Apink

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Apink
180708 Sangam Fan Signing Apink.jpg
Apink pada Julai 2018
(Dari kiri ke kanan: Na-eun, Hayoung, Namjoo (atas), Cho-rong (tengah), Bomi, Eunji (bawah))
Latar belakang
Berasal dariKorea Selatan Seoul, Korea Selatan
GenreK-pop
Tahun aktif2011 (2011)–sekarang
Syarikat rakaman
Laman sesawang
planaent.co.kr/apink (Korea)
Ahli
Bekas ahliHong Yoo-kyung

Apink (Bahasa Korea: 에이핑크, Bahasa Jepun: エーピンク; juga ditulis sebagai A Pink) ialah sebuah kumpulan wanita Korea Selatan ditubuhkan oleh Play M Entertainment (sebelum ini dikenali sebagai A Cube Entertainment[1][2] dan Plan A Entertainment[3]). Kumpulan ini debut pada tahun 2011. Kumpulan ini terdiri daripada Park Cho-rong, Yoon Bo-mi, Jung Eun-ji, Son Na-eun, Kim Nam-joo dan Oh Ha-young. Hong Yoo-kyung meninggalkan kumpulan ini pada bulan April 2013 untuk memberi tumpuan terhadap pembelajaran.

Apink membuat penampilan pertama mereka pada 19 April 2011 menerusi album mini Seven Springs of Apink bersama lagu "I Don't Know". Pada bulan Oktober 2014, Apink mengeluarkan lagu bahasa Jepun pertama mereka, "NoNoNo". Kemenangan program muzik pertama mereka adalah dalam M Countdown pada 5 Januari 2012 menerusi lagu "My My" dari album mini kedua mereka, Snow Pink. Apink telah memenangi lebih daripada 30 anugerah muzik dan 32 anugerah program muzik. Apink telah mengeluarkan enam album mini Bahasa Korea, tiga album studio Bahasa Korea dan tiga album studio Bahasa Jepun.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pra–debut[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Februari 2011, A Cube Entertainment mengumumkan pelatih pertama untuk kumpulan baru wanita, Apink, Son Na-eun yang muncul di dalam video muzik kumpulan Beast untuk lagu "Soom" (; "Breath"), "Beautiful" dan "Niga Jeil Joha" (니가 제일 좋아; "I Like You the Best") pada lewat tahun 2010.[4] Park Cho-rong yang muncul di dalam video muzik Bahasa Jepun Beast untuk lagu "Shock" kemudiannya menyertai sebagai ketua kumpulan.[5] Juga pada bulan Februari, A Cube mengumumkan Oh Ha-young sebagai ahli ketiga.[6] Pada bulan Mac, Jung Eun-ji diperkenalkan sebagai ahli keempat menerusi akaun Twitter A Cube dengan video dimana beliau menyanyikan lagu Jennifer Hudson bertajuk "Love You I Do".[7] Hong Yoo-kyung juga diumumkan melalui video yang menunjukkan beliau bermain piano.[8] Dua ahli terakhir, Yoon Bo-mi dan Kim Nam-joo diperkenalkan melalui rancangan realiti kumpulan ini, Apink News.[9]

Sebelum kemunculan pertama kumpulan ini, dokumentari Apink News disiarkan menerusi saluran Trend E.[10] Rancangan ini merekodkan proses pelancaran Apink. Episod-episod rancangan ini diacarakan oleh pelbagai selebriti termasuk G.NA, AJ Tan dan Joo Na dari Single G, Juliane, Jay dan Bor Je dari Osicles, Mario, Seung Ho dan G.O dari MBLAQ, Beast, 4Minute, Jinwoon dari 2AM, Sunhwa dan Hyoseong dari Secret.[11][12] Minggu sebelum kemunculan pertama Apink, mereka mengeluarkan iklan televisyen pertama mereka untuk Ceylon Tea.

2011[sunting | sunting sumber]

Kumpulan ini mengeluarkan album mini pertama mereka, Seven Springs of Apink dan video muzik untuk lagu "Mollayo" (몰라요; "I Don't Know") pada 19 April 2011. Album ini mempunyai lima lagu termasuk "It Girl" dan "Wishlist". Apink membuat persembahan pentas pertama mereka menerusi lagu "Mollayo" dalam M! Countdown pada 21 April untuk mempromosi album mereka.[13] Selepas beberapa bulan mempromosi lagu "Mollayo", mereka mula mempromosi lagu "It Girl".[5] Apink juga merekodkan lagu untuk drama Protect the Boss dimana ia dikeluarkan pada bulan September 2011.[14] Pada bulan November 2011, Apink mula merekodkan rancangan realiti bertajuk Birth of a Family bersama kumpulan Infinite.[15]

Kumpulan ini mengeluarkan album mini kedua mereka, Snow Pink pada 22 November 2011 yang menampilkan lagu "My My". Promosi untuk lagu "My My" bermula pada 25 November dalam Music Bank.[16] Juga pada bulan November, Apink menerima anugerah pertama mereka iaitu "Anugerah Rookie Wanita" di Anugerah Muzik Asia Mnet 2011 yang berlangsung di Singapura. Pada bulan Disember 2011, Apink dan Beast mengeluarkan video muzik lagu "Skinny Baby" untuk jenama uniform sekolah, Skoolooks.[17] Pada bulan Januari 2012, mereka menerima tiga lagi "Anugerah Rookie" di Anugerah Hiburan dan Kebudayaan Korea, Anugerah Golden Disk dan Anugerah Muzik Seoul High 1.[18]

2012–2013[sunting | sunting sumber]

Apink mempersembahkan "Bubibu" di Mnet M! Countdown Smile Thailand Southeast Asia pada tahun 2012.

Pada bulan Januari 2012, Apink memenangi anugerah program muzik pertama mereka dalam M! Countdown menerusi lagu "My My".[19] Pada bulan Februari, mereka menerima anugerah "Rookie Tahunan" di Anugerah Carta Gaon pertama.[20] Kumpulan ini membuat persembahan di Festival Muzik Kanada pada bulan Mac 2012.[21] Apink News juga disambung untuk tiga musim.[22] Untuk musim ketiga yang mula disiarkan pada bulan Jun 2012, ahli kumpulan Apink juga menyumbang tenaga sebagai penulis, pengendali kamera dan kerja-kerja penerbitan lain.[23]

Kumpulan ini seterusnya mengeluarkan lagu "April 19" (4월 19일) untuk meraikan ulang tahun pertama mereka. Lagu ini dicipta oleh Kim Jin-hwan dengan lirik ditulis oleh ketua kumpulan, Park Cho-rong.[24] Lagu ini dimasukkan ke dalam album studio pertama mereka, Une Année yang dikeluarkan pada 9 Mei 2012. Kumpulan ini mula mempromosi album ini menerusi penampilan mingguan dalam program muzik dan mempersembahkan lagu "Hush" sepanjang bulan Jun.[25] Mereka terus mempromosi album ini pada bulan Julai menerusi lagu ketiga dari album ini, "Bubibu".

Pada bulan Januari 2013, Apink merekodkan satu lagi lagu bersama Beast untuk mempromosi Skoolooks. Pada 5 Januari semasa konsert AIA K-POP 2013 yang berlangsung di Hong Kong, kumpulan ini mempersembahkan beberapa lagu mereka bersama-sama 4Minute dan Beast.[26] Pada bulan April 2013, Hong Yoo-kyung meninggalkan kumpulan ini untuk memberi tumpuan terhadap pelajaran.[27]

Album mini ketiga kumpulan ini, Secret Garden dan lagu "NoNoNo" dikeluarkan pada 5 Julai 2013.[28] "NoNoNo" merupakan lagu kumpulan ini dengan kedudukan carta tertinggi mereka, ditempat ke–2 dalam carta K-Pop Hot 100 oleh Billboard.[29] Pada bulan November 2013, di Anugerah Muzik Asia Mnet 2013, Apink menerima anugerah Bintang Global Generasi Seterusnya.[30] Pada bulan Disember, Apink berkolaborasi bersama Beast, 4Minute, BTOB, G.NA, Roh Ji-hoon, Shin Ji-hoon dan Kim Kiri untuk mengeluarkan lagu krismas.[31] Pada bulan yang sama, mereka merekodkan lagu bersama B.A.P bertajuk "Mini" untuk Skoolooks.[32] Pada bulan Julai 2013, Apink telah dipilih sebagai duta kehormat untuk Pameran Pelesenan dan Karakter Seoul 2013.[33]

2014[sunting | sunting sumber]

Pada 13 Januari 2014, Apink mengeluarkan lagu "Good Morning Baby" untuk meraikan hari ke–1,000 sejak kemunculan pertama kumpulan ini.[34] Lagu ini menduduki tempat ke–6 dalam carta mingguan Gaon.[35] Album mini keempat mereka, Pink Blossom dan video muzik untuk lagu "Mr. Chu" dikeluarkan pada 31 Mac.[36] Lagu ini menduduki tempat ke–2 dalam carta K-Pop Hot 100 oleh Billboard.[37] Apink memenangi enam trofi program muzik menerusi lagu "Mr. Chu".[38] Lagu ini juga merupakan lagu digital kelapan paling laris pada tahun 2014 menurut carta akhir tahun Gaon.[39]

Apink semasa perjumpaan peminat di Mokdong pada tahun 2014

Pada bulan Jun 2014, Bomi dan Namjoo membentuk sub-unit bernama Apink BnN yang mengeluarkan lagu "My Darling" untuk Projek Ulang Tahun ke–10 Brave Brothers.[40] Lagu "My Darling" kemudiannya dimasukkan ke dalam album mini Apink kelima, Pink Luv. Lagu "Break Up to Make Up" untuk projek A Cube for Season #Sky Blue, menampilkan Eunji dan Huh Gak dikeluarkan pada 8 Julai dan menduduki tempat pertama dalam carta mingguan Gaon.[41]

Pada bulan Ogos, Apink telah dipilih untuk menggantikan Beast dalam rancangan realiti MBC Every1, Showtime.[42] Apink's Showtime pertama kali ditayangkan pada 7 Ogos 2014 sebanyak lapan episod. Rancangan ini mengikuti aktiviti harian Apink.[43]

Apink membuat kemunculan pertama di Jepun menerusi persembahan pada 4 Ogos di Tokyo dan pada 15 September di Osaka dimana 6,000 peminat hadir.[44] Lagu bahasa Jepun pertama mereka, "NoNoNo" juga termasuk versi Jepun untuk lagu "My My" dikeluarkan pada 22 Oktober.[45] Lagu ini menduduki tempat ke–4 dalam carta mingguan Oricon. Lebih daripada 20,000 peminat dilaporkan hadir untuk acara kemunculan pertama mereka yang diadakan di tiga bandar Jepun.[46]

Dari bulan September sehingga November 2014, Apink mengutip dana untuk Yayasan Harapan Seungil untuk membina hospital untuk pesakit ALS.[47] Pada bulan November, kelab peminat dalam talian Apink melepasi 100,000 ahli.[48] Pada 13 November, Apink menerima anugerah Tarian Wanita Terbaik di Anugerah Muzik MelOn ke–6 untuk video lagu "Mr. Chu".[49]

Pada bulan November 2014, kumpulan ini mengeluarkan album mini kelima mereka, Pink Luv serta video muzik untuk lagu "Luv".[50] Lagu ini menduduki tempat pertama dalam carta mingguan dan bulanan Gaon.[51] Apink pertama kali mempersembahkan lagu "Luv" pada 20 November disusuli dengan persembahan dalam Music Bank pada hari berikutnya sebelum album dikeluarkan.[52] Kumpulan ini memenangi tempat pertama dalam ketiga-tiga rancangan muzik Korea terbesar untuk dua minggu berturut-turut menjadikan mereka satu-satunya kumpulan wanita untuk berbuat demikian pada tahun 2014.[53] Selain The Show dan Music Core, mereka juga memenangi triple crown dalam Inkigayo.[54] Mereka mengakhiri tahun dengan memenangi kesemua program muzik pada bulan Disember menerusi lagu "Luv".[38] Dalam ranking akhir tahun Gaon, Apink merupakan kumpulan wanita ketiga terlaris pada tahun 2014.[55]

2015[sunting | sunting sumber]

Pada 10 Januari 2015, Apink menjadi kumpulan pertama untuk memenangi lima anugerah berturut-turut dalam Music Core.[56] Pada bulan yang sama, kumpulan ini menerima anugerah "Digital Bonsang" dan "Persembahan Kumpulan Wanita Terbaik" di Anugerah Golden Disk ke–29, anugerah "Bonsang" dan "Populariti" di Anugerah Muzik Seoul, "Kumpulan Wanita Terbaik" di Anugerah Hiburan dan Kebudayaan Korea dan "Lagu Terbaik pada bulan Disember" di Anugerah K-Pop Carta Gaon. Konsert 'Pink Paradise' diadakan di Dewan Olimpik, Taman Olimpik pada 30 dan 31 Januari.[57] Apink mengeluarkan versi Jepun untuk lagu "Mr. Chu" pada 18 Februari 2015 yang juga mengandungi versi Jepun untuk lagu "Hush".[58] Lagu ini menduduki tempat ke–2 dalam carta mingguan Oricon.[59]

Apink di Anugerah Hanbitsa pada bulan Jun 2015

Pada bulan Februari 2015, Apink disenaraikan dalam Korea Power Celebrity 40 oleh Forbes Korea buat pertama kali dengan menduduki tempat ke–18.[60] Pada bulan yang sama, kumpulan ini telah dipilih sebagai salah satu daripada "3 Artis Baru Terbaik (Asia)" di Anugerah Gold Disc Jepun.[61]

Apink mengadakan konsert luar negara pertama mereka, "Pink Paradise" di Singapura pada 22 Mac.[62] Mereka muncul di Festival Muzik Korean Times yang berlangsung di Los Angeles pada bulan Mei, acara Music Bank di Hanoi, Vietnam dan mengadakan konsert Pink Paradise di Shanghai.[63][64]

Apink mengeluarkan lagu "Promise U" pada 19 April yang ditulis oleh Jung Eun-ji untuk meraikan ulang tahun ke–4 kumpulan ini.[65] Versi Jepun untuk lagu "Luv" dikeluarkan sebagai lagu single ketiga mereka pada 20 Mei bersama-sama lagu "Good Morning Baby".[66] Mereka mempersembahkan lagu ini buat kali pertama di "Girls Award 2015 Spring/Summer" yang berlangsung di Tokyo pada 29 April.[59]

Pada 16 Julai, kumpulan ini mengeluarkan album penuh kedua mereka, Pink Memory bersama-sama lagu "Remember".[67] Pada 22 dan 23 Ogos, kumpulan ini mengadakan konsert kedua mereka, "Pink Island" dimana selepas itu mereka memulakan aktiviti luar negara termasuk perjumpaan peminat di Thailand, konsert jelajah di Jepun dan persembahan konsert MTV World Stage di Malaysia.[68] Pada 26 Ogos, kumpulan ini mengeluarkan album penuh Bahasa Jepun pertama mereka, Pink Season.

Pada bulan November 2015, Apink mengumumkan jejalah konsert pertama mereka di Amerika Utara dan dijadualkan akan membuat persembahan di Vancouver, Dallas, San Francisco dan Los Angeles.[69] Lagu Jepun keempat kumpulan ini, Sunday Monday dikeluarkan pada 9 Disember bersama-sama versi Jepun untuk lagu Petal.[70] Pada akhir tahun 2015, Apink menduduki tempat 10 Teratas di Anugerah Muzik MelOn.[71] Kumpulan ini mengakhiri tahun sebagai kumpulan wanita kedua terlaris pada tahun 2015 menerusi jualan album Pink LUV dan Pink Memory.[72]

2016[sunting | sunting sumber]

Apink memulakan jelajah Amerika Utara mereka pada 5 Januari di Vancouver disusuli dengan persembahan di Dallas, San Francisco dan Los Angeles. Pada bulan yang sama, Apink menerima Bonsang di Anugerah Muzik Seoul dan Disk Bonsang di Anugerah Golden Disk.[73][74] Pada 24 Januari, Apink dijemput untuk menghadiri Anugerah Muzik KKBOX yang berlangsung di Taiwan.[75] Pada 25 Februari, kumpulan ini mengeluarkan video muzik untuk lagu Jepun mereka, Brand New days. Lagu ini merupakan lagu pembuka untuk anime, Rilu Rilu Fairilu ~Yousei No Door~.[76] Kumpulan ini membuat persembahan di Anugerah Filem Asia ke-10 pada 17 Mac.[77] Pada 2 April, kumpulan ini mengadakan konsert mini, "Pink Memory Day" di Singapura.[78] Pada 19 April, Apink mengeluarkan lagu bertajuk "The Wave" yang ditulis oleh Park Cho-rong untuk meraikan ulang tahun kelima mereka bersama-sama sebuah buku bergambar, "Girls' Sweet Repose".[79][80]

Apink di majlis pembukaan Festa Jualan Korea pada bulan September 2016

Apink membuat persembahan untuk MTV Music Evolution di Manila pada 24 Jun.[81] Apink mengadakan jelajah konsert Jepun kedua mereka bermula di Sapporo pada 7 Julai.[82] Mereka membuat persembahan di hadapan 20,000 peminat sepanjang enam konsert di lima bandar. Apink dijadual untuk mengeluarkan lagu Jepun keenam mereka, Summer Time pada 3 Ogos.[83] Untuk mempromosi lagu ini, Apink mengadakan acara pengeluaran di tujuh bandar berlainan dari 1 sehingga 7 Ogos bermula di Fukuoka disusuli dengan Hiroshima, Nagoya, Osaka, Kobe, Tokyo dan Niigata.[84]

Apink mengeluarkan album ketiga mereka, Pink Revolution pada 26 September 2016. Lagu "Only One" (내가 설렐 수 있게) digunakan untuk mempromosi album ini bersama-sama lagu "Boom Pow Love" dan "Ding Dong". Pada hari yang sama, mereka mengadakan persembahan yang disiarkan secara langsung melalui V-live. "Only One" menduduki tempat teratas dalam tujuh carta muzik di Korea beberapa jam selepas lagu ini dikeluarkan. Apink mempromosi "Only One" dan Pink Revolution selama hampir sebulan dan album ini terjual lebih daripada 50,000 salinan di Korea Selatan.[85]

Pada bulan November 2016, Apink memulakan jelajah Asia "Pink Aurora", membuat persembahan di beberapa negara Asia termasuk Taiwan dan Singapura. Plan A Entertainment juga mengumumkan konsert "Pink Party" yang berlangsung di Seoul pada 17 dan 18 Disember. Apink juga kembali ke Jepun untuk mempromosi album Jepun kedua mereka, "Pink Doll," yang dijadual dikeluarkan di Jepun pada 21 Disember. Pada 30 November, Plan A Entertainment mengumumkan melalui Naver bahawa Apink akan kembali pada 15 Disember menerusi album istimewa, Dear. Video muzik untuk lagu utama album, "Cause You're My Star" dimuat naik di laman YouTube. Album ini juga mengandungi versi instrumen dan balada lagu-lagu Apink yang terkenal termasuk "Mr. Chu," "NoNoNo," "Luv" dan "April 19th". [86]

2017[sunting | sunting sumber]

Pada 21 Mac, Apink mengeluarkan lagu single Jepun ketujuh mereka, "Bye Bye". Album mini kedua Eun-ji, The Space bersama lagu utama, "The Spring" dikeluarkan pada 10 April.[87] Pada 19 April, Apink mengeluarkan sebuah lagi lagu peminat bertajuk "Always". Konsert solo pertama Eun-ji berlangsung pada 3 sehingga 5 Jun.[88]

Pada 26 Jun, Pink UP telah dikeluarkan bersama lagu "Five" yang ditulis oleh Shinsadong Tiger. Semasa minggu pertama pengeluaran, Pink UP menduduki tempat teratas dalam Carta Album Gaon, buat pertama kali untuk kumpulan ini sejak album mini Pink Luv. [89] Lagu "Five" menduduki tempat ke–4 dalam Carta Digital.[90]

Ahli[sunting | sunting sumber]

Ahli semasa[sunting | sunting sumber]

Park Cho-rong
Rencana utama: Park Cho-rong
Chorong pada bulan September 2017

Park Cho-rong (Hangul: 박초롱) lahir pada 3 Mac 1991 di Cheongju, Chungcheong Utara, Korea Selatan.[91][92] Beliau mempunyai seorang kakak dan seorang adik perempuan. Beliau menghadiri Sekolah Tinggi Chungbuk. Bapa Park memiliki sebuah pusat hapkido dan beliau mempelajari hapkido selama lapan tahun.[93] Beliau merupakan pemegang tali pinggang hitam peringkat ke–3.[94] Park menjalani uji bakat untuk JYP Entertainment pada tahun 2009 di mana beliau berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir.[95] Walau bagaimanapun, beliau akhirnya tersingkir sebelum menyertai Cube Entertainment sebagai seorang pelatih.

Beliau diperkenalkan kepada orang awam melalui video muzik kumpulan Beast untuk versi Jepun lagu "Shock".[96] Di kalangan ahli-ahli Apink, beliau paling berpengalaman sebagai penulis lagu. Antara lirik lagu Apink yang ditulis oleh beliau termasuk "April 19th", "Love Story", "So Long", "Wanna Be", "Dejavu", "The Wave" dan "To. Us".

Park membuat penampilan lakonan pertamanya di dalam sitkom MBC tahun 2010, All My Love.[97] Beliau kemudiannya membuat penampilan kameo di dalam drama tahun 2012, Reply 1997.[98] Pada tahun 2014, beliau mendapat watak utama pertamanya sebagai Han Soo-ah di dalam drama tvN, Plus Nine Boys.[99]

Yoon Bo-mi
Rencana utama: Yoon Bo-mi
Bomi pada bulan Februari 2016

Yoon Bo-mi (Hangul: 윤보미; Hanja: 尹普美) lahir pada 13 Ogos 1993 di Suwon, Gyeonggi, Korea Selatan.[91][92] Beliau mempunyai seorang kakak, Yoon Sun-mi dan seorang adik lelaki, Yoon Jong-jin.[100] Beliau berlatih Taekwondo sejak berumur lima tahun dan merupakan pemegang tali pinggang hitam peringkat ke–3.[101] Beliau menghadiri Sekolah Tinggi Perempuan Youngshin dan kemudiannya Sekolah Tinggi Seni Korea dimana beliau menamatkan pembelajaran pada bulan Februari 2012.

Pada tahun 2012, Yoon membuat penampilan kameo di dalam Reply 1997 dimana beliau melakonkan versi remaja Moon Jeong-mi.[98] Beliau juga menjadi pengacara untuk rancangan varieti, Weekly Idol bermula 17 Julai 2013 sehingga 8 Julai 2015.[102] Pada lewat tahun 2013, beliau muncul di dalam video muzik K-Hunter untuk lagu "Marry Me" dan tampil di dalam lagu M.I.B, "Let's Talk About You". Beliau dipilih sebagai ahli untuk rancangan varieti, The Human Condition pada tahun 2014 dan istimewa wanita Real Men pada awal tahun 2015.[103]

Pada tahun 2015, beliau ditampilkan dalam lagu David Oh, "I Know, I Know" yang dikeluarkan pada 11 Mei.[104] Pada 16 Jun, beliau mengeluarkan sebuah lagu duet bersama Im Seulong bertajuk "Lovely" untuk rancangan varieti, Some Guys, Some Girls.[105] Beliau kemudiannya ditampilkan dalam lagu Yoon Hyun-sang, "Let's Eat Together" yang dikeluarkan pada 24 September. Beliau juga membintangi video muzik lagu ini.[106]

Pada bulan September 2015, beliau telah dipilih untuk berlakon di drama web KBS, Love Detective Sherlock K sebagai Yuna.[107] Yoon dan Kim muncul di dalam Sugar Man sebagai pada 20 Oktober.[108] Dalam episod terakhir Weekly Idol pada tahun 2015, Yoon menjadi pengacara tetamu keempat. Pada bulan Januari, Yoon dan Kim berada dalam perbincangan untuk menjadi pengacara baru Tasty Road 2.[109] Pada bulan September 2016, beliau menyertai rancangan We Got Married bersama Choi Tae-joon.

Jung Eun-ji
Rencana utama: Jung Eun-ji
Eunji pada bulan Julai 2017

Jung Eun-ji (Hangul: 정은지; Hanja: 鄭恩地) lahir dengan nama Jung Hye-rim (Hangul: 정혜림; Hanja: 鄭慧林) pada 18 Ogos 1993 di Haeundae, Busan, Korea Selatan.[91][110] Beliau menghadiri Sekolah Tinggi Perempuan Hyehwa.[111] Pada tahun 2004, Jung memenangi hadiah utama dalam program Excited Day Enjoyable Day (신나는 날 즐거운 날) diacarakan oleh saluran KBS.[112] Pada bulan November 2010, Jung melepasi ujibakat untuk menjadi penyanyi utama Apink.

Jung membuat penampilan lakonan pertamanya di dalam Reply 1997 pada tahun 2012 sebagai watak wanita utama.[113] Beliau kemudiannya mempunyai peranan sokongan di dalam melodrama, That Winter, the Wind Blows (2013) serta peranan utama di dalam Trot Lovers (2014) dan Cheer Up! (2015). Beliau membuat penampilan teater muzikal pertamanya pada bulan November 2012, melakonkan watak Elle Woods di dalam Legally Blonde.[114] Pada tahun 2014, beliau melakonkan watak Han Ji-eun di dalam pementasan adaptasi drama bersiri tahun 2004, Full House.[115]

Jung telah mengeluarkan banyak lagu kolaborasi bersama penyanyi lain seperti Yang Yo-seob, Seo In-guk dan Huh Gak.[116] Beliau juga telah menyanyikan lagu runut bunyi asal untuk pelbagai drama termasuk Three Days (2014), Entertainer (2016) dan Strong Woman Do Bong-soon (2017). Jung telah mengagumkan ramai penonton menerusi keupayaan vokal beliau ketika muncul di drama program nyanyian seperti Immortal Song 2, King of Masked Singer dan Sugarman. Beliau membuat penampilan pertamanya sebagai artis solo pada 18 April 2016 menerusi album mini 'Dream'.[117]

Son Na-eun
Rencana utama: Son Na-eun
Naeun pada bulan Mac 2016

Son Na-eun (Hangul: 손나은) lahir pada 10 Februari 1994 di Seoul, Korea Selatan.[91][92] Son merupakan pelatih pertama untuk diumumkan sebagai ahli Apink pada tahun 2011. Son menghadiri Sekolah Tinggi Chungdam dan kemudiannya berpindah ke Sekolah Tinggi Seni Persembahan Seoul dimana beliau menamatkan pembelajaran pada 7 Februari 2013. Beliau diterima masuk ke Universiti Dongguk pada tahun 2013.[118] Beliau telah dipilih sebagai duta universiti tersebut pada tahun 2014 bersama-sama Yoona dari Girls' Generation dan Park Ha-sun.[119]

Beliau ditampilkan di dalam video muzik Beast untuk lagu "Breath", "Beautiful" dan "I Like You The Best" pada lewat tahun 2010.[4] Beliau kemudiannya muncul di dalam video muzik Huh Gak untuk lagu "The Person Who Once Loved Me" dan "It Hurts" pada tahun 2012 serta Speed untuk lagu "Sad Promise" dan "It's Over" pada tahun 2013.Son menjadi model untuk jenama Peripera dan M-Limited.[120][121]

Son mempunyai peranan di dalam drama The Great Seer, Salamander Guru and The Shadows, Childless Comfort dan Twenty Again serta filem Marrying the Mafia 5: Return of The Family dan The Miracle.[122] Pada tahun 2016, Son mempunyai peranan di drama Cinderella and Four Knights.[123] Pada tahun 2013–2014, Son muncul di dalam We Got Married bersama-sama Taemin.[124] Beliau juga memenangi anugerah Bintang Tahunan di Anugerah Hiburan MBC.[125]

Kim Nam-joo
Rencana utama: Kim Nam-joo (penyanyi)
Namjoo pada bulan Mei 2016

Kim Nam-joo (Hangul: 김남주; Hanja: 金南珠) lahir pada 15 April 1995 di Seoul, Korea Selatan.[91][110] Pada tahun 2007, ketika berumur 13 tahun, beliau muncul di dalam iklan televisyen untuk jenama makanan kesihatan.[126] Beliau menyertai Cube Entertainment melalui uji bakat Cube Party 2010 dan merupakan salah seorang daripada ahli terakhir Apink untuk diperkenalkan sebelum kemunculan pertama kumpulan ini. Kim menghadiri Sekolah Tinggi Seni Persembahan Seoul dan menamatkan pembelajaran pada bulan Februari 2014.[127] Bersama-sama Eun-ji dan Jang Hyun-seung dari Beast, beliau mengeluarkan lagu "A Year Ago" dari projek A Cube For Season #White pada 3 Januari 2013.[128] Pada tahun 2014, beliau mempersembahkan lagu "Seoul Lonely" bersama trio hip-hop, Phantom dalam beberapa program muzik.[129] Pada tahun 2015, Kim diterima masuk sebagai pelajar di Jabatan Seni Persembahan Universiti Sungkyunkwan.[130]

Pada bulan Mac 2015, Kim menyertai Tutoring Across Generations.[131] Rancangan ini dibatalkan pada 2 April kerana kejatuhan rating.[132] Pada 2 Jun 2015, beliau mengeluarkan lagu duet bersama Yook Sung-jae bertajuk "Photograph" sebagai sebahagian daripada projek album Cube Entertainment, A Cube For Season #Blue Season 2.[133] Pada bulan September 2015, beliau telah dipilih untuk berlakon di dalam drama web, Investigator Alice yang disiarkan pada bulan Oktober dimana beliau melakonkan watak detektif Chun Yeon-joo.[134] Kim dan Yoon muncul dalam Sugar Man sebagai Apink BnN pada 20 Oktober. Beliau ditampilkan di dalam lagu Damianom "Sweet Now" yang dikeluarkan pada 28 Oktober.[135] Kim telah didedahkan sebagai penyanyi disebalik topeng 'Good Daughter Shim Cheong' semasa siaran 27 Disember King of Mask Singer.[136] Pada tahun 2016, beliau sekali lagi dipilih untuk berlakon di dalam drama Naver TV Cast, Investigator Alice Musim 2 yang disiarkan pada bulan Ogos.

Oh Ha-young
Rencana utama: Oh Ha-young
Hayoung pada bulan Ogos 2015

Oh Ha-young (Hangul: 오하영; Hanja: 吳夏榮) lahir pada 19 Julai 1996 di Seoul, Korea Selatan.[91][110] Beliau menjalani uji bakat untuk Cube Entertainment ketika berada dalam Gred 7 dan kemudiannya menjadi ahli termuda kumpulan ini.[110] Beliau menghadiri Sekolah Menengah Shinwol sehingga tahun 2012 sebelum menghadiri Sekolah Tinggi Seni Persembahan Seoul di mana beliau menamatkan pengajian pada tahun 2015.[137] Oh membuat keputusan untuk tidak menghadiri kolej selepas sekolah tinggi untuk memberi tumpuan kepada promosi Apink.[138]

Pada tahun 2013, Oh muncul di dalam video muzik Huh Gak untuk lagu "1440".[139] Beliau juga muncul bersama CNU dari B1A4 di dalam video muzik lagu Shin Bora bertajuk "Frozen".[140] Pada 30 Julai 2014, Oh ditampilkan di dalam lagu "The Best Thing I Did", sebuah lagu di dalam album mini ketiga Jiggy Dog. Juga pada tahun 2014, beliau muncul di dalam beberapa episod rancangan varieti, Weekly Idol sebagai pengacara bersama-sama Yoon Bo-mi.[141]

Untuk album penuh kedua kumpulan ini, Pink Memory, beliau menulis lirik untuk lagu "What a Boy Wants".[142] Pada bulan Ogos 2015, beliau dilantik sebagai pengacara Weekly Idol bersama-sama Mina dari AOA dan N dari VIXX. Beliau mengacara rancangan ini bersama-sama Jeong Hyeong-don dan Defconn bermula 2 September.[143]

Pada tahun 2016, Oh menyertai rancangan realiti, Law of the Jungle sebagai sebahagian daripada edisi tetamu wanita di Papua New Guinea.[144] Pada bulan November 2016, Oh telah disahkan akan membuat penampilan pertamanya sebagai pelakon di dalam drama web Brother Jeongnam (Bahasa Korea: 정남이형) yang akan disiarkan menerusi saluran KBS2 dan KBS World.[145] Tajuk drama ini kemudiannya ditukar kepada Find Her (Bahasa Korea: 그녀를 찾아줘). Drama web ini disiarkan pada 1 Mac 2017 sebanyak dua episod.[146]

Bekas ahli[sunting | sunting sumber]

Hong Yoo-kyung

Hong Yoo-kyung (Hangul: 홍유경; Hanja: 洪瑜暻) lahir pada 22 September 1994 di Seoul, Korea Selatan.[92] Beliau merupakan anak perempuan kepada Hong Ha-jong, CEO syarikat DSR Wire Corp.[147] Beliau menghadiri Sekolah Tinggi Hyundai dan Sekolah Seni Persembahan Seoul.[148] Ketika berumur 11 tahun, Hong mengeluarkan CD kanak-kanak dan sebuah lagu bertajuk "Hae Tae Story". Hong menyertai Apink pada tahun 2011 dan pada bulan April 2013, beliau meninggalkan kumpulan ini untuk menumpukan pembelajaran.[149] Pada awal tahun tersebut, beliau diterima masuk ke Jabatan Persembahan Ciptaan Filem Universiti Chung-Ang.[150]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Diskografi Apink

Album Korea

Album Jepun

Konsert dan jelajah[sunting | sunting sumber]

Jelajah Korea
  • Pink Paradise (2015)
  • Pink Island (2015)
  • Pink Party (2016)
  • Pink Space (2018)
Jelajah Jepun
  • Apink 1st Live Tour 2015 - Pink Season (2015)
  • Apink 2nd Live Tour 2016 - Pink Summer (2016)
  • Apink 3rd Live Tour – 3 Years (2017)
Jelajah Asia
  • Apink Secret Garden in Singapore - Vizit Korea (2013)
  • Pink Paradise Asia Tour (2015)
  • Apink Pink Memory Day In Singapore Mini Concert & Fan Meeting (2016)
  • Pink Aurora Asia Tour (2016–2017)
  • Pink Up Asia Tour (2017)
Jelajah Amerika
  • Pink Memory: Apink North America Tour (2016)
Lain-lain
  • United Cube Concert (2011)
  • MTV World Stage Live in Malaysia (2015)
  • MTV Music Evolution Manila - Philippines (2016)

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "EXID·에이핑크 소속사, 나란히 사명 변경 왜" (dalam bahasa Korean). entertain.naver.com/. 2 March 2016. Dicapai 2 March 2016. 
  2. ^ Kevin Fox (2 March 2016). "A Cube Entertainment Rebrands, Changes Name To Plan A Entertainment". kpopstarz.com. Dicapai 2 March 2016. 
  3. ^ "[공식입장] 플랜에이·페이브 합병…'플레이 M' 이름으로 새 출발". entertain.naver.com (dalam bahasa Korea). March 29, 2019. Dicapai March 29, 2019. 
  4. ^ a b "Apink Profile". Mwave. CJ E&M. Dicapai 15 Disember 2014. 
  5. ^ a b Kim Yoon-mi (14 Julai 2011). "A Pink shows seven pastel colors". The Korea Herald. Dicapai 15 Disember 2014. 
  6. ^ "에이핑크 리더 초롱-막내 하영 오붓 사진 공개 '미모 남다르네'" (dalam bahasa Korea). Newsen. 23 Februari 2011. Dicapai 8 Februari 2015. 
  7. ^ "에이핑크 정은지 미모+가창력, 네티즌 "대박 신인 나타났다" 극찬" (dalam bahasa Korea). Newsen. 10 Mac 2013. Dicapai 8 Februari 2015. 
  8. ^ "에이핑크 클래식걸 홍유경 깜짝 공개 '데뷔곡 스포?'" (dalam bahasa Korea). Newsen. 10 Mac 2011. Dicapai 8 Februari 2015. 
  9. ^ "7인조 걸그룹 에이핑크, 11일 전 멤버 공개 '개봉박두'" (dalam bahasa Korea). MK Media group. 10 Mac 2011. Dicapai 8 Februari 2015. 
  10. ^ "Apink News". Hyundai Media. Diarkibkan daripada asal pada 28 September 2013. 
  11. ^ "용준형 손동운 앵커변신...에이핑크 적나라 모습 대공개" (dalam bahasa Korea). Newsen. 6 April 2014. Dicapai 8 Februari 2015. ; "트렌디, 에이핑크 데뷔 앨범 콘셉트 TV 최초 공개" (dalam bahasa Korea). Economy Today. 14 April 2011. Dicapai 8 Februari 2015. ; and "에이핑크, '에이핑크 뉴스'서 솔직 발랄한 모습 공개" (dalam bahasa Korea). Starn. Dicapai 8 Februari 2015. 
  12. ^ "신예 걸그룹 에이핑크, 24시간 대방출" (dalam bahasa Korea). Hankook. 23 Mac 2011. Dicapai 8 Februari 2015. 
  13. ^ Kim Su-ji (21 April 2011). '엠카' 에이핑크 첫 데뷔무대 '요정돌이 떴다'. BNT News (dalam bahasa Korea). Korea Economic Daily. Dicapai 30 Januari 2015. 
  14. ^ "에이핑크 '보스를지켜라' OST참여 "달콤한 로코와 딱!"" (dalam bahasa Korea). The Starnn News. Dicapai 8 Februari 2015. 
  15. ^ Kim Yang-su (2 November 2011). 에이핑크-인피니트, '가족의 탄생' 합류…유기견과 동거동락. Joy News (dalam bahasa Korea). inews24. Dicapai 30 Januari 2015. 
  16. ^ 에이핑크 컴백, 노출제로-순도100% 무공해 걸그룹. Newsen (dalam bahasa Korea). 25 November 2011. Dicapai 30 Januari 2015. 
  17. ^ "B2ST and A Pink Make School Uniforms Look Cool in 'Skinny Baby' Music Video". 26 November 2014. Dicapai 8 Februari 2015. 
  18. ^ Park HyunMin (20 Januari 2015). "A Pink Crowned Best Rookie of the Year". enewsWorld. Mwave. Dicapai 30 Januari 2015. 
  19. ^ Oh MiJung (6 Januari 2012). "January 5, 2012: Cube Day". enewsWorld. Mwave. Dicapai 30 Januari 2015. 
  20. ^ "소시·아이유 등 14팀, 가온K팝어워드 '가수상'(종합)" (dalam bahasa Korea). MoneyToday. 22 Februari 2015. Dicapai 9 Februari 2015. 
  21. ^ "Canada music fest signs Korean acts". Korea JoongAng Daily. 6 Mac 2012. Dicapai 2 Februari 2015. 
  22. ^ "에이핑크, '에이핑크 뉴스3'서 아나운서-PD로 大변신" (dalam bahasa Korea). Economy Today. 21 Februari 2012. Dicapai 9 Februari 2015. 
  23. ^ "에이핑크, '에이핑크 뉴스3'서 아나운서-PD로 大변신" (dalam bahasa Korea) (21 Jun 2012). Osen. Dicapai 9 Februari 2015. 
  24. ^ Yun Seong Yeol (2 Jun 2012). "A Pink's Park Cho Rong dedicates her first written song to her fans". Star News. Dicapai 2 Februari 2015. 
  25. ^ Lee Hye-rin (2 Mei 2012). "'청순돌 돌아온다!' 에이핑크, 9일 정규1집 발표". OSEN (dalam bahasa Korea). Nate. 
  26. ^ "AIA to Bring 'AIA K-POP 2013' to Hong Kong" (PDF) (Siaran akhbar). AIA Hong Kong. 22 November 2012. 
  27. ^ Choi EunHwa; Kim, Erika (23 April 2014). "A Pink′s Hong Yoo Kyung Leaves Her Team". enewsWorld. Mwave. Dicapai 30 Januari 2015. 
  28. ^ Choi In-jeong (5 Julai 2013). "A Pink makes comeback with 3rd EP". The Korea Herald. Dicapai 2 Februari 2015. 
  29. ^ Benjamin, Jeff; Oak, Jessica (14 Julai 2013). "Davichi Earns Second K-Pop No. 1 Amid Label Shakeups". Billboard. Dicapai 4 Februari 2015. 
  30. ^ Lee, Nancy (22 November 2013). "[2013 MAMA] G-Dragon Wins Artist of the Year, EXO Takes Album of the Year and Full List of Winners". enewsWorld. Mwave. Dicapai 30 Januari 2015. 
  31. ^ Hong, Grace Danbi (2 Disember 2013). "Cube and A Cube Artists Unite to Release Christmas Song Together". enewsWorld. Mwave. Dicapai 30 Januari 2015. 
  32. ^ Ryung, Hei (2 Disember 2013). "A Pink And B.A.P Rocks School Uniform Brand 'Skoolooks' MV". KpopStarz. 
  33. ^ "Honorary Ambassador of Seoul Character & Licensing Fair 2013". BNTNews. Dicapai 25 Julai 2015. 
  34. ^ Hong, Grace Danbi (13 Januari 2014). "A Pink Wishes Everyone a Good Morning in New MV". enewsWorld. Mwave. Dicapai 27 Januari 2015. 
  35. ^ "2014년 04주차 Digital Chart". Gaon Chart. Dicapai 5 Februari 2015. 
  36. ^ Jung Ji Won; Jung, Yeawon (31 Mac 2014). "A Pink's New Song 'Mr. Chu' Tops Real Time Music Charts". Newsen. Mwave. Dicapai 27 Januari 2015. 
  37. ^ Benjamin, Jeff; Oak, Jessica (15 April 2014). "K-Pop Hot 100: Park Hyo Shin Edges Out Apink". Billboard. Dicapai 5 Februari 2015. 
  38. ^ a b Kim JiYeon (29 Disember 2014). "A Pink Sweeps Music Program Trophies in December with ′LUV′". enewsWorld. Mwave. Dicapai 5 Februari 2015. 
  39. ^ Kim Jin-u (15 Januari 2015). 2014년 음악시장 결산 [2014 Year-end Chart]. Gaon Chart (dalam bahasa Korea). Dicapai 5 Februari 2015. 
  40. ^ Hong, Grace Danbi. "Pink BnN to Sing 'My Darling' for Brave Brothers' 10th Anniversary Project". enewsWorld. Mwave. Dicapai 26 Januari 2015. 
  41. ^ Hong Jung Won; Jung, Yeawon (9 Julai 2014). "Huh Gak and Jung Eun Ji's 'Break Up to Make Up' Immediately Rank No. 1 on Music Charts". Newsen. Mwave. Dicapai 2 Februari 2015. 
  42. ^ Jung Ji Won (18 Julai 2014). "A Pink Confirmed as Next Idol Group to Take Over 'Showtime'". Newsen. Mwave. Dicapai 5 Februari 2015. 
  43. ^ Jung Ji Won (18 Julai 2014). "A Pink Promises to Run 10km Marathon with Fans if 'Showtime' Reaches Over 2% Rating". Newsen. Mwave. Dicapai 5 Februari 2015. 
  44. ^ Park Gyu-oh (15 September 2014). "Apink gains tremendous popularity in Japan". The Korea Herald. Dicapai 15 Disember 2014. 
  45. ^ "Apink tops Oricon preorder chart". K-Pop Herald. 6 Ogos 2014. Dicapai 5 Februari 2015. 
  46. ^ Lee So Dam (24 Oktober 2014). "A Pink Gathers Over 20,000 Fans at Japan Debut Events". Newsen. Mwave. Dicapai 5 Februari 2015. 
  47. ^ Park Gyu-oh (28 September 2014). "Apink's campaign for ALS exceeds goal on first day". K-pop Herald. Dicapai 1 Disember 2014. 
  48. ^ Park Gyu-oh (23 September 2014). "Apink's fan site members exceed 100,000". K-Pop Herald. Dicapai 5 Februari 2015. 
  49. ^ Lee Hye-rin (13 November 2014). 태양-아이유-지오디, '2014MMA' 대상..비스트-위너-악동뮤지션 2관왕 [Taeyang-IU-god win '2014 MMA' Daesang... Beast, Winner, Akdong Musician awarded double crowns]. OSEN (dalam bahasa Korea). Dicapai 27 Januari 2015. 
  50. ^ Ock Hyun-ju (13 November 2014). "Apink delays album release". K-pop Herald. Dicapai 1 Disember 2014. 
  51. ^ Kim Jin-u (22 Januari 2015). 12월 차트 리뷰 [December chart review]. Gaon Chart (dalam bahasa Korea). Korea Music Content Industry Association. Dicapai 5 Februari 2015. 
  52. ^ Lee Min Ji; Jung, Yeawon (24 November 2014). "A Pink Immediately Takes Over Music Charts with 'LUV'". Newsen. Mwave. Dicapai 27 November 2015. 
  53. ^ Lee, Jinho. "A Pink Becomes First Girl Group This Year to Place First in Three Music Programs for 2 Weeks". Mnet America. Dicapai 15 Disember 2014. 
  54. ^ Seon Mi-gyeong (28 Disember 2014). 에이핑크, '인가' 3주 1위 트리플 크라운..12월 트로피 싹쓸이. OSEN (dalam bahasa Korea). Dicapai 5 Februari 2015. 
  55. ^ "2014 Girl Group Ranking". Gaon Chart. Dicapai 5 Februari 2015. 
  56. ^ Im Jeong-yun (10 Januari 2015). 에이핑크 손나은-김남주, 음중 연속1위 청순 인증샷 "사랑해요". Newsen (dalam bahasa Korea). Dicapai 30 Januari 2015. 
  57. ^ Lee Min Ji (16 Disember 2014). "A Pink to Launch First Solo Concert in Four Years Since Debut". Newsen. Mwave. Dicapai 16 Disember 2014. 
  58. ^ "Discography of A Pink". Universal Music Japan. 3 Januari 2015. Dicapai 3 Januari 2015. 
  59. ^ a b Lim Jeong-yeo (25 Februari 2015). "Apink ranks 2nd on Oricon weekly chart". K-Pop Herald. Dicapai 4 Mac 2015. 
  60. ^ "Forbes Korea's '2015 Korea Power Celebrity 40.'". Forbes. 23 Februari 2015. Dicapai 5 Mac 2015. 
  61. ^ "The 2015 Japan Golden Disc Award winners are..." SBS. 3 Mac 2015. Dicapai 5 Mac 2015. 
  62. ^ "Apink to hold concert in Singapore". KpopHerald. 10 Mac 2015. 
  63. ^ "EXO, SHINee to join KBS2 'Music Bank in Hanoi'". KpopHerald. 24 Februari 2015. 
  64. ^ "A Pink, Bada, Im Tae-kyung coming to Hollywood Bowl for KTMF". KoreaTimesUS. 10 Mac 2015. 
  65. ^ Lim Jeong-yeo (19 April 2015). "Apink releases 'Promise U' and behind-the-scene shots". K-Pop Herald. Dicapai 15 Mei 2015. 
  66. ^ "3rdシングル「LUV -Japanese Ver.-」詳細発表!". Dicapai 13 Mac 2015. 
  67. ^ "에이핑크 '리멤버' 공개… '섹시 콘셉트? 우린 무조건 청순~'". DongA (dalam bahasa Korea). 16 Julai 2015. Dicapai 18 Julai 2015. 
  68. ^ "Tickets For A Pink's 2nd Solo Concert 'Pink Island' In High Demand". 29 Julai 2015. Dicapai 29 Julai 2015. 
  69. ^ Benjamin, Jeff (21 November 2015). "Apink Announces U.S. Tour, First for a K-Pop Girl Group Since 2012". Billboard. Dicapai 14 Disember 2015. 
  70. ^ "Apink releases "Sunday Monday" PV for upcoming winter Japanese single". Koreaboo. 19 November 2015. Dicapai 25 Jun 2016. 
  71. ^ Buhain, James (7 November 2015). "Big Bang, EXO Take Home Top Honors At 2015 MelOn Music Awards + Full List Of Winners". KpopStarz. Dicapai 18 Mac 2016. 
  72. ^ "Girls' Generation gets 'A+' for their work". The Korea Times. 23 Disember 2015. Dicapai 6 Julai 2016. 
  73. ^ "Winners of 25th Seoul Music Awards". Soompi. 14 Januari 2016. Dicapai 18 Mac 2016. 
  74. ^ "Winners of the 30th Golden Disc Awards, Day Two". Soompi. 21 Januari 2016. Dicapai 18 Mac 2016. 
  75. ^ Kim, Yu-jin (28 Disember 2015). "Apink the only K-pop star to attend Taiwan music awards". KoreaHerald. Dicapai 18 Mac 2016. 
  76. ^ Komatsu, Mikikazu (4 Februari 2016). "Korean Girls Idol Group Apink to Perform OP Song for TV Anime "Rilu Rilu Fairilu"". Cruchyroll. Dicapai 25 Jun 2016. 
  77. ^ "A Pink is the only K-pop group to perform at 10th Asian Film Awards!". AllKpop. 3 Mac 2016. Dicapai 18 Mac 2016. 
  78. ^ "A Pink Return To Singapore In April For Mini-Concert And Fan Meeting". KpopStarz. 15 Februari 2016. Dicapai 9 April 2016. 
  79. ^ "A Pink thank their fans on their 5th anniversary with 'Wave'". AllKpop. 18 April 2016. Dicapai 21 April 2016. 
  80. ^ "A Pink to release a special fan song and photobook on the 19th for their 5th anniversary! | allkpop.com". AllKpop. 4 April 2016. Dicapai 9 Julai 2016. 
  81. ^ Jimenez, Joyce (25 Jun 2016). "Artists of all ages, genres unite at MTV Music Evolution". philstar.com. Dicapai 25 Jun 2016. 
  82. ^ "KPOP NEWS - Apink Holds Another Successful Concert in Japan | Mwave". mwave.interest.me. 8 Julai 2016. Dicapai 9 Julai 2016. 
  83. ^ "에이핑크, 日 5개도시 투어 2만여명 팬들과 '사요나라'". Newsen (dalam bahasa Korea). 24 Julai 2016. Dicapai 24 Julai 2016. 
  84. ^ "에이핑크, 日 싱글 발매 기념 '1일 1도시' 릴레이 이벤트 개최". Naver (dalam bahasa Korea). 2 Ogos 2016. Dicapai 5 Ogos 2016. 
  85. ^ "국내 대표 음악 차트 가온차트!". www.gaonchart.co.kr. Dicapai 2 Disember 2016. 
  86. ^ "A Pink to return with their first special album soon! | allkpop.com". allkpop. Dicapai 2 Disember 2016. 
  87. ^ "A Pink's Eunji begins the teasers for her solo comeback | allkpop.com". allkpop. Dicapai 11 Julai 2017. 
  88. ^ "A Pink's Eunji to hold her first ever solo concert | allkpop.com". allkpop. Dicapai 11 Julai 2017. 
  89. ^ "국내 대표 음악 차트 가온차트!". gaonchart.co.kr. Dicapai 11 Julai 2017. 
  90. ^ "국내 대표 음악 차트 가온차트!". gaonchart.co.kr. Dicapai 11 Julai 2017. 
  91. ^ a b c d e f "Apink member's Profile". Acube Entertainment. Dicapai 22 Januari 2015. 
  92. ^ a b c d "에이핑크│My name is…1". TenAsia (dalam bahasa Korea). Korea Economic Daily. 24 Mei 2011. Diarkibkan daripada asal pada 6 Mac 2014. Dicapai 27 Januari 2015. 
  93. ^ A Pink Interview. Star1 Magazine. 8 Mac 2013. 
  94. ^ "A Pink's Chorong flaunts her advanced hapkido skills". Allkpop. 10 November 2015. Dicapai 27 Disember 2015. 
  95. ^ "Netizens discover A Pink's Chorong's JYP Entertainment audition video". Allkpop. 28 April 2011. Dicapai 26 Disember 2015. 
  96. ^ Lee Min-ji (28 April 2011). '요정돌' 에이핑크 리더 박초롱, 데뷔 전 JYP 오디션서 파워풀 댄스. Newsen (dalam bahasa Korea). Dicapai 27 Januari 2015. 
  97. ^ An Jin-yong (17 Mei 2011). 에이핑크 박초롱, 가인 공백없다!... 시트콤 합류 [Park Chorong join the cast of All My Love]. Hankook Ilbo (dalam bahasa Korea). Naver. Dicapai 28 Disember 2014. 
  98. ^ a b Hong, Grace Danbi (22 Ogos 2012). "'Reply 1997' has 18 Cameo Appearances in One Night". enewsWorld. Mwave. Dicapai 2 Februari 2015. 
  99. ^ Ko Hong Ju; Jung, Yeawon (25 Ogos 2014). "A Pink's Park Cho Rong Thanks Jung Eun Ji for Acting Advice". enewsWorld. Mwave. Dicapai 2 Februari 2015. 
  100. ^ "[화보] '에이핑크' 윤보미, "두준오빠와 절친되고 싶어요"". The Star (dalam bahasa Korea). The Chosun Ilbo. 12 Mei 2011. Dicapai 21 September 2014. 
  101. ^ "What did Bomi give up to become an idol?". Allkpop. 4 September 2016. Dicapai 7 Januari 2017. 
  102. ^ "[단독] '주간아이돌' 정일훈·윤보미 하차…7월 8일 막방" (dalam bahasa Korea). 30 Jun 2015. Dicapai 30 Jun 2015. 
  103. ^ Hwang Hye Jin; Hong, Grace Danbi (2 Januari 2015). "A Pink's Bo Mi, Park Ha Sun, and Ahn Young Mi Look to Join 'Real Man' Female Soldiers Special 2". Newsen. Mwave. Dicapai 2 Januari 2015. 
  104. ^ "데이비드 오, 에이핑크 보미와 데뷔 앨범 '입맞춤'" (dalam bahasa Korea). 6 Mei 2015. Dicapai 7 Mei 2015. 
  105. ^ "임슬옹·에이핑크 보미, '썸남썸녀' OST '러블리해' 입맞춤 '달달'" (dalam bahasa Korea). Asia Today. 16 Jun 2015. Dicapai 17 Jun 2015. 
  106. ^ "윤현상 '밥 한 끼 해요' M/V 공개, 에이핑크 윤보미 '여신 비주얼' 눈길". chosun.com (dalam bahasa Korea). 24 September 2015. Dicapai 24 September 2015. 
  107. ^ "KBS launches more web dramas in new experiment". Yonhap News. 24 September 2015. Dicapai 1 November 2015. 
  108. ^ "B1A4 and A Pink members to revamp hits on JTBC's 'Sugar Man'". AllKpop. 19 Oktober 2015. Dicapai 18 Mac 2016. 
  109. ^ "A Pink's Namjoo and Bomi in Talks to Become "Tasty Road 2" MCs". Soompi. 28 Januari 2016. Dicapai 19 Mac 2016. 
  110. ^ a b c d "에이핑크│My name is…2". TenAsia (dalam bahasa Korea). Korea Economic Daily. 24 Mei 2011. Diarkibkan daripada asal pada 20 Oktober 2014. Dicapai 27 Januari 2015. 
  111. ^ Kim Jung-hee (29 September 2013). "에이핑크 정은지 "부산, 늘 그립고 가고 싶어"" [Apink Jung Eun-ji "Busan, it's always nostalgic and I want to go there"]. BUVI News (dalam bahasa Korea). Dicapai 12 Disember 2013. 
  112. ^ Jeon Hyeong-jin (6 September 2012). "정은지, 알고보니 과거 동요대회서 최우수상" [Jung Eun-ji, actually first place in a past melody singing contest]. My Daily. Dicapai 12 Disember 2013. 
  113. ^ "Nostalgic Drama Puts A Pink's Jung Eun-ji in the Spotlight". The Chosun Ilbo. 15 September 2012. Dicapai 22 Januari 2015. 
  114. ^ Ho, Stewart (25 September 2012). "A Pink's Jung Eun Ji Cast as Lead of Legally Blonde Musical". enewsWorld. Dicapai 18 November 2012. 
  115. ^ Hong, Grace Danbi (5 Mac 2014). "B2ST Yang Yo Seop, A Pink Jung Eun Ji, VIXX Leo, Joo, and More to Star in Musical Full House". enewsWorld. Dicapai 6 Mac 2014. 
  116. ^ Jeon, Su-mi (5 September 2012). "Jung Eun Ji and Seo In Guk Continue Success of Reply 1997 with a Duet All-Kill". enewsWorld. Dicapai 18 November 2012. 
  117. ^ "Apink's Jeong Eun-ji releases solo album". Kpop Herald. 7 April 2016. 
  118. ^ "Son Na Eun Admitted to the Same University as SNSD Seo Hyun". Newsen. Mwave. 4 November 2013. Dicapai 3 Februari 2015. 
  119. ^ 윤아‧손나은‧박하선… 동국대 동문 스타 한자리 [Yoona, Son Naeun, Park Ha-Sun at 108th Anniversary of Dongguk University]. Epoch Times. 18 September 2014. Dicapai 2 Januari 2015. 
  120. ^ "3 K-pop idols pose on Mont Blanc". KpopHerald. 21 Oktober 2014. Dicapai 8 Februari 2015. 
  121. ^ Ahn Sung Hoo (8 Disember 2014). "A Pink′s Son Na Eun Shines with Beauty at Peripera Beauty Class Event". Newsen. Mwave. Dicapai 23 Januari 2015. 
  122. ^ "A Pink's Son Na Eun to Parody 'Master's Sun' for 2013 SBS Gayo Awards". Mwave. 18 Disember 2013. Dicapai 8 Februari 2015. 
  123. ^ Fox, Kevin (24 Januari 2016). "A Pink's Naeun, CNBLUE's Jung Shin And Jung Il Woo Cast In Upcoming Fantasy Drama". Dicapai 18 Mac 2016. 
  124. ^ Hong, Grace Danbi (13 April 2013). "SHINee's Taemin and A Pink's Son Na Eun Get ′Married′". enewsWorld. Mwave. Dicapai 26 Januari 2015. 
  125. ^ Lee Min-ji (30 Disember 2013). 대박 자신감? MBC 연예대상 13개부문 공동수상 '의미퇴색' [MBC giving out 13 co-awards 'ruins the meaning of the award']. Newsen. Dicapai 26 Januari 2015. 
  126. ^ Kim JiYeon (2 Jun 2012). "A Pink's Kim Nam Joo was a Commercial Star as a Young Child". enewsWorld. Mwave. Dicapai 26 Januari 2015. 
  127. ^ "A-Pink's Kim Nam Joo, 'I Just Graduated!". BNTNewsUK. 13 Februari 2014. Dicapai 8 Februari 2015. 
  128. ^ "A Cube For season # White". Mwave. Mnet Media. 
  129. ^ Kim Chan Mi (2 Jun 2014). "Phantom Makes A Pink's Kim Nam Joo Cry with Hidden Camera". Newsen. Mwave. Dicapai 22 September 2014. 
  130. ^ Jeon Ah Ram (2 Februari 2015). "A Pink′s Kim Nam Joo Accepted into Sungkyunkwan University". Newsen. Mwave. Dicapai 2 Februari 2015. 
  131. ^ "A Pink′s Nam Joo Joins ′Tutoring Across Generations′ in Place of Lee Tae Im". Mwave. 9 Mac 2013. Dicapai 1 November 2015. 
  132. ^ "MBC 측 "'띠과외' 폐지…예원·이태임 때문 아냐"" (dalam bahasa Korea). Nate. 2 April 2015. Dicapai 1 November 2015. 
  133. ^ "[Video] A Pink's Nam Joo and BTOB's Yook Sung Jae Get Together for a 'Photograph' in New Song". Mwave. 2 Jun 2015. Dicapai 1 November 2015. 
  134. ^ "First Poster For APink Namjoo's Web Drama 'Detective Alice' Revealed". 15 Oktober 2015. Dicapai 1 November 2015. 
  135. ^ Kim, Ye Na (26 Oktober 2015). "에이핑크 남주, 래퍼 다미아노 지원사격…"기대 이상 케미"". 
  136. ^ Kim, Dong-Joo. "Shim Chung on 'King of Mask Singer' found out to be Apink's Nam Joo". StarN News. Dicapai 18 Mac 2016. 
  137. ^ "[Photo] A Pink′s Ha Young, Red Velvet′s Joy, B.A.P′s Zelo and More Graduate from High School". Mwave. 11 Februari 2015. Dicapai 8 Januari 2017. 
  138. ^ "AOA's Chanmi, A Pink's Ha Young and More Choose Promotions Over College". Mwave. 14 Februari 2015. Dicapai 8 Januari 2017. 
  139. ^ "Singer Huh Gak Returns with Title Song, '1440', A True 'Little Giant'". KpopStarz. 5 Februari 2013. Dicapai 8 Januari 2017. 
  140. ^ Hong, Grace Danbi (2 Disember 2013). "Shin Bora Releases ′Kkong Kkong′ with B1A4's CNU and A Pink's Ha Young". enewsWorld. Mwave. Dicapai 26 Januari 2015. 
  141. ^ Kim Ga-yeong (10 Disember 2014). "'주간아이돌' 보미-하영, 생크림 여신 변신…심쿵유발자". TV Report (dalam bahasa Korea). Dicapai 27 Januari 2015. 
  142. ^ 컴백 앞둔 에이핑크, 정규 2집 전곡 미리듣기 공개. 13 Julai 2015. Dicapai 14 Julai 2015. 
  143. ^ "N, Ha Young And Mina Join 'Weekly Idol' As Fixed Members". BNTNews. 13 Ogos 2015. Dicapai 14 Ogos 2015. 
  144. ^ "소진 오하영 김지민 등 '정글' 여자특집 출연..20일 출국" [Sojin, Oh Ha-young, Kim Ji-min and others will appear in Law of the Jungle female edition]. Newsen (dalam bahasa Korea). 16 Mac 2016. Dicapai 27 April 2016. 
  145. ^ Seon Mi-kyung (17 November 2016). "몬스타엑스 형원, 시트콤 '정남이형' 출연 확정..지상파 첫 도전". News Chosun (dalam bahasa Korea). Dicapai 18 November 2016. 
  146. ^ "에이핑크 하영, '그녀를 찾아줘' 합류…데뷔 6년만에 첫 연기 도전" (dalam bahasa Korea). 28 Februari 2017. Dicapai 28 Februari 2017. 
  147. ^ Han Sang-hyeok (9 Februari 2012). [화보] '에이핑크' 홍유경, "박민영 언닐 닮았다? 영광이죠!". The Chosun Ilbo. Dicapai 1 Februari 2015. 
  148. ^ Jeong Jae-geun (7 Februari 2013). 설리-홍유경, 나란히 찍힌 졸업사진! [Sulli and Hong Yookyung Graduation Picture revealed]. Sports Chosun. Dicapai 2 Februari 2015. 
  149. ^ Yoon Sang-geun (23 April 2013). '에이핑크' 홍유경 탈퇴..에이큐브 측 "학업 전념" [Hong Yoo-kyung to leave Apink]. Star News (dalam bahasa Korea). Money Today. Dicapai 1 Februari 2015. 
  150. ^ 홍유경 에이핑크 탈퇴, 이어 특례입학 논란?. The Chosun Ilbo (dalam bahasa Korea). 23 April 2013. Dicapai 2 Februari 2015. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]