Apa Tengok Tengok?

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Apa Tengok Tengok?
Poster filem Apa Tengok Tengok?
PengarahKrishnan Roy
PenulisCash Aris
Dihasilkan olehSusan Goh
Dibintangi
  • Chomat Samad
  • Iqbal Mazlan
  • Gracie
SinematografiMuralikrishnan A/L Munian
Disunting olehMuralikrishnan A/L Munian
Muzik olehDari Jemapoh Ke Manchester
Diedarkan olehVenture Hills Film Production Sdn Bhd
Tarikh tayangan
  • 27 Oktober 2011 (2011-10-27)
Masa tayangan
100 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 1.40 juta[1]
Pecah panggungRM 0.19 juta

Apa Tengok Tengok? merupakan sebuah filem genre aksi, komedi dan muzik yang ditayangkan pada 27 Oktober 2011 di Malaysia. Filem ini juga menerapkan unsur nilai murni dan setia kawan. Filem ini ialah filem pertama untuk pelakon-pelakon baru seperti Chomat Samad, Iqbal Mazlan, Gracie dan Aaron Roa.

Jalan Cerita[sunting | sunting sumber]

Filem ini mengisahkan tentang bagaimana seorang Pengetua yang bernama CIKGU ZAABA, berusaha untuk membentuk sikap dan perangai lapan orang pelajar tingkatan lima, Sekolah Menengah Kebangsaan Impian Emas, Johor Bahru yang mempunyai masalah disiplin.

Lapan pelajar itu yang masing-masing membentuk sebagai dua kumpulan diketuai oleh SHARIFF KHAN THOY yang merupakan anak golongan sederhana dan satu lagi kumpulan pula diketuai oleh AHMAD DANIEL DATO DANI KORN, anak orang berada.Pertelingkahan mereka bermula apabila kumpulan DANIEL bertembung dengan SHARIFF yang sedang menunggang motosikal arwah datoknya iaitu motosikal Vespa. Mereka mempersenda dan memalukan SHARIFF. Perbuatan tersebut akhirnya mengundang dendam antara SHARIFF dan kumpulan DANIEL.

Kenakalan mereka bertambah lagi dengan kehadiran ADRIANA sebagai pelajar baru di kelas mereka. Kumpulan SHARIFF mengenakan ADRIANA dengan menghadiahkan sejambang bunga dan memintanya untuk memberikan kepada DANIEL dengan alasan ianya sempena harijadi DANIEL sedangkan mereka sebenarnya mahu melagakan ADRIANA dengan DANIEL.

Namun satu insiden telah berlaku apabila SHARIFF hampir ditembak oleh BROTHER JOE MORNI iaitu seorang Pengedar Dadah yang menyamar sebagai Ahli Perniagaan MLM yang berjaya. Kejadian itu menyebabkan SHARIFF dan rakan-rakannya berkenalan dengan BROTHER JOE MORNI dan bersetuju untuk bekerja sebagai penghantar barangan kesihatan kepada pelanggan BROTHER JOE MORNI demi impian mereka untuk membeli peralatan muzik mereka sendiri. Tetapi akhirnya mereka menyedari barangan tersebut adalah dadah.

Ekoran itu, mereka bersepakat untuk membuang barangan tersebut tetapi perbuatan mereka telah menyebabkan BROTHER JOE MORNI hilang pertimbangan dan mengakibatkan sekumpulan pelajar kelas tingkatan 1 bersama-sama dengan guru kelas ditawan sebagai tebusan.Peristiwa tersebut hampir meragut nyawa CIKGU ZAABA yang terkena tembakan yang dilepaskan oleh BROTHER JOE MORNI ketika dia cuba bertindak sebagai penyelamat.

Akibat dari kejadian tersebut, ADRIANA, SHARIFF dan DANIEL serta rakan-rakan yang lain akhirnya bersatu untuk menyertai satu pertandingan bakat di Kuala Lumpur demi membuktikan kesungguhan minat mereka terhadap bidang muzik selain menebus kesilapan mereka terhadap CIKGU ZAABA. Mampukah kedua-dua kumpulan itu bergabung demi mengejar impian mereka? Inilah sebuah kisah memupuk inspirasi dan pengajaran kepada golongan remaja.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Penerimaaan[sunting | sunting sumber]

Filem ini pada awalnya mengambil risiko yang sangat besar. Ini sebab krew filem ini memilih genre yang kurang popular bak k. Dalam poster dia tulis filem muzikal aksi komedi. Jadi, ia bukan filem seram, filem aksi pun sebenarnya tak berapa aksi la sebab tiada sebarang letupan dan tak lebih 10 butir peluru digunakan. Muzikal tu ada juga la 4 kali kumpulan tu nyanyi lagu. Dalam syarat komedi, blogger yang menulis review pasal filem Apa Tengok-Tengok sangat setuju dengan idea dan mesej yang ingin disampaikan.Filem ini agak kelakar, sampai Sathiya punya dialog diangkat menjadi tajuk filem walau dia hanya muncul selama 10 minit…Berikut merupakan artikel yang ditulis oleh blogger,KAKI WAYANG;

'Bab comedy tu memang saya puji. Part Sathiya tu kelakar, dan juga nak puji watak Bro Joe (lakonan bekas peserta Raja Lawak tu). Diorang dua ni memang kelakar dan nampak natural je lakonan diorang. Mungkin saya bukan target market mereka, so lawak-lawak dari pelakon lain cam saya dah boleh agak dari awal.'

Satu lagi risiko besar dalam filem ini ialah mengambil pelakon-pelakon baru. Hanya Iqbal juara Pilih Kasih yang boleh dikatakan ada nama sikit. Jadi, 90% filem ini dihiasi oleh 9 orang pelakon utama ni yang rata-rata masih baru. Menurut salah seorang blogger yang dirahsiakan:

"Filem ini ada unsur-unsur Hindustan di mana tiba2 semua orang tahu menari ikut rentak dan pengetua pun boleh menyanyi dengan sangat baik/kuat tanpa mic. Saya pasti penonton-penonton kita dah didedahkan dengan filem-filem yang hebat so diorang akan rasa kekok/kelakar dengan benda-benda sebegini. Kedua, tak tau la sangat susah nak wat gambar bendera melayang di udara, sampai kene masukkan bendera kartun, hilang mood time tu, or mungkin pengarah ingat penonton tak perasan kot itu bendera kartun."

Di penghujung filem ini, tiba-tiba ada babak budak sakit, kene kanser dan perlukan 150k. Dekat hospital itu, ibubapa budak itu pun tidak ada, cikgu dengan bapak Shariff (Chommat Samad) pulak yang lebih semangat dari mereka. Selepas itu Shariff dan geng-geng muziknya yang lain termasuklah musuh ketatnya ketua geng Kelab Hokien iaitu Ahmad Daniel (Iqbal Mazlan) ingin menolong dengan buat konsert budak-budak. Malangnya tak tahu berjaya atau todal konsert tu sebab filem terus habis masa diorang nyanyi. Jadi, keseluruhan filem ni diberi title Apa Tengok-tengok? Sempena satu dialog Sathiya itu.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ TAYANGAN FILEM CEREKA TAHUN 2011, Finas.gov.my. Dicapai pada 18 Januari 2011.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]