa mereka menyuap anak mereka dengan tangan dan tidur di atas katil yang sama dengan mereka.[1]

Pihak berkuasa Norway menganggap tingkah-laku mereka tidak sesuai dan mengambil hak jagaan bagi anak mereka yang berusia tiga tahun dan anak perempuan setahun. Kerajaan India telah menghubungi pihak berkuasa Norway dalam cubaan menyatukan keluarga tersebut, tetapi pasangan Bhattacharyas diberitahu bahawa mereka hanya dibenarkan berjumpa kanak-kanak tersebut dua kali setahun selama satu jam sehingga mereka berusia 18 tahun.

Si Ibu melaporkan bahawa kanak-kanak tersebut dalam keadaan trauma. Abhigyan tidak mampu bertutur dalam Bangla kerana berada dalam keadaan keliru dan Aishwarya kelihatan sakit dan memeluk ibunya.[2]

Lapuran UN pada 2005 menyatakan bahawa Norway telah merampas 12,500 kanak-kanak dari keluarga mereka. Kerajaan India kemudiannya memberitahu Norway bahawa kanak-kanak tersebut dirampas peluang untuk dibesarkan dalam budaya mereka sendiri dan persekitaran bahasa dan adalah penting mereka dikembalikan ke India sebaik mungkin.[3] Selain Norway, Sweden, Denmark dan Finland turut mempunyai sejarah yang panjang rampasan kanak-kanak.[4]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Indian couple have children taken away by Norwegian social workers because they fed them with their hands.
  2. ^ Norway NRI couple's 10-month ordeal may end soon. Debashis Konar, TNN | Feb 27, 2012, 03.46AM IST
  3. ^ Indian parents in custody row with Norway meet children
  4. ^ "A collection of articles from media sources, 21 December 2011". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-25. Dicapai pada 2012-02-27.