Simbol Paralimpik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Api Paralimpik)

Simbol Paralimpik merangkumi ikon, bendera, dan simbol yang digunakan oleh Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa untuk mempromosikan Sukan Paralimpik.

Motto[sunting | sunting sumber]

Motto Paralimpik ialah "Spirit in Motion" (Melayu: Jiwa dalam Pergerakan). Motto tersebut telah diperkenalkan dalam Sukan Paralimpik 2004 yang dianjurkan di Athens.[1] Motto yang lama ialah "Mind, Body, Spirit" (Melayu: Minda, Badan, Jiwa) yang diperkenalkan pada tahun 1994.[1]

Simbol[sunting | sunting sumber]

Simbol Paralimpik terdiri daripada tiga agito yang berwarna merah, biru dan hijau. (2019-kini)

Kini[sunting | sunting sumber]

Simbol Paralimpik terdiri daripada tiga "agito" berwarna merah, biru dan hijau yang mengelilingi satu titik tengah di atas ruang yang berwarna putih. Agito bermaksud "saya bergerak" dalam Bahasa Latin.[1][2] Ketiga-tiga warna tersebut merupakan warna yang paling biasa ditemui dalam bendera setiap negara di seluruh dunia. Ketiga-tiga agitos mengelilingi satu titik tengah, untuk menekankan peranan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) yang menyatukan atlet dari semua sudut dunia dan bertanding bersama. Bentuknya turut melambangkan visi IPC "untuk membenarkan atlet Paralimpik untuk mencapai kecemerlangan dalam sukan serta mengilhamkan dan merangsangkan dunia".[1][2]

Direka oleh Scholz & Friends, simbol ini digunakan secara rasmi buat pertama kali semasa upacara penutupan Sukan Paralimpik Musim Panas 2004 apabila bendera baharu yang mempunyai simbol baharu telah diserahkan kepada tuan rumah yang seterusnya, Beijing.[3][4][3] Simbol ini pertama kali digunakan untuk penjenamaan pada Sukan Paralimpik Musim Sejuk 2006 di Turin, Itali.

Simbol IPC yang digunakan dari tahun 2003 hingga 2019.

Pada Oktober 2019, IPC mengumumkan identiti korporat baharunya dan versi baharu simbol Paralimpik. Simbol yang baharu telah diubah agar mempunyai geometri yang lebih "teguh" dan mempunyai bentuk dan penjajaran yang lebih konsisten. Selain itu, warna simbol tersebut juga lebih terang agar sama warna dengan simbol Olimpik. IPC turut memperkenalkan "naratif jenama" baharunya, "Change Starts with Sport" (Melayu: Perubahan Bermula dari Sukan), untuk "menyampaikan impak transformasi Pergerakan Paralimpik terhadap masyarakat menggerakkan agenda hak asasi manusia dengan lebih jelas." [5][6]

Simbol lama[sunting | sunting sumber]

Simbol Paralimpik yang pertama (1988–1994) menggunakan lima pa.

Simbol Paralimpik yang pertama diwujudkan pada Sukan Paralimpik Musim Panas 1988 yang dianjurkan di Seoul. Simbo tersebut adalah berdasarkan komponen penghiasan tradisional Korea, pa (Hangul: 파; Hanja: 巴). Pa turut boleh dilihat pada bendera kebangsaan Korea Selatan yang menampilkan simbol taegeuk yang terbentuk daripada dua pa. Bendera Paralimpik yang pertama menggunakan lima pa yang mempunyai susunan dan warna yang sama dengan Cincin Olimpik.[1][2]

Pada 6 Oktober 1990, Jawatankuasa Penyelarasan Antarabangsa bagi Organisasi Sukan Dunia untuk Orang Kurang Upaya (ICC) diberitahu oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) bahawa bahagian pemasarannya menganggap simbol lima pa itu terlalu serupa dengan Simbol Olimpik. Oleh itu, ICC diminta untuk mengubah suai simbolnya.[1][2][7][8] Simbol baharu yang dicadangkan pada tahun 1991 menampilkan enam pa yang bertindih dalam sebuah bulatan. Namun, ahli IPC telah membantah simbol baharu tersebut pada November 1991. IOC telah menjelaskan bahawa mereka akan menghentikan kerjasamanya dengan IPC sekiranya simbol lima pa tersebut dikekalkan.[7]

Simbol Paralimpik yang kedua (1994–2004) menggunakan tiga pa.

Pada Mac 1992, simbol Paralimpik telah diubah satu versi yang mempunyai tiga pa sahaja.[7] Namun, simbol baharu tersebut hanya diguna pakai selepas Sukan Paralimpik Musim Sejuk 1994 di Lillehammer, Norway kerana Jawatankuasa Pengelolanya sudah memulakan program pemasaran berdasarkan simbol lama. Simbol tiga pa tersebut diguna pakai sehingga Sukan Paralimpik Musim Panas 2004.[1][2]

Api Paralimpik[sunting | sunting sumber]

Setakan Sukan Paralimpik Musim Sejuk 2010, tuan rumah akan memilih lokasi dan cara menyalakan Obor Paralimpik.[9] Sejak Sukan Paralimpik Musim Panas 2012, konsep Larian Obor Paralimpik telah berubah dan sebuah Obor Paralimpik Rasmi akan dibuat oleh bandar tuan rumah temasya tersebut dengan menyatukan obor dari kawasan yang berbeza. Bagi London 2012, empat obor dari ibu negeri England, Scotland, Ireland Utara dan Wales telah dibawa ke Stoke Mandeville, tempat pergerakan Paralimpik bermula, pada 29 Ogos 2012 untuk menyalakan Obor Paralimpik 2012. Dalam temasya yang akan datang, obor dari luar negara turut akan disatukan di satu tempat sebagai obor Paralimpik.[10] Oleh itu, Stoke Mandeville akan diterampilkan dalam semua laluan Larian Obor Paralimpik dan obor tersebut dikenali sebagai Api Warisan. Api Warisan tersebut seterusnya akan dibawa ke bandar tuan rumah dan disatukan dengan api yang lain.[11] Pada hari Upacara Perasmian, api tersebut akan dibawa ke stadium utama dan dinyalakan di stadium tersebut sebagai tanda permulaan temasya tersebut. Api tersebut akan terus bernyala sehingga dipadamkan pada Upacara Penutupan sebagai tanda penamatan temasya.

Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa
NamaThe Paralympic agitos
KegunaanSukan
Nisbah3:5
Diterima pakai20 Oktober 2019

Bendera[sunting | sunting sumber]

Bendera Paralimpik

Bendera Paralimpik berlatar belakang putih dan mempunyai simbol Paralimpik di tengahnya.

Bendera Paralimpik yang terkini pertama kali dikibarkan pada tahun 2019.

Antem Masa Depan
bahasa Inggeris: Anthem of the Future
Perancis: Hymne de l’Avenir
Jerman: Hymne der Zukunft
Hymne de l’Avenir

Lagu Rasmi anthem Sukan Paralimpik dan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa
LirikGraeme Connors, 2001
MuzikThierry Darnis, Mac 1996
Diguna pakai1996

Ikrar Paralimpik[sunting | sunting sumber]

Ikrar Paralimpik diangkat oleh seorang atlet (mewakili setiap peserta) dan seorang pengadil (mewakili semua pengadil dan pegawai lain) pada Majlis Perasmian setiap Sukan Paralimpik.

Seorang atlet dari pasukan negara tuan rumah akan memegang Bendera Paralimpik dan melafazkan ikrar berikut:

Ikrar Atlet

Atas nama semua peserta, saya berjanji bahawa kami akan mengambil bahagian dalam Sukan Paralimpik ini, menghormati dan mengikuti peraturan yang mengawalnya, komited terhadap satu sukan tanpa doping dan dadah, dengan semangat sukan yang benar, demi kegemilangan sukan dan kebanggaan pasukan kami.[12]

Seorang pengadil dari negara tuan rumah juga akan melafazkan ikar berikut:

Ikrar Pengadil (Ikrar Pegawai)

Atas nama semua pengadil dan pegawai, saya berjanji bahawa kami akan bertindak dalam Sukan Paralimpik ini dengan penuh keadilan, menghormati dan mengikuti peraturan yang mengawalnya dengan semangat sukan yang benar.[13]

Seorang jurulatih dari negara tuan rumah turut akan melafazkan ikar berikut:

Ikrar Jurulatih

Atas nama semua jurulatih dan ahli rombongan pengiring atlet yang lain, saya berjanji bahawa kami akan komited terhadap menjamin semangat sukan dan keadilan permainan dipatuhi dan didukung sepenuh-penuhnya selaras dengan prinsip asas pergerakan Paralimpik.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Ikrar Paralimpik pertama kali diangkat pada Sukan Paralimpik yang pertama. Ikrar Paralimpik adalah hampir sama dengan Ikrar Olimpik, kecuali istilah "Sukan Olimpik" yang digantikan dengan istilah "Sukan Paralimpik". Ikrar tersebut asalnya ditulis oleh Pierre de Coubertin. [14] Ikrar jurulatih pertama kali diangkat pada Sukan Paralimpik Musim Panas 2012.

Lagu[sunting | sunting sumber]

Lagu rasmi Paralimpik akan dimainkan apabila Bendera Paralimpik dinaikkan. Lagu tersebut berasal daripada "Hymne de l’Avenir" (Bahasa Melayu: Lagu Masa Depan; bahasa Inggeris: Anthem of the Future) yang digubal oleh Thierry Darnis. Lagu tersebut telah diluluskan oleh IPC pada Mac 1996.[15]

Penyanyi muzik country Australia, Graeme Connors telah menulis lirik bagi lagu tersebut pada tahun 2001.[16]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g "New Logo and Motto for IPC". Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa. 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 April 2008. Dicapai pada 18 August 2015.
  2. ^ a b c d e Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa – The IPC logo, motto and flag, CRWFlags.com
  3. ^ a b "No. 18: The Agitos, the Paralympic symbol is unveiled". Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-07-30.
  4. ^ New Logo and Motto for IPC Diarkibkan 6 April 2008 di Wayback Machine, Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC)
  5. ^ "IPC Launches New Look: Change Starts with Sport". Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-07-30.
  6. ^ "Refreshed IPC logo designed to give "parity" with Olympic Rings". www.insidethegames.biz. Dicapai pada 2021-07-30.
  7. ^ a b c Vom Rehabilitationssport zu den Paralympics Diarkibkan 5 Mac 2012 di Wayback Machine (Jerman), Sportmuseum Leipzig
  8. ^ Athlete first: a history of the paralympic movement, by Steve Bailey, Google Books
  9. ^ Games symbols and mascots, Get Set – London 2012 Education Programme
  10. ^ "PARALYMPIC TORCH RELAY" (PDF). paralympic.org. Dicapai pada 13 Oktober 2021.
  11. ^ Stoke Mandeville, Stoke Mandeville to feature in all Paralympic Games Torch Relays
  12. ^ Paralympic Winter Games History, Jawatankuasa Olimpik dan Paralimpik AS
  13. ^ Summary of the Opening Ceremony Diarkibkan 12 September 2008 di Wayback Machine, Laman Web Rasmi Sukan Olimpik Beijing 2008, 6 September 2008
  14. ^ Paralympic Oath Diarkibkan 19 Jun 2010 di Wayback Machine (.pdf), Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC)
  15. ^ IPC Handbook – Bylaws Governance and Organizational Structure Diarkibkan 26 Ogos 2016 di Wayback Machine (.pdf ), Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC)
  16. ^ "The Paralympian 4/2001 - Editorial". 6 Januari 2002. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Januari 2002. Dicapai pada 20 Mac 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]