Anushka Sharma

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anushka Sharma
Sharma pada 2015
Kelahiran (1988-05-01) 1 Mei 1988 (umur 35)
WarganegaraIndia
PendidikanUniversiti Bangalore
Pekerjaan
  • Pelakon
  • penerbit filem
  • pereka fesyen
Tahun aktif2007–kini
PasanganVirat Kohli (k. 2017)

Anushka Sharma (disebut [əˈnʊʂkaː ˈʃərmaː]; lahir 1 Mei 1988)[1][2] ialah seorang pelakon dan penerbit filem India yang bekerja dalam filem Hindi. Salah seorang pelakon wanita popular dan bergaji tinggi di India, beliau telah menerima beberapa anugerah, termasuk Anugerah Filmfare, dan tampil di Forbes Asia dalam senarai 30 Under 30 mereka pada 2018.

Dilahirkan di Ayodhya dan dibesarkan Bangalore, Sharma mempunyai tugas pemodelan pertama untuk pereka fesyen Wendell Rodricks pada 2007 dan kemudian berpindah ke Mumbai untuk meneruskan kerjaya sepenuh masanya sebagai model. Beliau mula berlakon di samping Shah Rukh Khan dalam filem romantik paling berjaya Rab Ne Bana Di Jodi (2008), yang melayakkan beliau menerima pencalonan Anugerah Filmfare untuk Pelakon Wanita Terbaik. Beliau mencapai kemasyhuran dengan peranan lakonan dalam filem romantik Yash Raj Films, Band Baaja Baaraat (2010) dan Jab Tak Hai Jaan (2012); filem itu, di mana beliau memegang watak pembikin filem, melayakkan beliau memenangi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Filmfare.

Sharma menerima pujian dan beberapa pencalonan lakonan menerusi lakonan sebagai wanita dihimpit oleh penjenayah dalam filem thriler jenayah 2015 NH10, yang menandakan penerbitan sulung beliau, seorang penari dalam filem drama komedi 2015 Dil Dhadakne Do, dan seorang wanita yang bersemangat bebas dalam filem drama romantik 2016 Ae Dil Hai Mushkil. Keluaran pecah panggung tertinggi Sharma hadir dengan filem drama sukan Sultan (2016), dan filem satira agama Rajkumar Hirani PK (2014) dan biopik Sanju (2018); dan tiga antara filem India dengan kutipan tertinggi.[3][4][5]

Selain berlakon filem, Sharma juga ialah duta untuk pelbagai jenama dan produk dan merekabentuk jenama pakaian untuk wanita, Nush. Beliau menyokong pelbagai program amal, termasuk kesamarataan gender dan hak asasi haiwan, dan merupakan pengasas bersama syarikat penerbitan Clean Slate Films. Sharma berkahwin dengan pemain kriket Virat Kohli.[6]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Pengarah Catatan
2008 Rab Ne Bana Di Jodi Taani Sahni Aditya Chopra Dicalonkan—Anugerah Filmfare untuk Pelakon Wanita Terbaik
Dicalonkan—Anugerah Filmfare untuk Penampilan Sulung Wanita Terbaik
2010 Badmaash Company Bulbul Singh Parmeet Sethi
2010 Band Baaja Baaraat Shruti Kakkar Maneesh Sharma Dicalonkan—Anugerah Filmfare untuk Pelakon Wanita Terbaik
2011 Patiala House Simran Chaggal Nikhil Advani
2011 Ladies vs Ricky Bahl Ishika Desai Maneesh Sharma
2012 Jab Tak Hai Jaan Akira Rai Yash Chopra Anugerah Filmfare untuk Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
2013 Matru Ki Bijlee Ka Mandola Bijlee Mandola Vishal Bhardwaj
2014 PK Jagat "Jaggu" Janini Rajkumar Hirani
2015 NH10 Meera Navdeep Singh Juga sebagai penerbit
Dicalonkan—Anugerah Filmfare untuk Pelakon Wanita Terbaik
2015 Bombay Velvet Rosie Noronha Anurag Kashyap
2015 Dil Dhadakne Do Farah Ali Zoya Akhtar Dicalonkan—Anugerah Filmfare untuk Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
2016 Sultan Aarfa Hussain Ali Abbas Zafar
2016 Ae Dil Hai Mushkil Alizeh Khan Karan Johar Dicalonkan—Anugerah Filmfare untuk Pelakon Wanita Terbaik
2017 Phillauri Shashi Kumari Anshai Lal Juga sebagai penerbit dan penyanyi latar untuk lagu "Naughty Billo"[7]
2017 Jab Harry Met Sejal Sejal Zaveri Imtiaz Ali
2018 Pari Rukhsana Prosit Roy Juga sebagai penerbit
2018 Sanju Winnie Diaz Rajkumar Hirani
2018 Sui Dhaaga Mamta Sharat Katariya Dicalonkan—Anugerah Pengkritik Filmfare untuk Pelakon Wanita Terbaik
2018 Zero Aafia Yusufzai Bhinder Aanand L. Rai

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Anushka Sharma celebrates 25th birthday in Goa". Hindustan Times. 1 May 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 May 2013. Dicapai pada 10 March 2014.
  2. ^ Gupta, Priya (18 December 2012). "There is no system in the film industry: Anushka". The Times of India. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 December 2012. Dicapai pada 10 March 2014.
  3. ^ Hooli, Shekhar H. (18 December 2014). "'PK' – Movie Review: Viewers Can't Praise Aamir Khan, Anushka Sharma, Rajkumar Hirani Enough". International Business Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 December 2014. Dicapai pada 5 January 2015.
  4. ^ Hoad, Phil (7 January 2015). "Aamir Khan's religious satire PK becomes India's most successful film". The Guardian. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 January 2015. Dicapai pada 8 January 2015.
  5. ^ "PK Hits 700 Crore Worldwide – China At 14.5 Million". Box Office India. 6 June 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 June 2015. Dicapai pada 6 June 2015.
  6. ^ Joshi, Sonali (8 April 2012). "Anushka Sharma buys three flats worth Rs.10 crore in Mumbai's posh area". India Today. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 March 2014. Dicapai pada 10 March 2014.
  7. ^ "Phillauri song Naughty Billo: Anushka Sharma raps in Diljit Dosanjh song". The indian Express. 4 March 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 March 2017. Dicapai pada 5 March 2017.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]