Apocynaceae

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian

Apocynaceae
Pulai-pulaian
Frangipani flowers.jpg
Bunga kemboja kubur, Plumeria rubra.
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Sinonim

Apocynaceae ialah keluarga tumbuhan berbunga yang terdiri daripada tumbuhan berkayu, renek, herba dan memanjat yang turut disebut kemboja-kembojaan[1] atau pulai-pulaian[2]. Ahli dalam keluarga ini tempatan dari Eropah, Asia, Afrika, Australia, dan tropika atau subtropika Amerika, dengan beberapanya hidup di iklim sedang.[3] Keluarga terdahulu Asclepiadaceae (kini disebut Asclepiadoideae) dianggap subkeluarga Apocynaceae dan mengandungi 348 genus.

Beberapa tumbuhan dalam keluarga ini mempunyai bunga yang menarik dan kadang-kadang haruman yang semerbak. Contohnya, termasuklah bunga kemboja (Plumeria), bunga akar kuning (Allamanda), tapak dara (Catharantus), kesidang (Vallaris), bunga anis (Nerium), bunga corong (Adenia), susuh ayam (Tabernaemontana), pulai (Alstonia) dan pongpong (Cerbera).

Taksonomi[sunting | sunting sumber]

Pada 2012, keluarga ini diterangkan dengan merangkumkan sebilangan 5,100 spesies dalam lima subkeluarga:[4]

Keluarga terdahulu Asclepiadaceae dimasukkan ke dalam Apocynaceae menurut Kumpulan Filogeni Angiosperma III  (APG III) terbaru, yang rata-ratanya sistem taksonomi tumbuhan berbunga berdasarkan molekul.[5] Kemas kini pengelasan yang memasukkan 366 genus, 25 suku dan 49 subsuku telah diterbitkan pada 2014.[6]

Penerangan[sunting | sunting sumber]

Susunan daun Alstonia scholaris

Corak pertumbuhan[sunting | sunting sumber]

Keluarga pulai-pulaian mengandungi tumbuhan tahunan, herba saka, sukulen berbatang, renek berkayu, pokok dan pepanjat,[3][7] yang banyak melelehkan getah bak susu apabila dipotong.

Daun dan batang[sunting | sunting sumber]

Daunnya ringkas, yang mana boleh muncul satu per satu, dengan setiapnya terjadi pada sisi berselang-seli batang (berselang),[7] tapi selalunya dalam pasangan (dan jarang dalam pusaran).[3] Apabila berpasangan, mereka ditemukan pada sisi batang bertentangan (setentang), dengan setiap pasangan ditemukan pada sudut yang berputar 90° dengan pasangan di bawahnya (bersilang pangkah).

Daun penumpu (struktur bak daun pada pangkal gagang daun) pula tiada, atau penumpunya kecil atau kadang-kadang bak jari.[7]

Perbungaan dan buah[sunting | sunting sumber]

A. Rhigospira quadrangularis, bahagian tumbuhan. Rjh. 1, perbungaan. Rjh. 2, bunga: deduanya ukuran sejadi. Rjh. 3, sari bunga kuncup, menunjukkan ruas menegak berbentuk limas dalam susunan kudup. Rjh. 4, potongan tadi terbuka ketika mekar, menunjukkan lilitan mengidal ringkas dan letak sulur bunganya yang hampir mendasar: deduanya diperbesar. Rjh. 5, salut, ceper, benang sari singkat, clavuncle, dan stigma, ukuran sejadi. Rjh. 6, sama, diperbesar. Rjh. 7, sulur bunga, lebih diperbesar.[8]

Bunganya setangkup jejari (aktinomorf),[3] dan muncul dalam kuntum untaian (raceme) atau jambak pecah (cyme), atau bersendirian dalam ketiak.[9] Mereka adalah lengkap (dua jantina), dengan salut bunga satu kelopak (synsepalous) yang bercuping lima bersatu menjadi salur pada dasarnya.[3][9] Perbungaannya menghujung (terminal) atau mengetiak (axillary). Lima ranggi bersatu menjadi salur dengan empat atau lima benang sari bawah ranggi.[3] Hujung benang sarinya bengkak sedangkan debunganya pula dipindahkan dalam busa.[10]

Buahnya adalah pepauh, beri, pepisang atau bengang sebelah.[3] benihnya selalu bersayap atau mempunyai lampiran rerambut halus yang panjang.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Arif Fauzi (2017). Aneka Tanaman Obat dan Khasiatnya (dalam bahasa Indonesia). MediaPressindo. m/s. 15. ISBN 9799116090. Dicapai pada 2022-05-24.
  2. ^ LAPORAN PENDAMPINGAN PENGENAL JENIS FLORA dicapai pada 2022-05-24
  3. ^ a b c d e f g Endress ME, Bruyns PV (2000). "A revised classification of the Apocynaceae s.l." (PDF). The Botanical Review. 66 (1): 1–56. doi:10.1007/BF02857781. S2CID 31739212.
  4. ^ Nazia Nazar, David J. Goyder, James J. Clarkson, Tariq Mahmood and Mark W. Chase, 2013, "The taxonomy and systematics of Apocynaceae: Where we stand in 2012," Bot. J. Linn. Soc., 171(3, Mac),  m/s. 482–490, lihat [1], dicapai pada 22 Jun 2015.
  5. ^ Angiosperm Phylogeny Group (2009). "An update of the Angiosperm Phylogeny Group classification for the orders and families of flowering plants: APG III". Bot. J. Linn. Soc. 161 (2): 105–121. doi:10.1111/j.1095-8339.2009.00996.x.
  6. ^ Endress M.E., Liede-Schumann S. & Meve U. (2014). "An updated classification for Apocynaceae" (PDF). Phytotaxa. 159 (3): 175–194. doi:10.11646/phytotaxa.159.3.2.
  7. ^ a b c Apocynaceae, Thomas Rosatti, Jepson Herbarium
  8. ^ Miers, J. (1878). On the Apocynaceae of South America, with some preliminary remarks on the whole family. m/s. 269.
  9. ^ a b "PlantNET - FloraOnline: Apocynaceae". plantnet.rbgsyd.nsw.gov.au. Dicapai pada 2020-05-29.
  10. ^ "Stevens, P. F. (2001 onwards). Angiosperm Phylogeny Website. Version 14, July 2017 [and more or less continuously updated since]". Angiosperm Phylogeny Website. Dicapai pada 2020-05-30.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]