Apa Khabar Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Apa Khabar Malaysia, AKM, program pagi
Logo rasmi Apa Khabar Malaysia sejak 2022.

Apa Khabar Malaysia (AKM) merupakan sebuah rancangan bual bicara pagi yang disiarkan di BERNAMA TV. Bersiaran sejak 4 Julai 2022, program ini disiarkan secara langsung setiap hari Isnin hingga Jumaat selama satu jam.

Apa Khabar Malaysia
GenreBual bicara pagi
PenciptaDatuk Carl

Zikirullah.Z

Hary Harith
Dibangunkan oleh
BERNAMA TV
Pengacara
Penggubah lagu tema
Brainstewz & Hary Harith
Lagu temaApa Khabar Malaysia
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Penerbitan
Penerbit eksekutifM. Viswa
PenerbitAbdul Karim Yunus

Aishah Ahmad Azam Zikirullah.Z

Hary Harith
LokasiWisma BERNAMA
Pemasangan kamera
Produksi kamera berbilang
Tempoh siaran1 jam (60 minit)
(4 Julai 2022 - kini)
Syarikat penerbitan
Penyiaran
Saluran asalBERNAMA TV
Format gambar
Siaran asal4 Julai 2022 – kini

Bermula seawal jam 9:00 pagi, rancangan ini memaparkan pelbagai topik termasuklah pendidikan, gaya hidup, kesihatan, isu-isu semasa, hak pengguna, ekonomi serta kesenian dan budaya.

Pada awalnya, idea Apa Khabar Malaysia ini dibangunkan oleh tiga orang yang terlibat dalam proses kandungan kreatif iaitu Abdul Karim Yunus (Datuk Carl), Zikirullah.Z dan Hary Harith.

Kemudian, tenaga produksi diperkukuhkan lagi dengan melibatkan tambahan beberapa lagi orang lain termasuklah Aishah Ahmad Azam dan dibawah seliaan M. Viswa.


Rancangan ini boleh di tonton menerusi siaran MyTV 121, UnifiTV 631, Astro 502 serta menerusi pautan Portal BERNAMA.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Siaran pertama Apa Khabar Malaysia - Laman Youtube BERNAMA TV.