Aonori

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Raw parae (green laver)

Aonori (アオノリ; 青海苔) atau parae (파래) adalah rumpai laut boleh dimakan yang diperolehi daripada beberapa spesies dalam genus Monostroma dan Ulva (Ulva prolifera, Ulva pertusa, Ulva intestinalis) yang dituai di kawasan-kawasan teluk Jepun, Korea dan Taiwan.

Rumpai ini kaya dengan zat galian termasuk kalsium, magnesium, litium, vitamin serta asid amino seperti metionina.