Appian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Appian (k.k. 95- k.k. 165; bahasa Greek: Αππιανος) dari Alexandria ialah seorang ahli sejarah Rom yang mencapai kemasyhuran di bawah pemerintahan-pemerintahan Trajan, Hadrian dan Antoninus Pius.

Selepas memegang jawatan-jawatan utama di wilayah Mesir, Appian kembali ke Rom pada tahun kira-kira 120 untuk menjadi peguambela dan membela kes-kes di hadapan maharaja-maharaja. Pada paling awal tahun 147, beliau dilantik sebagai peguam cara, mungkin di Mesir, selepas diperakukan oleh seorang kawannya, Marcus Cornelius Fronto. Jawatan peguam cara hanya terbuka kepada ahli-ahli kelas menunggang kuda.

Karya Appian (Ῥωμαικα, dikenali dalam bahasa Melayu sebagai Sejarah Rom) yang terdiri daripada dua empat buah buku yang ditulis dalam bahasa Greek sebelum 165, merupakan sekumpulan mongraf, berbanding sebuah sejarah yang bersepadu. Karya ini memberikan pemerian terhadap pelbagai orang dan negara dari masa-masa terawal sehingga penubuhan empayar Rom, dan kekal dalam bentuk buku yang lengkap seperti cebisan yang besar. Walaupun gaya penulisannya tidak menarik, karya ini amat bernilai, khususnya bagi tempoh perang-perang saudara.


Edisi[sunting | sunting sumber]

Terjemahan bahasa Inggeris oleh:

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Public Domain Rencana ini menggabungkan dan menterjemah teks dari penerbitan sekarang di domain awamChisholm, Hugh, penyunting (1911). Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-11). Cambridge University Press. Missing or empty |title= (bantuan)
  • William Smith (ed) (1870), Dictionary of Greek and Roman Biography and Mythology (Kamus Biografi dan Mitologi Yunani dan Rom), Jilid 1, m.s. 247-248

Pautan luar[sunting | sunting sumber]