Anyi Ngau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Anyi Ngau
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Baram, Sarawak
Memegang jawatan
6 Mei 2013
Didahului olehJacob Dungau Sagan
Butiran peribadi
Lahirs. 1958 (umur 62–63)
Tanah Jajahan Mahkota Sarawak
(kini Sarawak, Malaysia)
KerakyatanMalaysia
Parti politikPDP
Sekutu gabungan
politik lain
BN (-2018)
GPS (2018-)
SaudaraRoland Engan (anak saudara)
Alma materUniversiti Sains Malaysia
PekerjaanAhli politik

Anyi Ngau (lahir c. 1958) merupakan ahli politik Malaysia dan Ahli Dewan Rakyat untuk Baram sejak 2013.

Beliau memulakan kerjaya politiknya tatkala beliau bertanding untuk Baram dan dipilih pada pilihan raya 2013.[1] Beliau dicalonkan sekali lagi untuk kawasan yang sama pada pilihan raya 2018, walaupun ada desas-desus bahawa seorang calon langsung dari Barisan Nasional (BN) akan dicalonkan.[2] Beliau lalu menang lagi, menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu Roland Engan, yang juga anak saudaranya,[3] dengan majoriti 1,990 undi.[4]

Pada Mac 2020, sebaik sahaja Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Perdana Menteri, beliau mencalonkan salah seorang Ahli Parlimen Parti Demokratik Progresif (PDP) iaitu Tiong King Sing sebagai Timbalan Menteri Perpaduan Nasional, meskipun Tiong menolak tawaran tersebut.[5][6] Selepas kejadian itu, terdapat spekulasi bahawa Ngau, Ahli Parlimen PDP yang lain, bakal menjadi sebagai pengganti, tetapi tidak pernah terjadi akhirnya.[7] Jawatan itu lalu diambil oleh Ti Lian Ker dari Persatuan Cina Malaysia (MCA).[8] Ngau kemudian dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Koko Malaysia pada 20 Mei, menggantikan Jonathan Yasin.[9][10] Beliau juga dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Lada Malaysia pada 1 Julai.[11][12]

Ngau berketurunan Kenyah dan berkelulusan Universiti Sains Malaysia (USM).[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Calon BN yang terbaik: Taib". 29 April 2013. Dicapai pada 27 Ogos 2021.
  2. ^ "PRU14: Tidak ada calon langsung BN di kerusi Baram". 19 Mac 2018. Dicapai pada 27 Ogos 2021.
  3. ^ "Anyi dicabar anak saudaranya Roland di Parlimen Baram". 29 April 2018. Dicapai pada 27 Ogos 2021.
  4. ^ "Senarai keputusan penuh Pilihan Raya Umum Ke-14 (Sarawak) mengikut kawasan". 10 Mei 2018. Dicapai pada 27 Ogos 2021.
  5. ^ "Tiong turns down Deputy Minister's post". 10 Mac 2020. Dicapai pada 27 Ogos 2021.
  6. ^ "Tiong King Sing tolak jawatan Timbalan Menteri". 10 Mac 2020. Dicapai pada 27 Ogos 2021.
  7. ^ a b "Anyi Ngau menggantikan Tiong sebagai Timbalan Menteri Perpaduan?". 11 Mac 2020. Dicapai pada 27 Ogos 2021.
  8. ^ "Ti Lian Ker dilantik timbalan menteri perpaduan negara". 2 Mei 2020. Dicapai pada 27 Ogos 2021.
  9. ^ "Anyi Ngau is Malaysia Cocoa Board chairman". 20 Mei 2020. Dicapai pada 27 Ogos 2021.
  10. ^ "Anyi Ngau is Malaysian Cocoa Board chairman". 21 Mei 2020. Dicapai pada 27 Ogos 2021.
  11. ^ "Anyi Ngau dilantik Pengerusi Lembaga Lada Malaysia". 15 Julai 2020. Dicapai pada 27 Ogos 2021.
  12. ^ "Anyi Ngau's appointment as MPB chair of great significance to S'wak, pepper smallholders". 16 Julai 2020. Dicapai pada 27 Ogos 2021.